Ahad, Ogos 31, 2003

Ada Apa Dengan Mimpi?
Hehh hari ni sampai 3 posting tapi aku rasa baik byk posting dr posting panjang2 kan? Nak citer kat korang pasal mimpi aku yang sangat pelik. Bahkan mimpi ini membuktikan pada aku bahawa jgn tak suke sgt pada sesorg kang akan jadi suke sgt plak. Begini kisahnya...
Korang sure taukan group V.E.? Well ada sorang anggota V.E., Lah (yang kurus melidi n rambut panjang)...aku sebetul2nya tak suke dia coz dia macam sgt2 poyo jek tapi ada 3 malam berturut2 aku mimpi aku dah bertunang dgn mamat ni! Arghh gile. Ni sume pasal asyik dengar lagu Khayalan la nih! Tapi kalo dgr lagu tu apsal tak mimpi si Zain ke, Amir ke...why must Lah??!!! Why?!!
Dalam mimpi aku, kononnya a bunch of my friends dtg ke apartment aku nak lepak2 then V.E. and Ruff Edge datang. Masa tu lah aku citer kat kwn2 aku ni pasal aku dah bertunang, dan diorg pun terkejut (aku apatah lagi terkejutnya!). Giler aah!
Tadi tgk Konsert Merdeka di KLCC ada V.E. and Ruff Edge, tgk Lah je teringat mimpi aku. Tolong la Lah, I have enuff trouble already without dreaming of you so please la tamau mimpi Lah lagi! Get out of my mind!!

Lah yg hujung belah kanan for those yg kurang pasti ek

*baru add Zain dalam frenster, wonder when will he approve me.
*baru add Ikram juge, nice chap like his brother too. Hidop anak2 pakcik Omar!
*should I add Nine phyne ballerz aa? See if he reply to my msg aa kot
KONVOI DETIK KEMERDEKAAN PEWARIS 2003

Tak pasal2 jadi sukarelawan konvoi ni tadi. Erkk, biro makanan dan penyajian pulak tu. Yang best kerja ni sbb semua mamat2 rempit yang join konvoi tu boleh tgk coz sume akan dtg gi amik mknn kan. Tapi yang tersangat tak best...ermm, mat rempit tuh. Aduhh sangap mendengar ayat2 rempit seperti:
"Hi Kak Long, comelnya boleh mintak phone number?"
"Alahai...lawa2 budak Uniten, ko pilih mana satu? Yang tudung putih ke, biru ke, hitam?"
"Kak kalau saya tak nak roti ni boleh? Saya nak tukang bagi roti"
"Kak jom la celebrate Merdeka sama-sama, naik motor saya ek?"
etcetera.
Tapi tak semua mamat2 motor tu rempit. Ada tuh bleh tahan juge. Tapi bagi aku yg menarik program kali ni (walaupun bila diamat-amati ia adalah satu program yg hancus but what do I care) adalah aku baru sedar mamat Uniten byk2 jugak yg kepala orait, takdelah poyo. Muke ok, bleh buat lawak...so kesimpulan aku hari ni, uniten boys are alright la! Hidop Uniten!!!

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!!

dari aku yang masih mencari apakah maksud merdeka bagi aku dan adakah aku sudah benar2 merdeka? hmmm


all these 3 gorgeous guys made my life complete (well at least for now, at this present)

I finally, finally, get to meet them and see them perform live in front of my eyes! Not only them, ada juga Burn, Nana (Nana in da' house!!) and Rosma. Previously aku ada citer pasal jumpa Azizi n Sahri kan? Yang masa tuh mmg aku keluar nak shopping, kebetulan ada show Celcom, jemput pelajar AF. So TERjumpa la Azizi n Sahri. But the day after that, as aku n Faie cruising the streets of Bangi, Faie berkata "Entah2 mlm ni, Vince dgn Khai pulak kat Lot10". Dengar je ayat awek tu, aku pandang dia, dia pandang aku...terus arah tujuan diubah...Lot10 bebeh!!! (Sorry Lara, I know, I know I should have told you first...sorry beb! Ko dah tgk time final AF, kali ni kasi can aku aa?)

Thank God pemergian aku ke Lot 10 tak sia2...start Rosma and then, ehh...who's there sitting beside the stage? That's Nana, and Burn (mmg nampak rapat gile aa diorg nih) and...VINCE! KHAI! ADI! Ohh...felt like I just died n went to heaven ha ha ha So first Rosma sang Bunga2 Cinta then Vince's turn to sing Tak Sanggup Kehilanganmu. Then Rosma balik nyanyi lagu Tragedi Buah Epal. Vince come back to the stage dgn 3 stooges, heh...Burn, Adi n Khai of course jadi backup singer utk lagu Belaian Jiwa (yang pasti jiwa aku mmg terbelai-belai aa) and they all end their show with Menuju Puncak.
Highlight of the show? For me...mestilah time before going to the stage to sing, (aku duduk kat tepi stage) Khai pusing pandang aku and...senyum...and...lambai! ha ha And the Adi pulak...ha ha ha HOW SWEET!!! @-->--- Flower for Khai n Adi (Kes aku cinta kau dan dia). Lagi yang best tak perasan masa dok layan jiwang lagu Tak Sanggup Kehilanganmu, there's one lady gak henjut2 ikut rentak lagu sebelah aku n Faie. Tgk2 dia, bertukar2 senyuman and then...eh, mcm familiar pulak pompuan ni...Mak Vince!!! Time2 tu gak terasa nak cium tangan bakal mak mertua...kan MAKcik? hu~hu~hu~

Lupe Pak Mie kerja celcom. Dia ada semalam. Damn aku buduh tak bwk camera kalau tak mmg banyak la gambo bebudak AF dah dapat coz mmg Pak Mie was inside kat backstage. Lesson to learn: Bawak la kamera ke mana2 pun anda hendak pergi coz you'll never know who you'll met, what you'll see.

As for now, I'm going to continue thinking of these 3 gorgeous guys. Btw, sape nak bwk aku gi KLCC esok jumpa diorg? Bawak la aku weh...bawakla...

Jumaat, Ogos 29, 2003

Dah abis tgk Marmalade Boy. Oh...citer ni pun ambil dr Manga juga, patut cam weird. Komen aku? If it wasn't for the everlicious Ken Zhu and 2 other not so bad looking characters in the series that made it well, bearable to watch...citer tu tersangat la bosannya, tak logik pun ada but heck, as long as the viewers are happy kot? That guy yang suka heroin tu, what's his name...Yin Tai, he's cute, he reminds me of a guy I knew out of friendster. Ha...presiden MPP tu pun comel seh, San Lun Wu Shi, kan? A bit gayish I must say, but still...sape setuju dgn aku, gay mmg selalunya cute? Kan? Kan? Rugi la weh kalo lelaki cute jadi gay, abis tuh takkan pompuan2 nak jadi lesbian lak? Arghhh....

Ha ha...sebagai peminat setia AF (aku takkan la letak nama anak Md. Afundi, Siti Nur Afundi mungkin gak ;p) Aku sangat gumbira telah melihat Sahri n Azizi perform live tadi kat Lot 10 (Saya suke tu...nyanyi sama-sama Azizi ok? "Umpanku habisss...") Sedap gile aa sore diorg! En. Bahar pon ada tadik. Ahh...bile aa aku nak jumpa Vince n Khai plak? Meh la sama2 doakan aku jumpa Vince n Khai...Aminnn!!! :)

Nak tido aaaa...nak mimpi Shinkai gak, tak aci JIra jek mimpi dia. kang aku repot poji kang!

Rabu, Ogos 27, 2003

Berhentilah mengomel---> Utusan Malaysia, 24 Ogos 2003
Apabila Nam Ron menayangkan filem Gedebe arahannya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berakhir malam ini, Siti harap orang berpengaruh dalam industri filem datanglah menonton.
Lebih-lebih lagi orang filem yang paling banyak mengomel itu dan ini yang tidak betul dalam industri filem. Malah orang yang minta dana itu dan ini daripada kerajaan. Dana bagi, pinjaman bagi tapi filem tak nampak juga.
Balik-balik kritik kerajaan tak buat itu dan ini. Mereka ini memang jenis banyak cakap, sikit bekerja. Nak buat filem belanja besar saja. Belanja kecil tak nak buat.
Tapi Nam Ron dan beberapa rakan lain tak pula banyak mengomel. Tak minta apa-apa daripada kerajaan. Tak minta dana. Tapi dalam diam-diam mereka menghasilkan filem. Bukan Nam Ron saja tapi banyak lagi. Amir Muhammad, Yasmin Ahmad, James Lee dan Ho Yuhang. Biar pun buat secara amatur menggunakan video digital tapi yang penting mereka tunjukkan hasil. Berbanding orang-orang senior dalam industri filem yang banyak cakap, Siti fikir budak-budak ini lebih berguna kepada industri filem kita.
Filem-filem yang akan masuk panggung pun Siti tengok tenat-tenat belaka. Potensinya hanya boleh kembungkan poket produser, itu saja. Potensi lain filem-filem itu akan dilupakan selepas tayangan di pawagam tamat.
Memang eloklah kalau generasi baru yang mempunyai nahu baru membuat filem. Siti lemaslah dengan filem-filem setengah masak kita ni.

SITI JARUM: Teringin nak tengok filem Pasir Salak arahan Jins Shamsuddin.


Right on! aku pun dah malas nak tgk wayang dah zaman sekarang ni, esp. wayang melayu. kalau nak buat apa2pun, including nak buat filem ni, nak kena dtg dr hati yg tulus ikhlas, otak yg berfikir. walau poket penuh tapi otak zero, Hello...masuk kelas tadika balik la! Kalau otak full, poket kosong...sure boleh carik jalan somehow.

note to ili: ko ngorat namron aa...i'll get whoever is left. you go girl, he's a gem!! hu hu

Selasa, Ogos 26, 2003

Yeayyyyy!!! good news for myself and for whoever yang nak join aku tengok Gedebe. Ili told me that there will be another screening in Actors' Studio pulak. The bad news is, it will be a lil bit more expensive coz it's for charity. Hmm, but I really, really wanna go. Maybe if I don't go to see Gigi, I can go and see Gedebe plak. Oh f**k, aku nak tengok dua2 aaa!!! Gonna find ways to fork out money for entertainment purposes.
Good news number two, kelmarin Abah ketuk pintu bilik, bagi a few hundred and said, "Beli baju raya." Good thing is, the whole amount of money (don't ask me how much la, i'm not telling) is to buy baju jalan2, as in...bukan baju kurung or kebaya or...you get the point. Best kan?!! Ha ha Elaun beli baju seh...semalam spend half a day with Faatin n her friend Ika in MidValley, baru abis hmm...lebih kurang 1/5 duit tuh! Ahhh...terasa cam orang yg ada 50000 and have to finish it in 1 day tuh. Even now I dont have that much pun I already don't know what to buy! Ishk.

note to self: Atuk n Wan's 50 years anniversary is coming up and you still havent got urself anything to wear. Pergi beli.
2nd note to self: Assignments to do (priority ikut number)
1) B-Comm=1st report submit tmrw. Call Akmal/Farah tonite.
2) Audit n Investigation=Summarize, 10 pages, 3rd Sept dateline.
3) Swimming=on Peralatan Sukan Renang, dateline 16th Sept.
4) B-Comm=final report n presentation, 17th Sept
5) Valuation of Firm= on star publication. go find the company's data. Dateline 23rd sept
6) E-commerce=axcess n ticketcharge, company data. Dateline end of Sept gak.
7) AMA= summarize journals, before final. Get the journals from calvin or anyone.
Arghhhhhhh!!!!! Gile banyak kerja!

Isnin, Ogos 25, 2003

HuuuWaaaaaaa!!!!! (100x)


Brutus is played by Zul Huzaimy Marzuki

Real frustrated now coz I can't watch Gedebe tonite. Final nite pulak tu! Lissa, it aint ur fault. Tadi petang aku mmg rasa cam sikit malas nak gi tgk but after reading Aiie's blog, dgr lak ili nak tgk Gedebe (last minute baru aku tau, kalo tak seberapa pantas aku join! heh...takde rezeki aa aku) Lagi dgr komen2 org pasal Gedebe...dammnnnn!!! I wanna watch Zul act as Brutus!! I wanna watch Gedebe!!

I'm gonna think of the ways to ask Zul, ada copy menda ni tak? Cd ke? Alahai member2 punye pasal bleh la Zul, bleh la? I think I can chill coz I read somewhere before they gonna make it into vcd and sell, something different from all those crappy vcds out there for sure. Ahh...still can remember all those conversations I had with Zul about Gedebe, how I really, really want to see it and now? Arghh...please do make it into vcd bleh tak?

Will ask Ili later whether Zul dtg mlm ni tgk. Dengan Hanimah ke? Hmm...yelah kot. Tak kisah la, dah mmg awek dia kan... hu~hu~hu~
Anyway...you go, Zul!!!

SINOPSIS GEDEBE

Gedebe adalah sebuah filem independen yang boleh dianggap berbeza pendekatannya berbanding filem-filem komersial Malaysia yang lain. Projek perfileman Gedebe pada asalnya diilhamkan dari suatu pementasan teater arahan saudara Nam Ron pada tahun 2001 di Panggung Eksperimen, Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah kisah yang diadaptasikan secara longgar daripada karya William Shakespeare "Julius Caesar".

Pada tahun 2002, Cipta Films (bahagian perfileman Pustaka Cipta Sdn. Bhd.) telah bekerjasama dengan pengarah Nam Ron dan Amir Muhammad sebagai penerbit untuk menghasilkan versi filem Gedebe yang melalui penggambaran video digital.

Gedebe membawa maksud seorang yang samseng atau berani dan biasanya menjadi ketua kepada orang bawahannya, serta dipertanggungjawabkan segala urusan termasuk yang berkaitan dengan keselamatan pengikutnya. Di bawah pengertian ini, filem ini diolah dan dicanai menjadi suatu karya yang memaparkan konflik dalaman sesuatu kumpulan manusia yang berlaku apabila tercetusnya perebutan kuasa.

Jalan cerita Gedebe tidak banyak keluar dari tema-tema asal Shakespeare dalam Julius Caesar, tetapi diberi pendekatan, suasana, dialog dan interpretasi yang berbeza. Jika Caesar adalah seorang pemimpin yang dikhianati di empayar Rom purba, Caesar dalam Gedebe pula adalah seorang pemimpin sebuah puak yang dikhianati oleh sahabat karibnya Brutus di sebuah kota moden di Malaysia. Idea dan cerita yang disampaikan dalam Gedebe adalah dengan gaya yang segar dan spontan menggunakan frasa Melayu kolokial. Menarik juga adalah pilihan pengarah dan penulis lakon layar untuk menggunakan dialek Kelantan sebagai bahasa penyampaian untuk sebahagian besar filem ini.

Jalan cerita filem Gedebe ini memperlihatkan Caesar melantik dirinya sendiri sebagai pemimpin sebuah puak sekaligus telah mengundang keresahan di kalangan pengikutnya, terutama dari Cassius dan Brutus. Lebih-lebih lagi kerana Caesar berniat untuk menyatukan puak- puak lain yang selama ini bertelagah. Cassius, pada awalnya merupakan pengikut setia Caeser tetapi kemudiannya menjadi musuh yang berhasrat untuk menjatuhkan Caesar. Untuk menunaikan hasratnya, Cassius telah bersekongkol dan menghasut Brutus, orang kanan Caeser untuk mengkhianati Caesar.

Jika dibandingkan antara hasil karya yang dipentaskan dengan hasil karya yang difilemkan jelas kedua-duanya mempunyai tuntutan kreatif yang tinggi tetapi berbeza dari segi prosesnya. Teater adalah perantaraan yang berbeza daripada filem. Oleh demikian, filem Gedebe wajar juga dinilai secara sendirinya bebas daripada karya teater asal dan diulas dari sudut yang berlainan daripada suatu kritikan teater.

Secara keseluruhannya, filem Gedebe diharap akan mencetuskan pelbagai reaksi daripada penonton. Gaya visualnya adalah disengajakan 'raw', dan kekasaran penataan lampu dan bunyi bertujuan untuk mengekalkan sebuah rasa realiti dan bukannya fantasi.

Maka, demikian juga kita mungkin persoalkan, jika Gedebe bukanlah fantasi semata-mata, maka ia adalah realiti untuk siapa.

Ahad, Ogos 24, 2003


sukacita dimaklumkan official website ELEMENT sekarang sudah dibuka semula so kepada semua teman2 yg mengakui ELEMANIA, go check it out!

Sabtu, Ogos 23, 2003

:: ELEMENT TOLAK TUDUHAN PENJIPLAKAN ::

Rabu (20/8), Johandi Yahya, menejer Element menghubungi Bintang. Dalam kesempatan itu, Jo menjelaskan mengenai protes salah satu pembaca Bintang seperti yang tercantum dalam surat pembaca di taboid Bintang edisi 643. "Saya mau menjelaskan tentang kesamaan lagu Cinta Sejatinya Element dengan lagunya Nicholas Tse di album Reborn. Lagu yang dinyanyikan oleh Nicholas Tse adalah lagu karya cipta dua pesonil Element, Ferdy dan Ibank yang dinyanyikan dalam bahasa Kanton. Sudah sejak lama lagu tersebut di beli oleh Universal Hong Kong. Dalam Compact Disk (CD) original Nicholas Tse jelas tertera nama Ferdy dan Ibank Element sebagai penciptanya,"ujar Jo yang sedang mendampingi Element tur di Tuban. Jo menambahkan bahwa CD Nicholas Tse yang sekarang banyak beredar di kawasan Mangga Dua, kebanyakan CD bajakan. Karena album tersebut tidak diedarkan di Indonesia. Sehingga nama pencipta lagu tidak dicantumkan. Wajar jika banyak pihak mengira Element yang mengambil lagu milik penyanyi berusia 23 tahun asal Hong Kong tersebut.

Ferdy dan Ibank selaku pencipta lagu Cinta Sejati tidak merasa tersinggung dengan merebaknya tuduhan-tuduhan seperti. "Kami nggak masalah. Tetap santai-santai saja kok. Kami sudah cukup senang mendengar lagu tersebut menjadi salah satu single hitsnya Nicholas Tse. Albumnya sendiri sudah terjual kurang lebih 5000 kopi. Selain Cinta Sejati, pihak Universal Hong Kong sudah berencana membeli lagu Menunggu Tanpa Waktu. Tetapi kami belum tahu artis yang akan menyanyikan lagu tersebut,"jelas Ibank dan Ferdy. Untuk lagu Cinta Sejati, kedua personil Element ini memperoleh royalti kurang lebih sebesar 250 rupiah untuk setiap CD Nicholas Tse. *dee

*betul ull, abang mmg hebat dah la tampan, berkaliber dan pintar serta beperkerti mulia...senang sekali bisa kenal ama dia! (perasan kot aku? ha~ha~ha)
anyway, eross pun lagu sephia tu org sana2 beli gak kan? hmmm...good goodie goodiest!!!


p/s: i am a monkey...
May 01 - 13 Monkey
Monkey
You are attractive and hyper. You have a lot of friends and your really outgoing. You gossip a lot. Your funky and "unique" theres no one else like you. You want attention and like to be a leader.
*it's so nice being a monkey...he he he

Jumaat, Ogos 22, 2003


SEXY VINCE!!!
Welcoming Lissa to my blog...come, come, sit little girl aaa

I'm damn tired, damn sick, damn damn...


and damn missing you...

Semalam demam tiba2. Apsal ntah. Dah la pagi tadi ada exam (midterm je shamam, bukan final kayak loe) pening kepala aku semalam study gak. Hehh ada ke doktor yang aku jumpa tu ingat aku datang carik MC, direct aku sound "Saya nak ubat je, memang tak nak MC pun!" Jangan la salah sangka, tak pernah lagi tipu MC kalau tak nak datang exam. Ehh...tak pernah la tak datang amik exam. Gile aaa susah aa ponteng2 exam, ponteng kelas tu takpe, lumrah alam. Tak ponteng kelas tu tak rock aaa beb!

Malam ni FSU (festival seni uniten). Seumur idop aku kat uniten yg masuk final year ni, belum pernah aku pergi tengok. Ni lah first time nak gi. Everything mesti ada first time kan? Dah aku takde pape nak tulis. Lirik lagu pun takde yg sesuai sekarang dengan feel aku. ;p But anyway just wanna share this:

CORPORATE LESSON #1

A man is getting into the shower just as his
wife is finishing up her shower when the
doorbell rings. After a few seconds of arguing
over which one should go and answer the
doorbell, the wife gives up, quickly wraps
herself up in a towel and runs downstairs. When
she opens the door, there stands Bob, the next
door neighbor.
Before she says a word, Bob says,"I'll give you
$800 just to drop that towel that you have on".
After thinking for a moment, the woman drops her
towel and stands naked in front of Bob. Bob has
a close look at her for a few seconds, hands
over $800 and quietly leaves. Confused, but
excited about her good fortune, the woman wraps
back up in the towel and goes upstairs.
When she gets back to the bathroom, her husband
asks from the shower "Who was that?" "It was Bob
the next door neighbour," she replies.
"Great," the husband says, "did he say anything
about the $800 he owes me?"

MORAL OF THE STORY: Share critical credit
information with your stakeholders to prevent
avoidable exposure!

-------------------------------------------------

CORPORATE LESSON #2

A priest was driving along and saw a nun on the
side of the road, he stopped and offered her a
lift which she gladly accepted. She got in and
crossed her legs, forcing her gown to open and
reveal a lovely leg. The priest had a look and
nearly had an accident. After controlling the
car, he stealthily slid his hand up her leg.
The nun looked at him and immediately
said, "Father, remember Psalm 129?" The priest
was flustered and apologised profusely. He
forced himself to remove his hand. However, he
was unable to remove his eyes from her leg.
Further on, while changing gear, he let his hand
slide up her leg again. The nun once again
said, "Father, remember psalm 129?" Once again
the priest apologised."Sorry sister, but the
mind is weak."
Arriving at the convent, the nun got out, gave
him a meaningful glance and went on her way. On
his arrival at the church, the priest rushed to
retrieve a bible and looked up psalm 129. It
said, "Go forth and seek; further up, you will
find glory."

MORAL OF THE STORY: Always be well informed in
your job; or, you might miss great
opportunities!

-------------------------------------------------

CORPORATE FINDING #3

Usually the junior executives and staff of the
company generally play football; the middle
level managers are more interested in tennis and
the top management usually has a preference for
Golf.

FINDING: As you go up the corporate ladder, the
balls reduce in size.

Khamis, Ogos 21, 2003

DEKAT PADAMU...

Dekat padamu... arah ingin ku tuju
Walaupun jauh akan ku tempuh
Kerana hanya sunyi yang menemani hari
Semenjak kau pergi membawa diri

Dekat padamu... di sana kau bersatu
Dua jiwa yang telah terpisah
Kesetiaan yang telah kita sama ikrarkan
Ku pegang teguh... janji ku kotakan

Andai tersalah arah
Berikan ku tanda
Agar kau terima yang sebaiknya
Jika cinta kita hanya sejarah lama
Sudilah ku cuba kali kedua

Walau jauh akan ku gegas berlari
Walau tinggi bisa ku terbang di langit
Walau sedalam mana akan ku selami
Kerana cinta sedalam itu mekar bila ku dekat padamu

Dekat padamu... itu destinasiku
Tak kira apa jua kan ku terima
Harapanku kan terbuka pintu di hatimu
Dengan rela menunggu kehadiranku

Andai tersalah arah
Berikan ku tanda
Agar kau terima yang sebaiknya
Harapan mendorong ku mengusung cinta kita
Janganlah dibalas rasa kecewa



Yusry Abdul Halim
15 Jun 2003

Find out wut each letter of ur name means!!!
What you do is find out what each letter of your
name means. Then connect all the meanings and it
describes you. If you have double or triple
letters, just count the meaning once.

This is mine...
F - Everyone loves you.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.
R - You are a social butterfly.
I - You have a bad temper sometimes.
N - You like to work, but you always want a break.
A - You can be very quiet when you have something on your mind--->ni dah tadi tapi cam pelik la kalo tak tulis, jadi FARIN jek..hmm

ok, for my friends...
Naemah:
N - You like to work, but you always want a break.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.
E - You are a very exciting person.
M - Success comes easily to you.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.
H - You are not judgmental.

Shamam:
S - You are very close-minded.
H - You are not judgmental.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.
H - You are not judgmental.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.
Y - You cause a lot of trouble.
U - You feel like you have to equal up to people's standards.

A - You can be very quiet when you have something on your mind.
K - You like to try new things.
M - Success comes easily to you.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.
M - Success comes easily to you.

Ull:
N - You like to work, but you always want a
break.
U - You feel like you have to equal up to
people's standards.
R - You are a social butterfly.
U - You feel like you have to equal up to
people's standards.
L - Love is a hard word for you to comprehend.

A - You can be very quiet when you have something on your mind.
S - You are very close-minded.
F - Everyone loves you.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.
R - You are a social butterfly.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.

rasa2, kena tak menda jadah ni dgn peribadi korang aaa? lenkali nak buat Takuya Kimura punye le

testing...shamam aku pinjam gambo dr blog ko

Rabu, Ogos 20, 2003

Again, give a big clap to Miss NaemSeno! Time kasih utk wajah baru ini! Love ya bebeh!
huh esok exam business communication!! giler aa lagi 5 chapter nk study!! giler!! esok nak kena kah ponteng kelas Audit&Investigation? (kata Ull, "kalau asyik ponteng jek fg, baik berhenti blaja jek" ha ha pedih pedih. but true beb! boleh berhenti blaja, kalo ada org ready nak support idop aku sampai mati--->kalo bukan dia yg nak buat aku mati, mcm dlm movie byk je kan laki bunuh bini, bini bunuh laki...doalah laki aku nanti bukan jenis bunuh org, mkn org dan sebagainya. Aminnn...
Sorry meraban. tension kot. apa-apapun (fave word Azizi) aku nak sambung study. Thanks again nekmah!

Selasa, Ogos 19, 2003

Naem punye blog dah letak gambo!!! Nak kena menuntut ilmu ni. Tapi aku lembab gile la memahami bahasa html, adakah kau Ull menghadapi masalah serupa mengenal akaun? ha ha Meh2 tukar otak jap meh? Nanti aa aku byk menda lagi nak blaja nih, asyik2 kasi susah sama mbakk naem. mujurlah naem baik budi bahasa serta memahami! Give it up for naem!!!

Arghhh...gile aaa nak marathon tgk vcd Jepun. Org lain masa Karnival Mega Jualan beli baju ke, kasut ke, beg ke...ni aku borong vcd. Diskaun 20%, pulak tuh kedai tuh byk gile choice, apa lagi! Tapi org lain sume dah advanced, dah tgk GTO, Beautiful Life...aku baru beli. Arghh takpe, skrg aku advance dah tgk 'The Smile Has Left Ur Eyes'--->ada Abang Takuya seh!
Apa VCD aku beli semalam?
1. GTO (sape tau nama hero citer nih? Tulisan jepun dia kecik sgt la, takleh aku nak baca ;p)
2. Beautiful Life
3. Good Luck! (Takuya is a hottie in this one, sape tak caye gi tgk aa)
4. The Smile Has Left Ur Eyes (currently playing on my pc, this one mcm thriller sikit. Kelainan dr lakonan Takuya yg sering aku tgk)
5. Gift (Takuya with long, pony-tailed hair)
*takuya*takuya*takuya*takuya*

Hmm..Special Shout for my senior from SSP, Azlin Sabtu! Bergeliga juga minda ko ek, apsal la dari dulu tak nampak kehebatan anda. Anyway, even Legally Blonde is not as good as you! *clap*clap* You made us all SSPians proud! Beb, bile ko dgn Chip nak bersanding atas pelamin? 2004 k?

Leceh la Dol, dulu aku buatkan email ko, bukan nak maintain kan, last2 aku gak yg kena reactivate kan. Tu ahh...lenkali main email2 dgn awek tuh, suruh la dia tlg check kan sekali. Dulu elok2 aku check kan, tamau dah. Haii...mujur la ko nih kwn aku dah berzaman-zaman, aku ckp nak putus sahabat pun ko dah tak amik pot. Mujur gak ko buat lemang sedap. Tapi kalo lenkali akuuuuuu gak reactivate kan, nampak gaya ada yg kena bwk ko jumpa Tok Mudim lagi sekali nih! (mujur la aku baik...kalo tak aku sendirik jadi Tok Mudimnya, tau!)

Rabu ada exam Business Comuunication...doakan la aku bleh jwb dgn tenang dan jaya. Tadi dpt result Advanced Management Accounting...arghhh!!! Apa aku dah jawab weh? Apa aku dah buat? Tapi biasalah lepas dpt result haram jadah, skrg aku tgh semangat gile kononya nak bukak buku B.Comm study. Nak baiki pencapaian diri, konon. Tapi takde pun bukak. Tgk dr kejauhan jek buku teks B.Comm tuh. Takpe, yang penting niat ;p

Rindu Bayangan (Carefree)

Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi
Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lamakan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi
( korus )
Apalah yang hendak di kata
Sudah suratan takdir yang menentukan
Ooh..oh..inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah
Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan


Tiba2 terasa lagu ni macam ada...feel pulak. Right on, janganlah dinanti pada yang telah pergi, hanya luka lama kan berdarah kembali...

Jumaat, Ogos 15, 2003

hek eleh...kecoh2 je kata bulan 8 adalah bulan kepokaian aku di mana, kononnya...Gigi, Padi n ELEMENT (dan ELEMENT tuh!) akan manggung di Malaysia. Mana beb? Ni dah berapa hari bulan? Tak pasal-pasal sekarang duit untuk sume konser2 tuh aku dah pakai beli perfume baru...ehehhh...nanti aa kumpul balik duit for konser2 (Abang, free cannot ka?)
"lihatlah padaku, ku hanya insan biasa...seperti dirimu juaa..." (Tak Sanggup Kehilanganmu) Damnnnnn right vincent! Wahh...kamu insan biasa, saya pun insan biasa. Lihatlah, banyak kan persamaan antara kita? I gotta stop b4 this gets annoying. Can't help it, sepanjang hari tengok AF@17, tengok muka budak2 AF je maka aku terasa macam nak cakap...Vote for Farina!!! Farina in da' house!!! AFUNDI Farina~na~na~na~
Anyway...got this lyric of Dambaan Pilu, courtesy of its lyricist himself, Mr. Mohariz Yaakub. Sape yg tak tahu lagi pasal AF, (rugi wehhh sape tak kena demam AF, rugi kan Lara? kan Aiie?) this song was sang by Khai masa final AF. According to Mohariz, mmg it is inspired by Khai n his relationship with Rosma. (Apa-apapun, aku tetap yakin, khai n rosma takde pape aaa...mana ada chemistry pon!)

Dambaan Pilu (KHAI)

Inikah yang harus ku terima
Dedaunan layu berguguran jatuh disisi ku
Adakah ruang walau bermesra untuk kali ini
Bersamamu ohh

Biarlah hanya ku menatap
Wajah mu nan indah
Lepas kerinduan ini

Hanya kasih milik berdua
Dambaan ku pilu
Perpisahan yang berlaku

Hanya sayu diriku kehilangan mu kini
Andainya masa menentukan
Moga saat itu kau hadir hanya untuk ku

Satu yang ku pinta
Buat mu kali terakhir
Sekiranya diri ku masih dalam hati mu

Renunglah kembali
Jika ku masih di sini
Biar bersemadi
Oh kasihmu ini yang tiada pengganti

Lagu : Adnan Abu Hassan
Lirik : Mohariz Yaakup

Iskhh...ikshh...sob, sob...

Ok beb, aku ciao dulu. Going back to Uniten, tmrw and the day after ada pesta konvo. Aku kan...ehem...ajk...ehem...*cough* PPI *cough* (har~har~har~ yeah i don't believe it too, more than you guys ok!) maka kena la buat kerja2 sket. For the first time, gonna drive my new green car. Bosannya...nak bawak Vitara Vince, can aaa? Can laa...

Khamis, Ogos 14, 2003

WEV1053 Dalam Kenangan
paid my last respect to my very first car. last respect as in...gave it a good wash this evening. gonna miss you like hell, my dearest WEV1053. may your next owner treat you better than I did. well at least, harap2 dia boleh tukar tayar sendiri ;p
dlm kesempatan ini nak say thanks to those people yang pernah bersusah payah selama ni kerana kereta tuh (ada macam dapat oscar tak gaya aku?)
Abah, Along, Acik, Kawan Along, Ashadi, Leen, Azim, Ika, Shidah, Raj, Zairus, Kwn Zairus, Puan Norlaila n family, hmm...semua yg terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak dengan WEV1053 itu...terima kasih. Terima kasih...lihatlah dunia!! (dengan linangan air mata di pipi...seikhlas hati...) Terima kasih.
Got my new car already. Semoga kereta baru yang aku belum tengok pun lagi, masih tersadai di luar semenjak Acik bawak balik petang tadi tu, diulang...masih belum pun aku tgk (still sedih ok, layan blues la~) Semoga kereta baru itu akan jadi lebih berjasa dari kancil putih ku yg setia...Aminn.




Rabu, Ogos 13, 2003

orait...nak tulis apa? overwhelming la this feeling of a new beginning. selalu kalau rasa needed a change, apa aku selalu buat? kadang aku potong rambut or ehmm...dye it too, pergi buat facial, pergi shopping for new clothes...pergh byk cara. kalo prob dgn balak lama, carik balak baru. tu nasihat kwn, aku takde balak mana ada masalah dgn balak, baru lama ke, leaded ke unleaded ke...
cuti ni sgt bosan ek? mcm takde keje pun aku buat...still trying to revive myself yg telah membanting tulang selama midterm exam dulu, masa gath Batch of Neutrals dulu...
Haa...sesuatu yg menarik masa gath tuh. Bleh lak dia buat sama hari dgn konsert Akademi Fantasia tuh, dah la jauh gaban...Kuala Linggi! Sepanjang jalan aku survey kiri kanan, takde pun kedai yg ada astro. Aku sound liyana n peon, kalo sampai resort nih takde gak...aku balik KL, tak kira. Begitulah semangat nya aku nak menonton!
Sah...sampai sana takde gak. Aku dan beberapa budak lain (Peon, Liyana, Wieza, Min, Seri n Shafi) dah plan...nak drive up to pd tgk Astro kalo takde gak keliling sini, tinggalkan sesape yg ada masak la ayam tu buat bbq. (Walhal aku lah AJK mknn). Call tuan punye resort dulu, tanya dia ada ke idak. Last terkeluar ayat ni dari mulut aku...
"Abang, ketua kampung punye rumah takde ke astro?"
Seperti yg ku sangka, sahih la ada! Ha ha...abang tu pun slow talk la dgn ketua kampung, kasi kitorg ni dan beberapa penghuni chalet lain join tgk AF. Kerja gile but it's worth it! Mule2 mmg kaver2 je tgk, last2 buat mcm umah sendirik (what can I say...vince is so cheeky, khai is so cute!)
Aku nak abadikan keputusan AF sesi pertama dlm blog ni...
First: Vince
Second: Khai
Third: Azizi
Other finalists: Nija n Liza
Other students (ikut turutan mereka disingkirkan dari Akademi)
1. Azza
2. Adi (long live Baladewa...~hancur hatiku...mengenang dikau...~)
3. Atie
4. Burn
5. Rosma (kontroversi gile but i think it is for good coz awek ni cam kerek2 sket, kalo menang tatau la cemana)
6. Nana (Vote for NA~NA~...tapi zul tak kasi vote nana. n'way nana was great masa final. You go, girl!!)
7. Sahri (man...he's good, great voice man!)
All in all mmg puas hati dgn keputusan. Hope I'll get to see them suatu hari nanti. (ehemm...khai especially he he)

first of all...thanks to naem for making this possible!!! geez...blogspot is harder than diaryland but at least it's better in a sence...dia banyak perkara lagi. makasih lagi la naem...muah muahhh!!! kerana itu saya dedikasi kan lagu achik dan nana, Paling Comel yang masih kangen kan si karpet bulu jodgja baru uhuuuu....
2ndly, thanks to those yg setia dr diaryland dulu to come n read my thoughts n bullshits here pulak. Welcome dear! I have reasons to change my writing space nih.
1) kerana saya nak lupakan (cieee...) beberapa kisah2 lama dulu. this new diary represents ehemm...a new beginning.
2) sebab ada org gile kacau kat diaryland tuh
3) sbb blogspot nih cun lagi n ada ruang korg nak ngumpat2 he he...
so enjoy urself...
the spot might've changed but i'm pretty much the same old gal. muahhhhh muahhhh ppl!!!

I am a Taurus.
(Also known as "Bull")
My Horroscope starts like this:
" Petty, annoying and a whiny pain in the neck, a Taurus loves to brown-nose and is often a snitch to boot. In life and work, always blows with the wind, and runs to answer to his supperiors' smallest whim. " (Read more | Find yours)
testing from naemah

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...