Selasa, Jun 02, 2009

It's Festive time!

Festival Kuala Lumpur - Disini Semaraknya Seni

Festival Kuala Lumpur diwujudkan sebagai satu inisiatif untuk memperkenalkan Kuala Lumpur sebagai satu Bandar yang kaya dengan seni, budaya dan warisan.

Dilancarkan buat pertama kali pada 30 Jun 2006, Festival Kuala Lumpur telah menyatukan masyarakat Malaysia pelbagai usia dan bangsa melalui semangat perpaduan dan kesenian. Usahasama antara Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Pelancongan, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wilayah Persekutuan (DBKL) ini membolehkan budaya dan kesenian Malaysia dipaparkan kepada masyarakat antarabangsa.

Kini dalam tahun keempaat, Festival Kuala Lumpur 2009 meraikan keindahan & kepelbagaian unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia untuk tatapan masyarakat umum dan antarabangsa.

Saksikan kemeriahan Festival Kuala Lumpur 2009 di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang seluruh Julai ini. Nikmati kepelbagaian aktiviti dan pertunjukkan yang akan diadakan diserata Kuala Lumpur seperti Istana Budaya, Jalan Tunku Abdul Rahman, Pasar Seni, Menara Bekembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur.

Alami sendiri bagaimana seni dan budaya menyatukan generasi tua dan muda dalam memelihara warisan bangsa dan menjadi pemangkin kepada pembangunan industri kreatif tempatan.

Lawatilah laman web http://www.klfestival.org.my/ untuk informasi tentang aktiviti yang akan berlangsung sepanjang Festival Kuala Lumpur 2009.

Yang ini, yang paling menarik perhatian saya: (hehehehehe)


BERITA gembira buat peminat penyanyi kacak, Anuar Zain atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, 39, kerana jejaka idaman Malaya ini diberi penghormatan untuk mengadakan konsert solo di Istana Budaya (IB) sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2009 pada Julai ini.

Fatma, shall we? :-D

Tiada ulasan:

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...