Ahad, Februari 22, 2009

Imbas Semula

1. Saya akan cuba menulis dengan menggunakan 100% bahasa melayu.

2. Setelah dimarahi oleh Tukang Buat Kepala (err...header?) kerana tidak mengemaskini blog saya secepatnya, walaupun sudah dibuatkan kepala (again...header? heheh...aneh bunyinya) yang tahap sepak punggung (kick ass), dan alasan saya iaitu "Saya tidak tahu nak menulis tentang apa! Siapa nak tahu tentang apa saya makan, apa mimpi basah saya, apa, apa, apa..." telah ditolak mentah-mentah olehnya, dan tambahnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang penulis blog untuk sentiasa memblog (adakah blog satu perkataan bahasa melayu?) saya akan menggabungkan segala elemen2 air, tanah, udara dan api untuk masukan kali ini. Banyak elemen imbas semula akan diselitkan, jadi duduk dan baca sahaja ya? (Kalau malas nak baca, boleh ke blog lain sekarang, saya janji, tak akan merasa tersinggung atau kecil hati.)

3. Menikmati hari-hari terakhir Aida sebagai seorang bujang. Sebenarnya tradisi kami berempat (Aida, Faie, Farina dan Anis = AFFA) adalah pergi berkelana sebelum setiap seorang dari kami mendirikan rumah tangga (Untuk Anis, jalan2 Perak, untuk Faie, Tanah Tinggi Cameron) tetapi memandangkan Anis (pada waktu rancangan ini dibuat, sekitar sebulan lalu) dan Faie sedang sarat mengandung, dan Aida pula sangat sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan, maka kami ganti dengan sesi makan-makan rakus di Tony Roma's pada 22 Januari.
Malangnya Anis tetap tidak dapat hadir kerana suaminya demam. Maka kami, 3 orang karnivor ini sahajalah yang melantak tak ingat.

Yang diraikan

Saya seronok. Ada bayi di dalam sanaaaa!!! (err...ya iyalah!)


4. Majlis Utusan Puisi untuk Palestin, 23 Januari di Laman Budaya, Istana Budaya bersama Cik Bai dan Cik Sor.





Nota: M.Nasir amatlah seksi!

5. Majlis perkahwinan Azie dan Hamdan di Kuantan. Saya terharu diberi kesempatan dan kepercayaan untuk merias wajah pengantin. Lucunya pengantin perempuan kerap bertanya keadaan saya, padahal sebagai mak andam harusnya saya yang lebih prihatin. Kasihan katanya, takut-takut kalau saya pengsan tak cukup makan. Azie, kalau seminggu kena kurung tak makan pun insyaAllah saya ada bekalan lemak yang mencukupi. Eceh.



Azie dan Hamdan, tahniah! Cepat-cepat la dapat anak ya!

5. Nur Aishah Humairah Halim, anak sulung Anis dan Halim, lahir 4 februari 2009. Sangat bahagia dapat menjadi antara orang terawal menatap wajah indah itu.
Papa dan mama girang.

Cantik.

Semasa menunggu sambil mendengar jeritan Anis nak mengeluarkan Aishah, sempat lagi ambil gambar. Dasar narsis. Oh, saya berkeras Aishah harus panggil saya 'Kakak' nanti, atas alasan saya belum berkahwin. Wajar kan?


Esoknya kami datang lagi, tak puas tengok muka Aishah!

Wajah kesayangan hamba.

Comelkan saya? Hahaha...ok, tak ada kena mengena!

1 dah jadi ibu, 1 menghitung hari, 1 dah nak diijabkabul...saya? Kata mereka, "nasib baik Farina belum kahwin, kalau tak kitorg nak suruh siapa drive kereta malam-malam, jemput di rumah, hantar balik..." (rupanya saya sekadar seorang pemandu. Chiss.)


6. Nur Kaseh Kaisara, anak kedua Lynn dan Arief, lahir 27 Januari. Sempat menjenguk tempohari tapi bodoh sungguh tak ambil gambar! Lynn, anak kamu cantik! Dan saya suka namanya! :-D

7. Menonton Kisah Aneh Si Benjamin Butang kali ke 2 bersama Cik LynnZ! Dia menulis tentangnya di sini, memetik katanya,
Now for the second time, I find both me & Farina giving long "indahnya ciptaan Tuhan" sighs every now and then HAHAHAHAH!

Ngehehe. Tepat sekali!
Dan saya seronok bertemu dengan Cik Sou, sanggup datang semata-mata untuk makan malam bersama sebelum saya dan Lynn masuk ke pawagam, kerana hatinya tersentuh mendengar pengakuan saya bahawa saya amat merinduinya! Biras kesayangan, kamu batu (rock) okeh!

Selasa ini kita jumpa lagi ya Sou dan Lynn? :-D

8. Membantu Cik Along memancing anak ikan berketurunan Sunda sangat mewarnai hari-hari saya sekarang. Ahaks!

9. Banyak yang bertanya mengapa saya menutup blog ini minggu lepas. Jawapan: entah.

10. Batam hujung minggu ini!

4 ulasan:

along berkata...

1 dah jadi ibu, 1 menghitung hari, 1 dah nak diijabkabul...saya? Kata mereka, "nasib baik Farina belum kahwin, kalau tak kitorg nak suruh siapa drive kereta malam-malam, jemput di rumah, hantar balik..." (rupanya saya sekadar seorang pemandu. Chiss.)

And I thought I was the only one yang dianggap sebegitu. APELAH NASEBBBB.

Point no lapan itu adelah sangat YUMMY hahahaha!

lissa berkata...

panjang sungguh entry kali ni. kalau tulis bahasa melayu full macam 10 mukasurat, padahal kalau english 1 muka surat je.

f a r i n a berkata...

bahasa jiwa bangsa. eceh.

shamamia berkata...

Point 9: Tuan blog tak perlu kasi reason.

hehe

p.s. Along, mana anak ikan saya? tq :-"

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...