Selasa, Mei 26, 2009

National Cars!

Malaysia kembali jadi pengeluar automotif utama Asean: MAA


KUALA LUMPUR: Malaysia kembali meraih kedudukan sebagai pengeluar automotif terbesar di pasaran Asean untuk suku pertama 2009, mengambil alih daripada Thailand.

Malaysia yang sentiasa di belakang Thailand sejak 2003, mencatatkan jumlah keluaran industri (TIV) sebanyak 118,681 unit, kata Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.

Beliau berkata, Thailand di tempat kedua dengan TIV sebanyak 107,774 unit diikuti dengan Indonesia pada 99,754 unit.

"Terdapat beberapa petunjuk yang menunjukkan wujud lebih keyakinan dalam pasaran. Saya rasa pakej rangsangan serta pengenalan model-model baru telah menolak permintaan di pasaran tempatan," katanya selepas perasmian Persidangan Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di sini, hari ini.


Aishah berkata, kesan kelembapan ekonomi dunia dalam industri automotif tempatan agak sederhana disebabkan oleh langkah segera yang diambil oleh anggota MAA untuk menangani krisis tersebut.

"Pengajaran yang dipelajari daripada krisis kewangan 1997 sudah banyak membantu ahli kami mengambil pendekatan pro-akif dengan segera dan betul," katanya.

Mengenai sama ada kajian semula Dasar Automotif Negara (NAP) akan menyaksikan tarif lebih rendah untuk kereta tempatan, beliau berkata: "Bagi tarif tempatan seperti duti eksais dan cukai jualan, saya tidak jangka kerajaan akan mengurangkan struktur duti ini lagi."


Mulai 1 Januari 2010, duti import dari negara Asean akan dikurangkan daripada paras lima peratus sekarang ini kepada sifar peratus untuk kenderaan siap bina (CBU), katanya.

Aishah berkata, kajian semula NAP itu seharusnya dapat merangsang industri automotif dan juga menggalakkan penggunaan lebih banyak komponen tempatan bagi menyokong industri dalam negara.

"Kami juga mahu kerajaan mengadakan rancangan mengenai dasar jangka panjang industri automotif supaya ia akan menggalakkan pelabur ke dalam negara," katanya.


Semasa menjelaskan mengenai prestasi ahlinya, Aishah berkata, walaupun prestasi yang bertambah baik, kenaikan kadar faedah sewa beli pada April 2009 sebenarnya mempengaruhi jualan kenderaan.

Beliau berkata, kesukaran mendapatkan pembiayaan dan kadar sewa beli yang tinggi dijangka menjejaskan jualan bulan ini.

Bagaimanapun, dengan kajian semula NAP yang dijangka siap pada suku ketiga tahun ini, beliau berharap masalah ini dapat dikurangkan dengan pasaran yang bertambah baik serta pelancaran model baru lewat tahun ini. - Bernama

2 ulasan:

brad berkata...

congrats. gogogogo malaysia

Megan berkata...

India among world’s top automakers

Special Correspondent

UNIDO lists India at the 12th position among global auto majors

NEW DELHI: With the boom in the domestic auto industry in recent years, India has found a place among the world’s top 15 automakers and has been ranked fourth in the list of automobile manufacturers in the leading developing countries’ category.

According to United Nations Industrial Development Organization’s (UNIDO) ‘International Yearbook of Industrial Statistics 2008’, India occupies the 12th position in the global list of top 15 automakers. Heading the list is Japan followed by the US and Germany while the other countries among the top 15 are Mexico, France, Korea, the UK, Canada, Spain, Iran, Sweden, Brazil, Italy and Indonesia.

While India has been placed fourth among the leading developing countries in automobile production, topping the list in this category is Mexico, followed by Korea and Iran. In the fifth slot is Brazil, followed by Indonesia, Turkey, Argentina, Thailand, Singapore, China, China (Taiwan Province), Malaysia, the United Arab Emirates (UAE) and Columbia.

Significantly, the UNIDO report has revealed that India also figures among the top 15 global producers of chemicals and chemical products, electrical machinery and apparatus, basic metals (iron and steel, non-ferrous metals), coke, refined petroleum products, nuclear fuel, non-metallic mineral products (glass and glass products, cement, lime and plaster, ceramic products), machinery and equipment, leather, leather products and footwear and textiles.
Textile sector

In the textile sector, India has been placed fifth among the world’s top 15 producers in the world, after Japan. The top slot has gone to China, followed by the U.S., Italy and Japan.

The other countries making up the global 15 are Mexico, Thailand, Indonesia, Pakistan, Germany, Korea, the UK, Brazil, Turkey and Bangladesh. According to an UNIDO statement here, the yearbook is the 14th issue of its annual publication and is based on 2006 data. It follows the international standard for industrial classification that categorises the automobile sector as manufacture of motor vehicles, bodies (coachwork) for motor vehicles, trailers and semi-trailers and manufacture of parts and accessories of motor vehicles and their engines.

The yearbook’s primary objective is to provide statistical indicators to facilitate international comparisons relating to the manufacturing sector.

In this regard, the countries included in the data are listed in two categories of industrialised and developing countries.

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...