Ahad, Ogos 08, 2004

M0ns00n W3dding 2

Malam semalam (that's Saturday Nite), bbq di rumah pengantin baru. Akhirnya kebanyakan orang duduk di hadapan tv menonton AF. Tapi aku rasa kan sangat menarik, dari semua generasi keluarga...dari pangkat nenek hingga anak2 saudara, semua berkumpul depan tv. Fikri, anak sedara aku yang berumur 3 tahun, sibuk dengan "Yeah yeah...mesraaa~~" while Aiman, 4 years old, sibuk berbandangan. Kejap2 he'll come to his sister, Atiqah sebab bandangan tercabut. Darin pulak, sibuk suruh aku Afund1 Z4hid. "Boyfriend Darin Z4hid". Wah, anak sedara ku! Haha! Atiqah pulak, "Auntie, tak nak la Ad4m keluar. Dia handsome!" Anak2 Abang Ngah, masa nak pulang, semua orang yang diorang salam, sure diorang cakap "Afund1 Ad4m". Mak Tam Enah, tak kisah dengan sakit2 kakinya, sakit perutnya...bertingkut2 pergi duduk depan tv. She said, "Z4hid sure tak keluar lah. Penat saya Afund1 dia nih!". Mak aku, kejap2 dia hulur hp dia, suruh aku Afund1 Z4hid, Ad4m dan K4er. Cuma Opah yang dari mula, "HUh! Opah menyampah betul tengok diorang ni terkinja-kinja. Ak4d3mi P**tatsi*l." Muahahha...Opah, Opah...
Tuh belum Anak2 Kak Maya lagi, yang semasa Af 1, insisted Mak Yang sikat rambut diorang macam Kh4i (padahal rambut kerinting, ada hati nak rambut Kh4i!). Dan mereka jugalah yang bila aku tanya, nama siapa? The answer was "Saya V1nce, adik saya Kh4i!" Banyakkkk lah korang! Hahaha.
Even Kak Yan, the bride, sewaktu bersalam dengan aku waktu aku mahu pulang, sempat berkata "Eh, awak Afmasuk L1nd4 ke Z4rin4 tau! Jangan lupa promo!" Hahaha...
Selalunya makcik2, nenek2, sepupu2 akan sibuk dengan soalan cepumas yang berbunyi "awak bila lagi?" atau "haii...sorang je? boyfriend mana?", sekarang soalan2 lebih berkisar tentang "awak Afund1 siapa?"

Katalah apa sahaja tentang AF. Yang pasti, ia memang merapatkan silaturrahim keluarga.

Dah demam? Keluarga saya memang dah sangat demam. Tak dapek den nak nolong!!!

Owh, korang Afund1 siapa?

Tiada ulasan:

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...