Rabu, April 15, 2009

25 perkara mesti bawa ke Jogja

As requested by ahlil-ahlil rombongan, berikut adalah senarai barang-barang yang saya rasa harus di bawa ke Jogja:
Source: Nekmah's blog, saya tolong elaborate jek

1. Duit. Rasanya secara standar, Rp3juta harus ada dalam tangan, untuk travelling expenses, accomodation plus shopping sakan. (Please note, as of yesterday, exchange rate for 1juta Rupiah was RM333. Kepada yang belum menukar duit, sila berbuat demikian hari jumaat ini. Kenapa jumaat? Biasanya sebelum weekend market turun sikit.)
2. Passport (sila check, tarikh mati passport adalah sekurang-kurangnya 6 bulan selepas tarikh pulang, untuk mengelakkan sebarang masalah dengan pihak imigresen. Kalau disedari passport anda dah hampir luput, cepat renew. Sehari siap dah)
3. Print out tiket dari AirAsia. Kepada gank AirAsia 23-26, would appreciate if you guys could email me your tickets? Bukan apa, sekadar tindakan berjaga-jaga seorang Penghulu Wirawati berjaya. hahaha
4. IC
5. Credit Card.
6. ATM Card (pls check with your respective banks, adakah kartu ATM anda boleh digunapakai diluar negara)
7. Baju-baju cantik (jumlah baju tergantung kepada si pemakai. At least 1 baju sehari please. Bukan setakat takut bau-bau kurang enak, tapi yang paling penting...nanti nampak semuaaaa gambar baju sama, we wouldnt want that, would we?)
8. Celana cantik. Ini tak perlulah satu celana sehari. Standar nya, celana boleh diguna ulang. Kalau anda kurang selesa mengguna ulang pakaian, sila cuci. Tak perlu memberatkan bag pakaian anda.
9. Baju tidur. Menurut saya tak perlulah tiap malam ganti-ganti baju tidur, 2 pun cukup lah.
10. Undergarments. Erm. Ini suka hati lah nak yang cantik ke yang besar gabak ke yang pakai buang ke yang lacey2 ke (kepada yang berniat untuk menambah ahli keluarga, saya cadangkan fikir masak2 undergarments pilihan anda. Ini penting!)
11. Sepatu dan Sandal. Sepatu, untuk saat-saat nak buat larian Amazing Race berlari ke hutan belok ke pantai kemudian ganti sandal untuk manja-manja main air di gigi air. Atau boleh tiru macam saya yang akan membawa sepatu Crocs yang boleh dibawa ke mana sahaja. Please make sure sepatu anda comfy, the last thing you want adalah blisters yang menyakitkan dan membuat anda hilang mood untuk berjalan. Tak payah la sebab saya kata perlu ada sepatu lalu anda fikir nak cantik lalu terus beli sepatu baru, tapi akhirnya keras macam batu. Lu fikirlah sendiri~~
12. Stokin. Hahaha...sila jangan guna ulang 1 pasang stokin sahaja sepanjang trip. Nanti pengsan satu bas! Sekurang-kurangnya, 3 pasang.
13. Sweater. Please take note, Dieng Plateau adalah sumpah dinginnnnn ngin nginn! (tapi tak perlulah bawa jacket bulu2 kambing, sweater sudah mencukupi.)
14. Tudung dan anak tudung buat yang bertudung. Kalau boleh, variasikan tudung anda supaya tidak nampak sama je digambar.
15. Plug Adapter. Ini penting. Indonesia uses a 2-pin plug system. Nanti nak charge hp/kamera/laptop tak boleh pula. Which brings me to...
16. Charger for your handphone, camera, laptop (kepada yang membawa.) Kepada yang menggunakan battery AA untuk kamera, saya cadangkan bawa juga satu set spare batteries. The last thing you want is for the battery to run out sewaktu sedang berposing hindustan di tengah ladang teh.
17. Extra SD card. Terutama jika anda memang sedar kenarsisan diri. 1GB, tidak mencukupi.
18. Tuala. Kebarangkalian besar ini sudah disediakan di hotel. Tapi boleh juga bawa towel kecil buat mengelap muka setelah beriadah panjang memanjat Borobudur.
19. Kunci dan mangga bagi bag.
20. Sebatang pen. Untuk mengisi entry card, mencatit number telefon cowok ganteng, minta signature artists keren dan sebagainya. Sebatang marker juga digalakkan.
21. Extra bag. Hahaha...secara kita selalunya pergi 1 bag, balik 3 bag, ini amat penting. Andai kata bag anda nanti tak muat waktu pulang, usah gusar usah bimbang, kita cari kotak.
22. Shopping bag dari kain. Bukan sahaja ia lebih fashionable dari bag plastik, malah kita juga membantu membendung penggunaan bag plastik. Let's do our part in preserving nature, shall we?
23. Baju hujan pakai buang. Selain dapat mengelak diri dari dibasahi hujan yang turun bagaikan mutiara, juga boleh digunakan sebagai alas meja, alas punggung, extra shopping bag, extra tudung, wow...banyak sungguh kegunaannya! Nota: baju hujan pakai buang kegemaran saya adalah yang dijual di 7-11. Bukan sahaja harganya paling murah (RM2), ia juga ada potongan lengan yang best dengan getah di pergelangan tangan so air tak boleh masuk. Brilliant brilliant brilliant!
24. Kain batik atau kain sarung. Banyak kegunaannya. Boleh jadi sejadah, tuala, selimut, make shift bantal, kain tudung. Must bring!
25. Telekung. Paling penting. Gembira gembira juga, tanggungjawab kepada Allah jangan dilupa.

Next entry: Apa yang patut ada dalam toilleteries bag anda.

9 ulasan:

soraya berkata...

i like! i like! the list!!

anis-chan berkata...

u know i can really use this list, although x ikut rombongan cik far ke jogja.

i like no 9 and 10 btw. tp yg tu sllunya sekali satu set hahaha.. ada hati nak soping last minit x? aku ada kupon 25% off kat lasenza on top of purchases ahaks

kikin berkata...

ok mekasih info yg tip top ni

Im berkata...

this is good!

shamamia berkata...

really good this one!

babe, hand sanitizer masuk grup toilleteries eh :D

along berkata...

check, check, check and check.


EH JAP.






ALA TAK IKUT SAMA PUNNNNNNNNNN :(

ull berkata...

hahaha....i like. tp sesunggohnye list sy akan lebih panjang dari ituw.

botol susu - cek
susu - cek
nestum - cek
air panas + air suam - cek
pampers - cek
stroller - cek
baju 15 helai - cek
minyak yu yi - cek

d el el

owh.

Lynn berkata...

love ur checklist. boleh digunapakai for my trip nanti (15 more days! yippee!)

sity29 berkata...

ahahha ull

ur list is definitely not the longest la!!
mine is!!
hahahahah just wait and see!!!

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...