Selasa, Disember 09, 2008

Brownies Kukus

Because you asked for it Widia, this is for u :-)

Bahan-bahan

Bahan 1:

7 biji kuning telur (350gm)
1/2 sudu teh serbuk vanilla
1/2 sudu teh garam
200gm gula halus (kastor)

Bahan 2 (diayak):
125gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder

Bahan 3:
15gm cake emulsifier

Bahan 4(cairkan):
50ml minyak sayuran
50gm marjerin
25gm serbuk
koko
1 sudu makan cokelat cair

Bahan 5 (cokelat ganache):
250gm dark cooking chocolate, cairkan dan biarkan ia sejuk
150gm marjerin

Cara membuat:
1. Pukul bahan 1 sehingga larut, masukkan bahan
2 dan 3, pukul kembali sehingga kembang.
2. Masukkan larutan bahan 4, kacau
perlahan hingga menjadi sebati.
3. Tuang adunan tadi kedalam 2 bekas loyang
berukuran 20x20cm yang telah dialas terlebih dahulu dengan kertas roti dan
ratakan.
4. Masukkan ke dalam bekas pengukus yang telah mendidih, kukus
selama 30minit hingga betul-betul masak. Angkat dan sejukkan.
5. Campurkan
bahan 5 dan kacau sampai rata, biarkan sebentar.
6. Ambil kek yang telah
dimasak tadi dan dilapisi dengan cokelat ganache di atas permukaannya, kemudian
ambil lagi 1 kek dan lekatkannya menjadi satu. Setelah itu hiaskan diatas
permukaannya dengan lebihan cokelat ganache tadi dan biarkan ia menjadi keras.
7. Potong dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Buku 'Brownies Kukus' terbitan Synergy Media

Tips mengukus:
1. Didihkan air rebusan sebelum adunan dimasukkan ke dalam bekas pengukus.
2. Gunakan api yang sederhana agar brownies tidak bantat dan cepat masak.
3. Bekas kukus atau loyang mestilah mempunyai jarak dan ruang supaya mempunyai udara atau wap yang cukup.
4. Semasa mengukus brownies, penutupnya tidak boleh dibuka, tunggu sehingga brownies betul-betul masak dan mengikut arahan di dalam resipi yang diberikan.
5. Penutup kukus mestilah dibaluti dengan kain napkin yang bersih supaya wap air kukusan tidak menitis di atas brownies yang boleh menyebabkan kek menjadi bantat.
6. Seeloknya gunakan bekas kukus yang sesuai dengan ukuran loyang supaya dapat menghasilkan brownies yang sedap dan menarik.

p/s: selamat mencuba! hehehe...pastu hantar2 lah ke rumah ye. :p

Tiada ulasan:

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...