Sabtu, Oktober 25, 2003

Part of an article from Hai bil. 376 (Zul Huzaimy on the cover with Misha Omar and Intan Sarafina)...

DIPUJI ROSYAM NOOR

Ibarat seperti jauhari mengenal manikam. Hanya pelakon yang bagus sahaja yang dapat mengenali pelakon yang baik.
Rosyam Noor sebelum ini, dalam sebuah artikel harian tempatan, telah memuji beberapa pelakon baru yang mempunyai bakat besar, Antara yang disenaraikan termasuklah Zul Huzaimy.
Sewaktu perkara tersebut ditanyakan kepada Zul, sebagai pelakon, dia benar-benar rasa terbeban.
"Saya memang minat dengan lakonan Rosyam, tambahan pula dia seorang pelakon senior dan banyak pengalaman. Sebenarnya, saya memang mencari peluang untuk mengenali Rosyam dengan lebih rapat dan berlakon bersama-samanya. Tetapi peluang itu tidak pernah ada."
"Lagi satu perkara, saya sebenarnya rasa tidak selesa apabila setiap kali dipuji. Bagaimanapun kata-kata Rosyam itu sebenarnya saya lihat sebagai satu sindiran agar saya terus bekerja keras."
"Apabila Rosyam memuji, bermakna dia memerhatikan perkembangan kerjaya saya."
"Daripada sudut lain, saya melihat kejayaan Rosyam sebagai pelakon sebenarnya turut dibantu oleh keserasiannya bekerja dengan beberapa orang pengarah. "
"Sebagai contoh, Rosyam dan Rashid Sibir cukup sinonim. Mereka bukan sahaja rapat sebagai pengarah dan pelakon tetapi juga sebagai seorang kawan. "
"Sebagai seorang pelakon. jika mereka sudah jumpa pengarah yang tahu dan kenal mereka lebih rapat, ia membolehkan mereka bekerja dengan lebih baik. Ini kerana pengarah terabit tahu bagaimana hendak 'mengeluarkan' bakat yang ada dalam diri mereka."
"Sebagai pelakon, itu jugalah yang saya cari. Setakat ini, pengarah yang mampu 'memerah' saya memberikan persembahan terbaik dalam lakonan seperti Namron, Adlin, Marlia Musa dan Ahmad Yatim," ujarnya seraya mengakhiri perbualan.


Had a lengthy conversation with Zul about this article. I am glad he opened up to me, telling me so many things and we shared our views tentang pujian dan sindiran. Can't exactly write what he said, sebab panjanggggggg gile (Sampai member aku, Suti, naik bosan tunggu) and sebab, it is our secret ehehe...but, all in all, it made me feel lebih mengenal dia. I can say I'm glad for that.

Anyone has views about this article? Sesiapa rasa Zul merendah diri ke, atau rude ke atau apa saja...please do post ur feedback so I can give them to Zul. Thanks.

Tiada ulasan:

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...