Selasa, Oktober 28, 2008

Waktu

Ada sahabat yang telah membuat komen tentang kecenderungan anak Melayu bertutur dalam bahasa Inggeris dan mula meminggirkan bahasa ibunda, walaupun tatkala bersembang dengan rakan sebangsa. Maka saya katakan padanya, "Baiklah, Minggu ini adalah minggu Bahasa Melayu di blog saya! Marilah kita memartabatkan kembali Bahasa Melayu!"
Banyak hal yang terjadi pada hujung minggu yang baru berlalu. Shamam juga menulis tentang hal yang sama, dan memandangkan kami banyak menghabiskan waktu bersama, beberapa aktiviti yang dia lakukan, turut sama melibatkan saya.

1. Seorang sahabat jauh datang.
Dan hati saya sangat senang. :-)

2. Rumah terbuka Ili Juai di De Palma, Ampang.
Dengan ini, rasmilah, saya meminati adik lelaki Ili. Yang penyanyi itu. Bila dia membuka mulut untuk menyanyi, terasa seperti luluh setiap sendi dan urat nadi, mengalir-ngalir mengikut lantunan suaranya yang sungguh merdu bak buluh perindu.
Aizat telah lama menjadi pelajar AF yang paling saya minati, bukan sahaja kerana suaranya, tapi keperibadiannya yang saya rasakan amat menarik. Semangat dan disiplin dirinya juga amat mengagumkan. Album perdana Aizat juga sudah lama dijual, dan beberapa lagunya seperti 'Hanya Kau Yang Mampu', 'Fikirlah' dan 'Lagu Kita' sering mewarnai ruang radio tempatan.
Kalau bercerita tentang Rumah Terbuka itu, bukan sahaja kami dijamu dengan makanan yang lazat (Sungguh, kari ayam dan sambal ikan resepi kegemaran keluarga Aizat, enak tak terperi!), telinga kami juga dihidangkan dengan persembahan menarik dari Aizat dan keluarga. Terima kasih Ili Juai kerana mengundang kami!


3. Menghabiskan waktu bersama sahabat handai.
Terima kasih pada yang sudi datang kerumah. Maaf, kalau ada yang kurang dari segi layanan atau hidangan. Jangan serik untuk datang lagi ya!
Ada waktunya bersama sahabat amat menyenangkan, ada pula yang membuat perasaan sangat jengkel dan meluat. Kepada seseorang gadis ini, minta maaf kerana saya tidak menyekeh kepala anda. Anda berhak menerima itu supaya tidak lagi membuat pernyataan yang kononnya membuat anda merasa pintar tapi maaf, sebenarnya anda lebih terlihat bodoh pada pandangan saya.


4. Secara rasminya, saya dan Shamam adalah bersaudara.
Fakta ini diketahui bila Shamam melihat gambar-gambar di dalam komputer riba saya, rupanya Pakcik saya (Pak Min, kami maksudkan kamu) dan saudara Shamam (Auntie Yuniz) telah mendirikan rumahtangga!

5. Jualan gudang Zara dan MPH
Semalam, sekembalinya saya dari membeli-belah bersama Yatt di jualan gudang MPH, ibu saya menghulurkan satu bungkusan plastik. Zara! Rupanya ibu ke jualan gudang jenama tersebut dan membelikan saya 3 helai baju. Melihatkan harganya yang murah, saya ajak ibu pergi sekali lagi ke sana. Kali ini saya pula membeli 4 helai baju lagi! Saya tahu akan ada yang membaca nukilan saya ini, akan menggeleng-gelengkan kepala seraya berkata,
"Belanja lagi, belanja lagi..."


6. Kepada seorang sahabat tersayang, saya yakin anda akan segera kembali bersinar dan berpijar seperti dulukala, InsyaAllah. Dan saya akan sentiasa berada disini, kalau kamu perlu seseorang untuk dicaci maki.

Tiada ulasan:

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...