Jumaat, Mei 22, 2009

Saya nak kahwin tapi...

Itu topik di Hot FM pagi tadi.

Ada yang kata...

"Saya nak kahwin tapi bawah umur. Mak kata jangan nak menggatal, mak tak nak cucu awal"

"Saya nak kahwin tapi tak tahu macam mana nak cakap pada mak. Rasa macam ada berlian dalam mulut"


Tapi yang paling best, Fafau kata...

"Saya nak kahwin, tapi tak ada sesiapa pun calon? Yang boleh dijadikan pilihan? Yang mengetuk pintu hati?"


Hahaha...emo.

Lagu tema hari ini, 'Alah Emak Kahwinkan Aku'

BUAH JAMBU TIGA SERANGKAI
HANYUT SEBUTIR KE TANAH JAWA (2x)
APA ILMU CIK ADIK PAKAI
MAKIN DIPANDANG MAKIN KETAWA (2x)

KELAT PISANG KELAT MUKA BUJUR TAHI LALAT
BATU PISANG BATU CUMA ADIK HANYA YANG SATU
ALAH EMAK KAHWINKAN AKU (2x)

TANAM PISANG LAH RAPAT-RAPAT
BIARLAH SENANG PUYUH BERLARI (2x)
HENDAK KUPINANG TAK DAPAT-DAPAT
KUBUJUK-BUJUK KUBWA LARI (2x)


RUMAH TEPI SAWAH KENA PULA LANGSIR BIRU
EMAK JANGAN MARAH ESOK LUSA DAPAT MENANTU
ALAH EMAK KAHWINKAN AKU (2x)

LIMAU PURUT LEBAT DIPANGKAL
SAYANG SELASEH CONDONG URATNYA (2x)
HUJAN RIBUT DAPAT DI TANGKAL
HATI YANG KASIH APA OBATNYA (2x)

KELAT PISANG KELAT MUKA BUJUR TAHI LALAT
BATU PISANG BATU CUMA ADIK HANYA YANG SATU
ALAH EMAK KAHWINKAN AKU (2x)

KIRI JALAN KANAN PUN JALAN
DI TENGAH-TENGAH POHON MENGKUDU (2x)
KIRIM JANGAN PESAN PUN JANGAN
SAMA-SAMA MENANGGUNG RINDU (2x)

RUMAH TEPI SAWAH KENA PULA LANGSIR BIRU
EMAK JANGAN MARAH ESOK LUSA DAPAT MENANTU
ALAH EMAK KAHWINKAN AKU (4x)


*joget lambak*

2 ulasan:

shamamia berkata...

sayangnya, tak dpt mengikuti topik smp habis (almaklum, smp ofis skrg jam 7.45) hehehe

tapi, the topik memang i likeee!! and statement from fafau, ehem..

'umur dah 30 sen dikkk'

along berkata...

fafau amik jawapan along!

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...