Isnin, Julai 26, 2004

Everytime he calls...

Jantung aku mesti macam nak pecah. Takut akan khabar apa pula yang akan dibawa. Maklumlah bukan selalu lagi kami berbual di telefon. Hanya kalau ada cerita penting hendak di kongsi sahaja. Kalau dulu, paling tidak, 1 minggu 1 kali akan bertanya khabar. Hmm...masing-masing dah sibuk.

Tadi, khabar yang sama. Nampaknya masalah masih belum selesai. Kedua-dua belah pihak tak mahu bertolak ansur. Dia tersepit di tengah. Sebetulnya, masalah ini kecil. Jalan penyelesaian pun sangat jelas. Cuma tak ada yang mahu membuka langkah melalui jalan itu dahulu. Atau mungkin, mereka rasa nak tunggu sampai jalan baru siap baru nak lalu. Tapi kesian lah dia...

Tapi, tadi dia boleh gelak-gelak lagi. Cuma gelak tak ikhlas lah. Gelak kosong. Dia sudah tidak menangis pun aku bersyukur. Masih ingat nak perli-perli aku. Dasar samdol.

Dia wujudkan satu isu. Tentang aku, dia dan tanggapan orang tentang kami. Sebetulnya kalau tak jump into conclusion, semua orang boleh nampak hubungan kami yang tak lebih dari kawan. Kawan baik. Masalah kalau dah jump into conclusion, dah mental block, tu yang tak boleh nampak kenyataan. Kenapa ada pihak harus cemburu. Kenapa harus marah. Kenapa mak tak suka...(tak suke sebab kami berkawan je. Cuba kalau aku balik, aku cakap dia nak masuk meminang. Sure mak kenduri 7 hari 7 malam!).

Aku tetap doakan dia happy. Dan aku tetap kawan. Hanya kawan. Dan aku pun tak berharap untuk jadi lebih. Terasa macam sumbang mahram pula nanti. Geli, geli.

Ada orang lain bengang pula dengan aku. Aku tak ada niat nak fire pun. Hanya bergurau. Sorry if you can't see the joke. Nak marah, silakan. Saya memang begini. Suka kutuk orang, suka perli-perli. Tapi saya bukan serius. Kalau anda masih tak faham, dan anda masih hendak sangat sensitif, go ahead. Tak tahan kawan dengan saya, tak perlu kawan dengan saya. Tak perlu sakitkan hati anda.

That's the last time I'm going to justify my doings to you. So damn tired. Kau tak muak ke?

Kesimpulan dari 2 kes ini:
I don't ask much out of friendships. Please don't ask too much from me. I have nothing to give. If you want nothing, I can give you that.

Tak nyambung kan kesimpulan nih?

Tiada ulasan:

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...