Sabtu, Julai 11, 2009

Idiot

Malam ini, seperti malam-malam sebelum ini, saya sukar tidur. Lagi. Semenjak pulih dari demam, tiap hari begitu. Malam paling cuma tidur 2 jam, kemudian waktu makan siang, balas dendam tidur lagi 1 jam. Menurut doktor dan para saintis, tidur 3 jam sehari itu tidak cukup, tidak baik untuk kesihatan.

Bila sudah tak boleh tidur, otak pun mula fikir macam-macam. Entah, macam ayam dengan telur, saya tak pasti yang mana datang dulu. Otak terlalu banyak fikir maka hati gundah gulana maka tak boleh tidur, atau tidur tidak cukup maka otak tak dapat cukup oksigen dan rehat maka mula berhalusinasi sendiri dan macam-macam perkara mula merasuk minda?

Mungkin.


Saat-saat begini, tiba-tiba rindu nak angkat telefon dan dail nombor teman lama. Tapi dah terlalu lama kami tidak berbual, mungkin kami sudah lupa caranya. Mungkin sudah lupa bagaimana kami pernah membahas dengan mendalam, mengapa orang Melayu sering menyebut perkataan 'babi' dengan nada tinggi. "Babi!" Walau dalam apa jua situasi. Tidak pernah dengan nada lembut, contohnya "babi~~" (anehnya, kalau orang menyebut 'babe', sering dengan nada yang manis dan lembut. Bukankah babe itu nama filem babi kecil yang boleh berkata-kata?)

Lihat? Melalut lagi. Maaf, maklum...musim H1N1.

Saya bukan seorang yang pandai bercerita soal perasaan. Kadang saya cuba bercakap berdegar-degar tapi ada perkara, yang tidak boleh diterjemahkan dengan kata-kata, bukan? Saya rindu bercerita dengan penuh semangat kepadanya tentang cuaca, atau gusti, atau bola sepak, atau Pak Ali jual selipar jepun...dan dia tenang akan menyampuk, "kenapa ni, perempuan gila? siapa cari pasal dengan kau? nak aku choke slam dia?"

Saya ingat dulu pernah terputus sahabat dengannya lebih 2 tahun sebab mulut orang (bukan, bukan kerana mulut orang itu berbau). 2 tahun. Waktu masih hijau dan bodoh. Kemudian suatu malam sewaktu saya sedang stress mengulangkaji untuk paper Finance, sedang minum kopi tongkat ali untuk persediaan berjaga dan bekerja keras sepanjang malam (err...I know that sounds wrong!), sedang mengutuk kebodohan sendiri, hairan mengapalahhh orang macam saya ini ada hati untuk ambil jurusan Perakaunan, dan dia telefon. Seperti tiada apa-apa berlaku. Seperti 2 tahun itu tidak pernah berlalu.

Dia yang sering menyedarkan saya dengan kata-kata nasihat yang pendek, pedas dan jitu. Kalau diibaratkan nasihat itu sebagai anak panah, dia adalah Robin Hood. Tepat memanah ke sasaran. Atau kadang tanpa berkata apa, dia cuma ketawa-ketawa kecil mendengar maki hamun saya kepada seseorang, sekadar meminjamkan telinga, tapi cukup.

Salah satu katanya dulu, kalau saya sukar tidur...

"kau marah siapa ni? pergi maafkan je lah, bodoh! kalau tak mesti kau tak boleh tidur. Iyalah, kalaupun kau boleh paksa diri untuk tidur pun, tapi kalau kau dah maafkan dia, kan best? barulah kau boleh tidur dengan senyuman, kan? tu pun kau tak tau ke?? dah, gi call dia. lepas tu call aku balik. this is an order, bodoh!"

Mesti tidur dengan senyuman. :-) Simple. Tapi itu salah satu kata-kata yang masih saya pegang sampai hari ini.

Tapi sekarang tetap susah tidur. Tapi susahnya kalau orang yang saya marah, adalah diri sendiri? Katanya dulu, "kau marah awan sebab bawa hujan, mengamuk dengan anjing sebab menyalak...tapi kau salah juga kan? Kenapa bodoh pergi jalan dalam hujan tak bawa payung? Kenapa bodoh pergi jalan dekat anjing dah tau kau memang takut anjing?" Betul juga. Kan saya punya hak juga membuat keputusan? Tanggunglah risikonya sendiri.

Saya rindu nak angkat telefon dan bercakap dengan dia. Teringin, nak beritahu dia tentang perasaan saya atas semuanya. Bertanya tentang cuaca, gusti, bola sepak atau Pak Ali jual selipar jepun. Mendengar caci maki dia, kemarahan dia, kutukan berapi dia, melihat semuanya dari sudut persepsi dia. Merasakan tiba-tiba masalah menjadi lebih ringan, hanya dengan berkongsi dengannya.

Tapi sekarang semua tak sama.

Dan segala keinginan saya itu, hampir mustahil akan terjadi.

Sekali lagi, dah hampir 2 tahun juga saya tidak mendengar suaranya.

Maka jadilah saya seorang perempuan yang menulis blog dengan panjang lebar berjela-jela diwaktu orang lain sedang asyik dibuai mimpi, while at the same time, saya sendiri sibuk having conversations dengan dia dalam kepala otak saya. Gila? Memang. I never claim to be sane anyway.

Sepertinya saya terdengar suara dia dalam otak saya, berkata...

"Farina, kau ni bodoh siot!"

Dan saya akan setuju. Memang pun.




Ya Allah...
Engkau atur planet-planet, galaksi, bintang-bintang, berada tepat di garis edarnya, dan tepat waktu edarnya. Hamba berdoa, agar hamba-Mu ini engkau tempatkan pada garis edar yang tepat, dan waktu edar yang tepat. Tolonglah hamba-Mu yang tidak berdaya ini, ya Allah...

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...