Selasa, Ogos 19, 2003

Naem punye blog dah letak gambo!!! Nak kena menuntut ilmu ni. Tapi aku lembab gile la memahami bahasa html, adakah kau Ull menghadapi masalah serupa mengenal akaun? ha ha Meh2 tukar otak jap meh? Nanti aa aku byk menda lagi nak blaja nih, asyik2 kasi susah sama mbakk naem. mujurlah naem baik budi bahasa serta memahami! Give it up for naem!!!

Arghhh...gile aaa nak marathon tgk vcd Jepun. Org lain masa Karnival Mega Jualan beli baju ke, kasut ke, beg ke...ni aku borong vcd. Diskaun 20%, pulak tuh kedai tuh byk gile choice, apa lagi! Tapi org lain sume dah advanced, dah tgk GTO, Beautiful Life...aku baru beli. Arghh takpe, skrg aku advance dah tgk 'The Smile Has Left Ur Eyes'--->ada Abang Takuya seh!
Apa VCD aku beli semalam?
1. GTO (sape tau nama hero citer nih? Tulisan jepun dia kecik sgt la, takleh aku nak baca ;p)
2. Beautiful Life
3. Good Luck! (Takuya is a hottie in this one, sape tak caye gi tgk aa)
4. The Smile Has Left Ur Eyes (currently playing on my pc, this one mcm thriller sikit. Kelainan dr lakonan Takuya yg sering aku tgk)
5. Gift (Takuya with long, pony-tailed hair)
*takuya*takuya*takuya*takuya*

Hmm..Special Shout for my senior from SSP, Azlin Sabtu! Bergeliga juga minda ko ek, apsal la dari dulu tak nampak kehebatan anda. Anyway, even Legally Blonde is not as good as you! *clap*clap* You made us all SSPians proud! Beb, bile ko dgn Chip nak bersanding atas pelamin? 2004 k?

Leceh la Dol, dulu aku buatkan email ko, bukan nak maintain kan, last2 aku gak yg kena reactivate kan. Tu ahh...lenkali main email2 dgn awek tuh, suruh la dia tlg check kan sekali. Dulu elok2 aku check kan, tamau dah. Haii...mujur la ko nih kwn aku dah berzaman-zaman, aku ckp nak putus sahabat pun ko dah tak amik pot. Mujur gak ko buat lemang sedap. Tapi kalo lenkali akuuuuuu gak reactivate kan, nampak gaya ada yg kena bwk ko jumpa Tok Mudim lagi sekali nih! (mujur la aku baik...kalo tak aku sendirik jadi Tok Mudimnya, tau!)

Rabu ada exam Business Comuunication...doakan la aku bleh jwb dgn tenang dan jaya. Tadi dpt result Advanced Management Accounting...arghhh!!! Apa aku dah jawab weh? Apa aku dah buat? Tapi biasalah lepas dpt result haram jadah, skrg aku tgh semangat gile kononya nak bukak buku B.Comm study. Nak baiki pencapaian diri, konon. Tapi takde pun bukak. Tgk dr kejauhan jek buku teks B.Comm tuh. Takpe, yang penting niat ;p

Rindu Bayangan (Carefree)

Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi
Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lamakan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi
( korus )
Apalah yang hendak di kata
Sudah suratan takdir yang menentukan
Ooh..oh..inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah
Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan


Tiba2 terasa lagu ni macam ada...feel pulak. Right on, janganlah dinanti pada yang telah pergi, hanya luka lama kan berdarah kembali...

Tiada ulasan:

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...