Jumaat, Februari 06, 2009

Lights, camera, action!


Semalam, ada shooting kat opis. Untuk video korporat. Pekerja diminta bekerjasama, jadi pelakon tambahan. Seperti layaknya orang perasan diva sepertiku, harusnya perkataan 'shooting' membuatkan jantung memacu laju, pipi merona merah dan hati berlagu riang.

Tapi tidak.

Tudung tak best, muka tak mekap, kaki pakai selipar Bali, selekeh macam ni nak masuk video tu ke??

Tapi takde orang nak tengok kot. So takpe lah, kan?

Maka saya dipanggil untuk berlakon 3 scene. Bukan 1, bukan 2, tapi 3 scene ye, tuan-tuan dan puan-puan!

Scene 1:
Pekerja diminta berdiri di tangga, ikut warna uniform. Since ada lagi yang degil pakai baju biru. Perempuan kena depan sekali (bukan sebab cun, tapi sebab tak ramai). Lepas tu, kena tengok kamera, senyummmmmm...

Sambil mengibarkan bendera CSR. (we got those small bendera, bukan main-main hebatnya! Opis korang ada tak? Kasi tengok sikit! gile berlagak budak kilang gula)


Scene 2:
Masih di tangga, masih beratur ikut warna uniform. Masih memandang kamera, masih senyum tak ikhlas sambil berpeluh-peluh ketiak.

Tapi kali ini, adegan lebih mencabar!

Kena pegang bendera dengan tangan kiri, tangan kanan digenggam erat. Dengan muka penuh bersemangat juang, kita laungkan...

"*** Boleh!, *** Boleh!, *** Boleh!!!"
(coverline nama syarikat padahal...)

Jerit kuat-kuat sikit sebab berdiri selang seorang je dengan big boss.


Scene 3:
Tukar lokasi. Kali ini, dalam bilik latihan. Kena acting-acting macam dengar ceramah dengan penuh khusyuk. Padahal kalau nak real, kena buat ada orang main sms, makan karipap, mengumpat atau tidur tersengguk-sengguk. Atau kesemuanya serentak. (Bayangkan...)

Pergh. Gile hebat. Feeling-feeling calon pelakon wanita terbaik.Akibatnya setengah hari tak buat kerja sebab menjalani penggambaran. Hahaha...

Dan hari ini...hari ini...

Kami dapat email ini!

Dear all,

We are pleased to inform that ***’s flag just distributed to all staffs mainly in office. The purposes of this flag are to instill the self belonging spirit to Company and be proud as a *** employee.

Therefore you are requested to put a ***’s flag at proper place on your table, preferably at your front desk at all the time.

Your cooperation and attention on this matter are much appreciated.


Bangga seh!

Note: Opismet saya ada kata perumpamaan baru.
Sewaktu salah seorang disini
sedang makan roti, dia berkata...
"Wah! Roti ini lembut dan gebu macam Farina!"

WTF??!

AHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAMPEH.

1 ulasan:

awesome blossom berkata...

hehehehe, kekadang kelakar gak aku bila syarikat-syarikat tpt berkerja buat kempen-kempen patriotik dengan menyebarkan bendera, sticker, etc etc. Kebanggaan aku berkerja tak perlu di display kepada umum, deh.. the fact that aku sanggup berkorban, balik lambat, dtg time weekend itu yg penting!

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...