Selasa, Oktober 28, 2008

Yang Terlewatkan

Tajuk single baru Sheilaon7. Sebetulnya saya sudah mendengar keseluruhan album Menentukan Arah sewaktu lawatan saya ke Jogja pada bulan April dan Jun. Tapi belum berkesempatan untuk benar-benar menikmati bait-bait lirik lagu terbaru mereka...

Hinggalah malam ini.

Eross, saya benci lah awak! Awak suka buat lagu-lagu yang menyentap-nyentap perasaan, menikam-nikam jiwa. Awak baca diari saya dan buat lagu eh?

Sekali lagi, album Sheilaon7 jadi lagu tema hidup saya.

Kemana kau s'lama ini
Hingga dari yang kunanti
Kenapa baru sekarang
Kita dipertemukan...

Encik Eross, saya nak belasah awak boleh tak? Awak jahat, suka buat saya menangis!

p/s: Saya suka album ini.

Baru mendapat perkhabaran gembira. E.C sudah kembali solo. Mungkin saya harus belajar buat roti canai :p

Tiada ulasan:

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...