Rabu, Julai 08, 2009

Kisah Mek Wok

Selangkah ke alam haiwan...(again)


Mek wok mati kerana tekanan perasaan


MOHD. Ali Rustam (kanan) semasa memperkenalkan 'Mek Wok' milik Mohd Zahari Ahmad Sidek (kiri) dari Terengganu di Seri Bendahara Ayer Keroh, Melaka pada 3 Julai lalu.


--------------------------------------------------------------------------------


MELAKA 7 Julai - Seekor beruk betina yang sepatutnya menjadi 'murid' sekolah beruk pertama di negeri ini mati dipercayai akibat mengalami tekanan perasaan awal pagi Ahad lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau sedih dengan kematian beruk berusia hampir tiga tahun yang diberi nama Mek Wok itu.

''Jumaat lalu, saya baru menerima Mek Wok di rumah saya dan ia sempat memetik beberapa buah kelapa di rumah.

''Tiba-tiba dua hari selepas itu, Mek Wok sudah mati sebelum ia sempat mempromosikan aktiviti memetik buah kelapa yang dirancang menjadi satu lagi produk pelancongan di negeri ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Ali pada 3 Julai lalu menerima Mek Wok dari penjaganya, Mohd. Zahari dari Kuala Terengganu.

Mohd. Zahari dilantik sebagai pengendali sekolah melatih beruk memetik buah kelapa yang akan dijadikan tarikan terbaru pelancongan negeri ini.

Di bawah ideanya itu, Mohd. Ali bercadang menjadikan Taman Buah-Buahan Tropikal di Sungai Udang dekat sini dibuka kepada orang ramai untuk melihat gelagat mencuit hati beruk memetik buah kelapa.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 1 pagi Ahad lalu, Mek Wok disahkan mati di sebuah klinik rawatan Jabatan Haiwan di Masjid Tanah, Alor Gajah, di sini.

Mohd. Ali bagaimanapun berkata, kejadian tersebut tidak akan menghalang usaha kerajaan negeri melaksanakan produk pelancongan baru itu.

''Walaupun sedih, kita akan tetap teruskan usaha itu. Kita akan cari beruk-beruk lain.

''Kita akan minta sesiapa sahaja yang mempunyai beruk terlatih untuk memetik kelapa supaya menghubungi Syarikat Pertanian Melaka Berhad,'' katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pertanian Melaka Berhad, Hashim Isa berkata, Mek Wok dipercayai mati akibat mengalami tekanan perasaan.

''Selesai bersama Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada petang Jumaat lalu, Mek Wok dibawa ke lokasi ia akan ditempatkan di Taman Buah-Buahan Tropikal di Sungai Udang.

''Keesokan harinya, dia menjalani rutin latihan seperti biasa di sebelah pagi sebelum kemaluannya berdarah kerana 'datang bulan' pada petang hari yang sama," katanya. Tambahnya, Mek Wok kemudian di bawa ke klinik rawatan jabatan haiwan Masjid Tanah untuk diperiksa.

Bagaimanapun katanya, haiwan itu didapati tidak sihat dan murung dipercayai akibat mengalami tekanan sebelum mati pada pukul 1 pagi Ahad lalu.

--------------------------------------------------------------------------------

  1. Kesian Mek Wok. Lahir di Terengganu, membesar di Terengganu, tetap tidak boleh berbahasa Melayu.

  2. Mati kerana depresi?? I wonder, how do they determine that as the cause of death? Because she had PMS??

  3. Mungkin depresi kerana Mek Wok satu-satunya murid dalam sekolah beruk. Come on, beruk pun nak berkawan juga. Perlu *ehem ehem* juga

  4. Baru tahu haiwan juga datang bulan sebegitu rupa

  5. RIP, Mek Wok

2 ulasan:

ull berkata...

tak tau kenapa...but tetiba rasa cam geli hati sendiri baca statement di bawah ini ...

"Walaupun sedih, kita akan tetap teruskan usaha itu. KITA AKAN CUBA CARI BERUK-BERUK LAIN."

. : LaDy iRm@ : . berkata...

hehehe...

fg ... suh dia ambik beruk sepasang kat umah ko tue

takde lah tekanan perasaan sgt

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...