Jumaat, Jun 12, 2009

What a Nite!


Bukan buat saya, tapi buat sahabat saya, Cah Ayu nan ayu. Kita tunggu sahaja andai dia bermurah hati untuk berkongsi cerita dengan semua.

For myself, malam tadi, pengalaman pertama menyelamatkan pemandu kereta yang ketandusan minyak! *hint, hint*

Foto diatas adalah saksi setelah kereta diselamatkan, tangan yang bergumal minyak sudah dicuci berkali-kali dengan sabun dettol, maka kami meraikan kejayaan dengan memakan burger Otai di sebelah station Petronas, dengan iringan air mineral.

Btw, serius enak burger Otai ni! Thanks Cah Ayu udah traktir!

Planning asal bertemu Cah Ayu adalah untuk bersama-sama visit Cik A di hospital.

Cik A: i kat hospital
me: haaa? Ya Allah. why?
Cik A: heheheh. demam kepialu...


Kaget. Jaman gini masih ada yang kena demam kepialu. Selepas Cah Ayu diselamatkan, kami pun berkonvoi menjenguk Cik A.

For those yang kurang jelas apa itu demam kepialu:
Demam kepialu atau Demam paratifoid (Typhoid Fever dalam bahasa Inggeris) merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhi. Demam kepialu biasa terdapat di seluruh dunia, dan hanya boleh dibawa dalam saluran usus dan darah manusia.

Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria dari orang yang dijangkiti, atau dari sisi kumbahan yang mengandungi bakteria. Oleh itu kebersihan tempat penyediaan makanan perlu dikekalkan setiap waktu. Mereka yang mengendalikan makanan jualan perlu menjalani pemeriksaan perubatan seperti yang disyaratkan dalam lesan perniagaan makanan. Elakkan daripada membeli makanan daripada peniaga tidak berlesen terutamanya apabila terdapat wabak demam kepialu di sesuatu kawasan.

Selepas membiak di dalam badan pesakit, antara gejala termasuklah demam tinggi 103° ke 104°F (39° ke 40°C), lemah, sakit kepala, hilang selera makan, dan sakit perut. Gejala lain pula termasuklah radang leper, tompok bewarna merah bunga ros. Demam kepialu mampu membawa maut. Gejala akut kebocoran usus kecil (intestinal perforation), berkhayal (delusions), dan menjadi keliru juga boleh berlaku. Antibiotik, seperti ampicillin, trimethoprim-sulfamethoxazole, dan ciprofloxacin biasa digunakan bagi merawat demam kepialu. (Source: Wikipedia)

Alhamdulillah Cik A sudah beransur pulih, akan check out dari hospital hari ini, dan akan bersinar dan berpijar seperti dulukala dan kembali menjadi superwoman!

Cah Ayu, ku tunggu entrimu...

Posted by ShoZu

Tiada ulasan:

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...