Selasa, Mei 19, 2009

Tak Tahu Antara Dua

Guy 1: "Eh Farina, ke HK yukk?? Ntar kamu liatin ya klo ada promo, kabar2in."

Guy 2: "Farina. Dipendekkan cerita, saya ke Perhentian, 1hb ni. Kalau awak nak ikut, nak ambil lesen diving, bagitau k, saya booking kan chalet. Saya 2 bulan kat sana, sebab nak buat master. So bila-bila lah, k? Seeloknya masa saya kat sana lah, saya ikut awak, saya boleh ambilkan gambar, dan video sekali. Kalau orang lain mungkin saya charge, untuk sobat, free je."

Perbezaan kedua-dua situasi di atas:
1. Situasi pertama, sangat sukar menemui tarikh yang sesuai untuk pergi. Situasi kedua, sudah pasti bila.

Persamaan kedua-dua situasi di atas:
1. Kedua-duanya, butuh wang.
2. Kedua-duanya, menarik. Amat menarik. Saya bercakap mengenai percutiannya, ya.
3. Kedua-dua lelaki di atas, cara mereka sebut nama saya, boleh membuat jantung saya ter'skip' satu denyutan.
4. Kedua-dua lelaki di atas, kacak. Amat kacak. (pada pandangan mata saya lah)
5. Kedua-dua lelaki di atas, suami orang.

Capek dehhh...



Ada sesiapa berminat nak bersama saya ambil lesen menyelam sambil minum air Juli (hopefully) nanti?

1 ulasan:

ull berkata...

kalo sy...pilih yg HKG. *self interest*

hahaha.

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...