Isnin, Mac 15, 2004

Dalam kereta dengan Mak semalam, sambil tengok poster-poster pilihanraya...

Aku: Payah la ada poster2 nih...sume kereta bawak slow. Sibuk nak baca poster nih! Tak pasal2 jam kat roundabout...bawak cam hampeh, kang eksiden sape gak susah!
Mak: Ntah nya...tengok keta depan nih!
Aku: Apsal banyak sangat gambar orang ni Mak? Mana satu calon Parlimen, mana satu calon DUN?
Mak: Ntah.
Aku: Mak undi kat mana?
Mak: Ntah.
Aku: Owh. *pause*
Mak: Apsal muke calon parti X ni kelakar?
Aku: Calon Parti Y tuh pun kelakar gak Mak. Eh...ada 3 calon ek kawasan nih? Calon Parti Z tuh pun macam kelakar gak muke dia.
Mak: Hmm...mungkin ke diorg buat kajian, pengundi kawasan ni akan mengundi ikut wajah, yang mana lebih kelakar, itu yang lebih baik? *LOL*
Aku: *LOL* Eh...tapi mengundi, ikut alamat dalam IC kan? Hurmph...Mak kan dah tukar alamat sini? Jadi...Mak undi kat sini ke?
Mak: *pause* Ye lah kot.
Aku: Takkan nak undi ikut muka kelakar?
Mak: *pause* Takkan la.
Aku: Habis tuh?

Perbincangan seterusnya terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mom, you rawks! Ha ha

Tiada ulasan:

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...