Rabu, Januari 21, 2004

:: Pujian itu membunuh? ::

"Lakonan para pelakon utama, Zul Huzaimy yang melakonkan watak Brutus dan Md Ezendy yang melakonkan watak Cassius memang baik. Ingin juga saya bertanya jika mereka menggunakan pendekatan 'Method Acting', kerana mereka telah berjaya melakonkan watak pemuda 'skinhead' dengan baik dan realistik sekali. "- nizam zakaria


"Sebab bukan apa, pelakon-pelakonnya adalah, out of the ordinary, penuh realism, penuh stype method actor macam Robert De NIro dengan mental, style, emosi, dan fizikal yang luar biasa. Kalaulah Nam Ron boleh manipulasikan kebolehan mereka ni (terutamanya Zul HUzaimi, dia antara pelakon-pelakon 'baru' style method actor Malaysia yang sama setaraf James Franco, dan mungkin juga James Dean)."- encik tontonfilem

"Kesemua pelakon menggunakan sepenuhnya daya konsentrasi (lihat sahaja Zulhuzaimy yang tidak sedikit terleka dari wataknya), ..."- faisal tehrani


"Zul Huzaimy Marzuki bukan saja diberi mandat sebagai Hamlet malah aset penting menyakinkan khalayak terhadap kemampuan keseluruhan produksi tersebut. Faridah berjaya membentuk Zul Huzaimy menjadi yang terbaik di antara yang terbaik.
Hamlet mungkin lain apabila ditangani pelakon lain. Namun, Zul Huzaimy ada rasanya sendiri sebagai Hamlet yang waras, pura-pura gila, penyayang dan romantik, garang, kecewa dan menghargai ikatan persahabatan. Stamina dan konsisten Zul Huzaimy menguasai pentas yang hanya memuatkan paltform dua tingkat lebih dua jam juga mengagumkan."
- utusan malaysia


and many many more.

Aku surfing internet looking for news on him. Woahh...nothing but praises for him! No wonder dia pernah cakap...

"Kalau awak kawan saya, awak tak puji saya. Pujian tu membunuh tau tak, wak."

Mula2 aku pun tak faham. Macamana pujian boleh membunuh? So he explained...kalau aku puji, sampai satu tahap dia akan bangga diri, besar kepala...dan itu adalah racun. Racun membunuh. As simple as that.

Sebaliknya kalau aku beri kritikan atau kutukan...dia akan merasa perlu untuk berusaha, to prove me wrong and to prove that he can. Makanya dia akan lebih 'hidup'. Hurmphh...ya ka?

Aku rasa ada betulnya.

Puji ada batasnya. But actions speaks louder than words...everyone knows that. So dalam menghargai seseorang...mungkin ada cara yang lebih baik dari memberi pujian kot?

Tapi nak kutuk pun, jangan la lebey2!

Eheh...Zul=James Dean? Menarik or what y'all? ho ho ho!

Tiada ulasan:

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...