Rabu, Julai 30, 2008

My Confession

Khabar yang telah membuat jiwa berlagu riang, hati menjadi senang, jantung berdegup kencang, kaki melompat bintang.

Giliran Afgan ke Malaysia


AFGAN cukup popular dengan lagu Terima Kasih Cinta.


PERTAMA kali Papa mendengarkan lagu hitnya, Terima Kasih Cinta, Papa sudah jatuh cinta kerana lagu dan liriknya yang begitu menyentuh perasaan meskipun ia adalah komposisi yang cukup ringkas.


Lantas apabila Papa berkunjung ke Indonesia tidak berapa lama dulu, Papa tidak ketinggalan untuk mendapatkan album pertamanya yang berjudul Confession No.1.


Apa yang membuatkan Papa terkejut ialah apabila melihatkan tuan empunya dirinya yang masih muda iaitu 19 tahun tetapi vokalnya, bagaikan penyanyi dewasa.

Tidak dinafikan lagu-lagunya dalam album itu memang sedap-sedap belaka. Bukanlah untuk memuji tinggi tetapi itulah hakikat yang perlu diterima.

Mungkin ada yang akan tanya, siapa Afgan atau nama penuhnya, Afgan Syah Reza ni. Kalau semua nak tahu, Afgan ini juga antara penyanyi baru yang mula menyinar dan kini mendapat perhatian di Indonesia.

Membawakan jalur muzik pop dan R&B, tidak mustahil, Afgan dengan mudah meraih populariti sekelip mata.

Apa yang Papa dengar, kerana itu juga, ada pihak dari Malaysia yang sudah pun menyatakan minat untuk membawa Afgan datang ke Malaysia.

Kalau tidak silap Papa, mungkin selepas Hari Raya nanti, Afgan akan datang untuk pelancaran albumnya dan juga mengadakan showcase.

Kawan baik Papa, Diva La Vida mesti teruja kan?
********************************************************
Credits Utusan Malaysia


Kawan-kawan saya pun mesti ada yang teruja,kan? :-D

5 ulasan:

awesome blossom berkata...

o.m.g.. i read the news today, terus aku teringat ko... hahahaha. sabarlah menunggu lebaran....

weeza berkata...

afgan..mesti mau pergi :D
yeay!

shamamia berkata...

igt, sebelum lebaran is ramadhan. aahahaha

naemah berkata...

wahh brondong mu mo dtg tu... asikkk

f a r i n a berkata...

keyword...

brondong KU! hahahaha...

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...