Khamis, Jun 01, 2006

Aku punya teman. Teman sepermainan. Dimana saja ada dia jarang ada aku. Tapi kami sentiasa berhubung melalui sms dan panggilan2 telefon. Dah lebih 7 tahun kami berteman. Orang selalu bingung, aku wanita, dia lelaki, kenapa tidak mengikat janji? Dari dulu lagi kami saling berkongsi masalah dan saling memahami. Dari dia bujang, sampailah dia sudah beristeri.

Sesuatu yang tak pernah kami bincangkan sesama kami, kenapa kami tak merasa tertarik terhadap satu sama lain. Opps, untuk aku, tipulah aku tak pernah merasa tertarik terhadap dia. (Tertarik je? that is suchhhh an understatement!) Tapi tu cerita lama. Sekarang ni rasa, tak dapat bayangkan. Macam sumbang mahram jek! Iskh. Dan dia bukan gay, he's straight and he's hot. Tapi orang2 selalu tak percaya when we say we are merely friends. Even mak aku pun selalu berprasangka, inikan pula orang lain kan. Mak aku pernah chenta mati nak dia jadi menantu. Siap dah bawak gambar dia tayang kat kampung lagi. Masa dia kawen, mak aku yang frust. Had to take her out, slow talk dgn dia...tekankan the fact, kami kawan je mak! Bior lah dia nak kawen pun!

Somehow, this topic came out the other day. Kenapa friendship kami selalu menimbulkan syak wasangka kepada orang lain, dan kenapa kami would never be more than friends.

As for the 2nd question, alasan yang aku keutarakan adalah, we just dont see each other any other way. Aku tak nampak dia sebagai lelaki, dia pun tak nampak aku as wanita. (Perlu saya tegaskan disini, dia lelaki normal dan dia lelaki kacak okay! Dan aku sah2 la wanita tulen dan jelita *ngeh, ni blog aku, suka hati lah aku nak perasan pun*) We just see each other as friends. Kawan ketawa, kawan menangis, partners in crime, kawan mengutuk orang, problem solver, counselor, or just jadi punching bag. Orang yang paling banyak menyimpan rahsia aku.

Aku pun tak tahu apa motif aku buat posting ni. Nak jelaskan kepada siapa ya. Perlu ke nak jelaskan. Hahahah, entah? Mungkin orang2 yang tak percaya, saya ckp lagi sekali, kitorang kawan je lah! Kawan sampai bila2. Tapi dia masih, kacak seperti dahulu. Min, rugi beb tak cuci mata. Wakakakaka...

UPDATED FOTOPAGES.

Tiada ulasan:

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...