Khamis, Januari 15, 2009

Wanita Jelita Sering Curang?

Wanita curang kerana hormon


HOUSTON - Golongan wanita yang curang dengan lelaki lain boleh menyalahkan hormon berhubung tindakan mereka itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut satu kajian, wanita yang mempunyai paras hormon seks estrogen yang tinggi didapati tidak berpuas hati dengan pasangan mereka sekali gus mudah berlaku curang.

Kajian yang dijalankan oleh seorang saintis, Dr. Kristina Durante dari University of Texas di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati wanita seperti itu biasanya mempunyai bentuk fizikal yang menawan.

Dr. Durante berkata, dalam kajiannya dia mendapati wanita jelita lebih cenderung menggunakan kelebihan mereka itu untuk mencari pasangan terbaik.

"Wanita jelita bukan sahaja mempunyai banyak pilihan untuk memilih pasangan tetapi mereka juga mempunyai standard tinggi yang sukar dipenuhi lelaki," katanya.

Menurutnya, dalam kajian itu, dia mengukur paras oestradiol yang merupakan satu bentuk hormon estrogen terhadap 52 pelajar wanita sebelum melakukan satu soal selidik.

Penemuan itu mungkin menjelaskan kenapa beberapa aktres jelita kerap menjalin hubungan sulit seperti Meg Ryan dan Tori Spelling.

Spelling yang sudah berkahwin pernah tidur dengan aktor Dean McDermott manakala Meg menjalin hubungan dengan pelakon Russell Crowe ketika dia masih menjadi isteri Dennis Quaid. - Agensi

Source: Kosmo Online


Okay.

I am torn between these 2 lines...

"Saya gembira saya jelita, so that now I can always blame my hormones bila saya tak tetap hati"

or...


"Saya gembira saya kurang jelita, kerna ku setia"

Either way,

bad mood? salahkan hormon.

gelak kuat? salahkan hormon.

gak pede? salahkan hormon.

gedik? salahkan hormon.

huge boobs? salahkan hormon.

flabby thighs? salahkan hormon.

tayar pancit tak reti nk tukar? salahkan hormon.

curang? pun salahkan hormon.

Thank God for raging hormones!

3 ulasan:

ull berkata...

kalau kecantikan akibat cosmetic surgery - masih applicable utk menyalahkan hormon eh?

f a r i n a berkata...

i think it's applicable,

coz I believe pengeluaran hormones itu meningkat kerana wanita itu merasa dia jelita,

in other words, perasan cantik juga, boleh disalahkan pd hormon? atau, salahkan perasan cantik atas pengeluaran hormon?

oh. saya konpius!

ni mesti salah hormon.

ull berkata...

" pengeluaran hormones itu meningkat kerana wanita itu merasa dia jelita "

ya make sense. haha.
kalau la hanya sang hormon bisa bicara....pasti huru hara :P

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...