Jumaat, Februari 27, 2004

Misteri Kehilangan Pelajar UNITEN Terjawab...

Semenjak 18 Februari yang lalu, seorang pelajar Tahun 4 Universiti Tenaga Nasional bernama Razlan Amir telah dilaporkan hilang. Beliau dikatakan menghantar sms kepada ayah beliau pada malam itu, memberitahu dia tidak akan pulang ke rumah keluarga beliau di Bangi sebaliknya tidur di Uniten pada malam itu, kerana hendak menyiapkan tugasan. Kemudian beliau telah memberitahu rakan-rakan di Uniten yang beliau mahu ke Sungai Chua, Kajang sebentar untuk ke rumah rakan yang lain. Malangnya, beliau dilaporkan tidak pernah sampai ke rumah tersebut malam itu.
Kereta beliau ditemui diletak di atas Jambatan Pulau Pinang sehari selepas itu, dalam keadaan berkunci rapi dan dompet serta dokumen perjalanan beliau masih selamat di dalam kereta tersebut.
Pada 21 Februari, satu mayat ditemui di sebuat pulau kecil berhampiran Balik Pulau, Pulau Pinang dalam keadaan sudah tidak dapat dikenal pasti.
Tanggal 23 Februari, ibu dan ayah Razlan telah ke Seri Pentas, TV3 untuk memohon andai sesiapa menemui anak mereka ini, agar memberikan maklumat supaya beliau dapat ditemui.
Siasatan DNA gigi mayat tersebut serta pengecaman baju yang dipakai mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah mayat Razlan Amir. Punca sebenar kematian belum diketahui.
Jenazah Razlan sampai ke Bangi pagi tadi dan sudah selamat dikebumikan.

Al-Fatihah...

It's sad...I've seen him around in Uniten, but I don't know him personally. Lepas tengok berita TV3 di Uniten tadi, I drove back to Pj, meremang bulu roma just to think of this case.
Suicide or murder?
People say it's suicide.
But why?

Tiada ulasan:

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...