Rabu, Februari 04, 2004

MISTERI NUSANTARA

Hehh...Uniten pun dah mula ada kisah2 seram. Dan sangat berteknologi pulak tu! Begini kisahnya...

Pada Jumaat minggu lepas, sekitar jam 10 pagi (err...ada yang kata petang pulak, tapi pokoknya siang deh) telefon pejabat telefonis uniten berbunyi. Langsung diangkat...ada suara mengatakan 'ia' adalah hantu Ilsas (bangunan terawal di Uniten) dan 'ia' mohon dicari mayatnya utk dikebumikan secara aman. Telefonis itu bertanya dengan selamba, "kalau ye awak hantu...bagitau saya apa yang saya tengah buat sekarang?" sebab dia ingat 'ia' adalah orang yang nak main2. Wahh...ternyata 'ia' berkata dengan betul yang telefonis itu sedang memegang patung atau bantal kecil dan membaling-balingkannya. Terussss telefonis itu histeris!

Dengar2 lagi pejabat KMC (lab computer) pun pernah mendapat panggilan serupa.

Dan seorang pelajar pula diganggu melalui line internet. Kisahnya pelajar A (bukan nama sebenar) online, nampak pelajar B online lalu di mesej. Ternyata katanya orang di talian sana, B sudah tidur. Waktu A bertanya "siapa ni?", dia mendapat jawapan "Hantu Ilsas". Namun A tidak ambil kisah kerana dia fikir dia diperolok-olokkan. Tetapi bila dia bertanya pada pelajar B keesokkan harinya, ternyata memang B tidak online...malah, CPU pun berada di rumahnya tatkala itu, how to online beb??! Jadi siapakah yang online? Or...apakah?

Sama-samalah kita fikirkan.

Ada pula teori mengatakan "hantu ilsas" ni kemungkinan asalnya dari tapak bangunan IT yang bakal di bangunkan ni. Pindah ke Ilsas. Entah la..Wallahualam.

Tiada ulasan:

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...