Ahad, April 25, 2004

Saya sangat sangat sangat sangat bahagia hari ini. Sangat.

Kerana saya bertemu dia



tadi. Dia sangat kacak. Dan baik. Dan rambutnya...wah. Wah. Wah sekali lagi.

Dan sewaktu dia turun dari lift, saya dan Shamam saling berpandang sambil menyebut namanya.
Macam tak percaya dia dihadapan mata.
Lantas saya bangun untuk mendapatkan dia.
Dia hendak check out dari hotel.
Saya tunggu.
Saya dapati saya tidak dapat berdiri lama.
Lutut saya menggeletar.
Saya duduk di kerusi.
Masih menunggu.
Dia berpaling.
Wah, seperti iklan syampoo saja rambutnya.
Saya panggil.
Saya minta tandatangan di kaver cd.
Dia akur sambil tersenyum.
Dia mengajak duduk.
Saya berlari mengambil buku nota, mahu minta tandatangan untuk adik saya juga.
Dia tanya nama saya.
Shamam yang jawabkan.
Dia terus menandatangani kaver cd.
Saya duduk di sebelah dia.
'Cermin matanya seperti cermin mata saya lah!' kata saya di dalam hati.
Saya suka.
Saya tak mampu berkata-kata.
Sambil dia tandatangan, Shamam ambil foto.
Kemudian saya ambil foto Shamam.
Kemudian Shamam ambil sekali lagi foto saya bersama dia.
Kemudian dia bilang..."nice meeting you" sambil menyalami kami.
Dan dia berlalu.
Dan saya angau.

Tiada ulasan:

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...