Rabu, Ogos 27, 2003

Berhentilah mengomel---> Utusan Malaysia, 24 Ogos 2003
Apabila Nam Ron menayangkan filem Gedebe arahannya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berakhir malam ini, Siti harap orang berpengaruh dalam industri filem datanglah menonton.
Lebih-lebih lagi orang filem yang paling banyak mengomel itu dan ini yang tidak betul dalam industri filem. Malah orang yang minta dana itu dan ini daripada kerajaan. Dana bagi, pinjaman bagi tapi filem tak nampak juga.
Balik-balik kritik kerajaan tak buat itu dan ini. Mereka ini memang jenis banyak cakap, sikit bekerja. Nak buat filem belanja besar saja. Belanja kecil tak nak buat.
Tapi Nam Ron dan beberapa rakan lain tak pula banyak mengomel. Tak minta apa-apa daripada kerajaan. Tak minta dana. Tapi dalam diam-diam mereka menghasilkan filem. Bukan Nam Ron saja tapi banyak lagi. Amir Muhammad, Yasmin Ahmad, James Lee dan Ho Yuhang. Biar pun buat secara amatur menggunakan video digital tapi yang penting mereka tunjukkan hasil. Berbanding orang-orang senior dalam industri filem yang banyak cakap, Siti fikir budak-budak ini lebih berguna kepada industri filem kita.
Filem-filem yang akan masuk panggung pun Siti tengok tenat-tenat belaka. Potensinya hanya boleh kembungkan poket produser, itu saja. Potensi lain filem-filem itu akan dilupakan selepas tayangan di pawagam tamat.
Memang eloklah kalau generasi baru yang mempunyai nahu baru membuat filem. Siti lemaslah dengan filem-filem setengah masak kita ni.

SITI JARUM: Teringin nak tengok filem Pasir Salak arahan Jins Shamsuddin.


Right on! aku pun dah malas nak tgk wayang dah zaman sekarang ni, esp. wayang melayu. kalau nak buat apa2pun, including nak buat filem ni, nak kena dtg dr hati yg tulus ikhlas, otak yg berfikir. walau poket penuh tapi otak zero, Hello...masuk kelas tadika balik la! Kalau otak full, poket kosong...sure boleh carik jalan somehow.

note to ili: ko ngorat namron aa...i'll get whoever is left. you go girl, he's a gem!! hu hu

Tiada ulasan:

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...