Khamis, Mei 28, 2009

'Lara Croft' and Angkor Wat

Angkor Wat dibuka malam


Pelancong- pelancong duduk di Angkor Wat untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam di Siem Reap, Kemboja. Gambar kanan menunjukkan bayangan Angkor Wat yang memukaukan pada waktu senja. Kerajaan Kemboja menimbangkan untuk membuka semula destinasi pelancongan itu pada waktu malam bagi menggalakkan lebih ramai pelancong berkunjung ke negara miskin itu. - AP


PHNOM PENH 27 Mei - Kemboja sedang menimbangkan untuk membuka Angkor Wat, yang menjadi destinasi pelancongan popular di Kemboja, pada waktu malam bagi menggalakkan lebih ramai pelancong berkunjung ke negara miskin ini.


Pegawai arkeologi Bun Narith, yang mengetuai agensi bertanggungjawab mengurus Angkor Wat berkata, kerajaan telah pun memasang beberapa lampu di wat tersebut.

''Kami mahu pelancong menikmati semua pemandangan wat ini, walaupun di kawasan-kawasan gelap di mana mereka tidak boleh nampak arca-arca berukir serta patung,'' katanya.


Buat masa ini, para pelancong hanya boleh melawat wat tersebut sehingga waktu senja dan pihak berkuasa sedang menimbang untuk melanjutkan waktu lawatan sehingga pukul 8.30 malam waktu tempatan.

Usaha 'pelancongan malam' telah pun diperkenalkan di lokasi-lokasi tumpuan pelancong lain di Asia Tenggara.

Pelancongan merupakan penyumbang kewangan terbesar kepada Kemboja.

Lebih sejuta pelancong asing dijangka mengunjungi negara tersebut pada tahun ini, kebanyakannya dari Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Lebih separuh daripada pelancong itu mengunjungi wat tersebut.

Golongan konservatif bagaimanapun telah lama menyatakan kebimbangan tentang kesan pelancongan terhadap Angkor Wat.


Menurut mereka, proses mengepam air bawah tanah tidak terkawal bagi memenuhi permintaan hotel serta penduduk di bandar Siem Reap yang berhampiran mungkin mengakibatkan ketidakstabilan kepada struktur bawah tanah wat berkenaan.

Angkor Wat terletak kira-kira 230 kilometer dari barat laut ibu negara, Phnom Penh. - AP


This is where my friends and I will head to next year, InsyaAllah. The location for much of the filming of Angelina Jolies adventures in Tomb Raider. (macam dah boleh imagine je gaya posing nanti? hahaha...)


Saya bersyukur Allah kurniakan saya tubuh badan seperti sekarang, kerna kalau tubuh saya se'hot' sebergetah semenggoda tubuh minah di atas ini, barangkali saya akan tambah banyak dosa, asyik nak mendedah aurat jek.

Alhamdulillah. :-)

1 ulasan:

. : LaDy iRm@ : . berkata...

wah.... best nyer...

menarik utk ambik gmbr ... siang n sunset...

ambik gmbr byk2

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...