Sabtu, Januari 17, 2004

Wehuuu..just got back from sesi mendugongkan diri di Sungai Congkak with Ida, Zila, Yatt and Ude. Yang mana buat synchronize swimming, yang mana buat baywatch, yang mana dok sebok makan, yang mana dok melamun, dan juga yang mana balun aiskrim (tak sejuk ke? ha ha)...sila pikirkan sendiri. Warga SSP yang mana baca blog nih, aku cadangkan next gath in Sungai Congkak. Murah, dekat, best...
Bile next gath? Hurmphh...lagi 3 tahun?

Laporan penuh:
Jumaat
Gerak dari Uniten pukul 9, selepas nonton '5 Sihat 4 Sempurna' which is, as stupid as most said it was, I enjoyed it. I did! ha ha! anyway, dah gerak, ambil Zila at her sis's place in Puchong. Cemana ntah bulih sesat2 pusing kat situ, lalu depan umah Kak Im 2-3 kali, namun kerana bodoh sombongnya saya, saya teruskan berputar2 disitu mancari Jalan PU12/4. Wahh...ketemuk akhirnya! Lepas tu alang2 dah lalu LDP, singgah Tesco for dinner. Seluruh hari Jumaat tu langsung tak makan lagi! Apa tak nya, bangun tengok jam, dah lewat dari jangkaan, mandi2, gosok2 baju, rush to MMU,sampai kat sana pukul 12, pulangkan buku E-Comm Shamam, pinjam buku PSA dan cd 5sihat4sempurna tu serta meminjamkan 2 cd kepadanya. Saya gembira dia sudah boleh copy ADA Band! Sesunggah Shamam mmg merupakan tokeh bajakan yang hebat! ha ha...dah balik dr MMU, sampai Uniten buat assignment, nak kena hantar at 3, so tak sempat makan. Siap masuk lambat lagi tuh, 3.30 baru masuk! Kena perli lak dengan lecturer. Until the end of the class, rupanya Encik Ishak lupa dia kasi assignment! Last2 dia kata, lepas cuti je lah hantar. Muahahaha!! Capek!
Maka back to kisah 5 dugong yang cantik...lepas makan kat Tesco, ambil Ida kat UM. Kecoh la rumah aku malam tu, 2 rascals of SSP, Ida n Zila bergabung. Menganyam ketupat session! Mujur aku senyap jek...ehemm...menderita sakit sebetulnya. Sakit ehem...perut.

Sabtu
Seawal 7.30 pagi aku bangun, padahal pukul 4.15 baru tidur. Masuk dapur, masak nasi, goreng sayur, goreng telur, panaskan ayam...lauk piknik hari tu! Menyusul kemudian Ida n Zila lak bangun. Aku tau diorg takjub, aku bangun awal. Aku pun takjub seh! ha ha Dah masak sume, cuci kereta lak. Dah 3 bulan tak cuci. Kesian kesayangan aku tu. Dah budget Yatt and Ude sure lambat dari jangkaan punye. So masa aku naik atas siap2, diorg sampai kat LRT. Kuar umah tengok tayar aku pancit lak. Sudahhh..kena isi angin. Masalahnya, tak pernah lagi isi angin tayar. Selalu suruh Abah ke adik aku isikan. Aku kan insan yang lemah. Call Abah tanya berapa pressure nak isi, Abah gi riadah lak. Acik kelas. So aku taram jek. Dah siap2 isi Abah call balik. Opps, silap...aku isi lebih. So terpaksa keluarkan balik angin, isi pressure yang beneran. Maka, lama juga la Yatt dan Ude tunggu kat LRT. Sorry babes!
The drive to Sungai Congkak yang biasanya mengambil masa 30 minit je (with my regular speed) telah mengambil masa selama 45 minit kerana jalan yang adakalanya jam dan adakalanya ada kereta 'L'embu di hadapan. Sampai kat sana, aku suggest amik a pondok, bayar sket tapi selesa. They agreed. Pergh, sekali pondok tu siap toilet la, beranda la, banglo kampung! ha ha so after a brief negotiation, (boss situ nampak muke aku je dah kasi diskaun Rm10 lagi from harga dia cakap kat Ida and Ude. Hu hu...muka bawak tuah! :p No lah, pasal dia kenal Auntie aku. har har!)
Setelah makan tengahari yang ditaja oleh aku, sesi suai kenal dengan air bermula. Perghh...sejuk syial!! Kecut pankreas aku. Dalam air as usual, sesi hati ke hati a.k.a sesi menganyam ketupat. Yatt sempat belanja aiskrim, bawak masuk dalam air tuh. Perghh, sejuk tambah sejuk, tambah panas perbincangan. Pok pek pok pek, lapar balik. Naik balik, abiskan sandwich tajaan Ude. Hur hur.
Next round dalam air, sesi fotografi. Berbagai aksi ghairah dan separa ghairah telah digayakan. ha ha...Semuanya dengan niat, kasi jeles budak2 lain yang tak join! Lepas tu sempat explore tempat baru, air deras...pergh mmg terapi gile la, aquapuncture ke? Sakit2 badan aku skrg...tapi puas hati. Water theraphy works everytime for me!
Before 4 o'clock, sume dah naik, berkemas2. Sume dugong dah kembong. Lagipun Yatt kena balik cepat, malam tu gak dia nak balik Kelantan, temankan mak...he he yelah yelah, bukan selalu anak dara balik ek. Before balik, sesi fotografi ke-2. Nanti aku upload pics! Tapi yang pic tak melampau je lah ek. hu hu
Way back, cepat la pulak. Ke aku bawak laju? ha ha kesimpulannya...best best best!
Next one, Ude dah sound, nak gi Genting. Aku on jek. Biase lah...ha ha

Sekarang? Ngantuk.

Tiada ulasan:

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...