Ahad, November 16, 2008

It's been a long day.

Dulu-dulu masa zaman di ssp, selalu dengar orang balik cuti, abang/kakak jemput. Macam sweet je. Tapi saya takde pengalaman itu. Oh ada, masa di uni abang jemput. walaupun sebenarnya masa tu kawan saya yang cun melecun ikut sekali so dengan rela hati dia menghantar pulang tapi Alhamdulillah. :-)

Hari ni, adik saya yang belajar di kuantan minta dijemput. Barang banyak, katanya. Cuti sem, katanya.
Since momzy's in melaka for work, my brother (the younger one) is in thailand, berkelana...abang saya, ada show. Maka saya volunteerkan diri. Dengan hanya Afgan menemani sepanjang perjalanan. (I wish!)

KL-Kuantan-KL in a day, that's like...500km? More. Masa tu terfikir gak kalau lah ada Nicolas Saputra disisi macam filem 3 hari utk selamanya (yang berkisar pasal 2 org cousin malas nk tolong org buat persiapan utk wedding, maka diorg mengelat dan pusing tah mana2, ambil masa 3 hari utk perjalanan dari jakarta ke jogja! 3 hari! Yang ada kawan saya orang Indonesia bilang, selalunya mengambil masa 6-10 jam je. Tapi diorang ambil masa 3 hari ye tuan-tuan dan puan-puan! Kalau mengengsot pun mungkin lebih cepat. Anyway...) Kalau dia disisi...walah waaalahhh!

It's fun actually. Driving to Kuantan alone. Pertama kali sebenarnya jalan sejauh itu seorang diri. I had time for myself. Menikmati pemandangan, rumput hijau, bukit bukau..Mak cakap saya macam Arwah Abah, suka long-distance driving. Bila teringat Mak cakap tu, saya senyum. Saya suka bila orang cakap persamaan saya dengan Arwah Abah. Maknanya Arwah Abah tetap hidup dalam diri saya. Bila dengar lagu Afgan pun saya senyum juga. Sebab, besok dia nak datang. Hahaha...(saya memang suka senyum2 sendiri agaknya eh?)

Rasa macam saya sweet sebab saya drive jauh-jauh sebab nak jemput adik saya pulang.

Since he reads my blog,


"Monyet, awak kalau tak score exam, kak ngah patah-patahkan tulang rusuk awak tau? Penat-penat ni drive jemput awak kat kuantan!
Oh. Love u too." :p



Adik saya cakap, ada kawan dia kata saya cantik. Hahaha...mind u, that boy must be like, 18? Anak ikan sangattttttttt!!! Tapi sangatlah membina self esteem, terima kasih ya, dik? Apsal puji-puji ni dik? Nak duit raya meh la datang rumah. AhakS!
Dan tiba-tiba merasa wujud lebih rasa percaya diri untuk bertemu Afgan besok. Mwakakaka.

Good nite everyone.

Tiada ulasan:

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...