Rabu, Julai 01, 2009

Pesta Malam Indonesia 3 - The Review


Pesta Malam Indonesia 3 yang berlangsung pada 20 Jun 2009 bukan sahaja berjaya mengumpulkan 5 kumpulan tersohor Indonesia, malah juga dilihat sebagai penyejuk emosi antara 2 negara yang sedang hangat dengan isu-isu seperti Manohara dan Ambalat.
Kesuksesan PMI3 berlangsung dengan aman dan tanpa kerusuhan, dilihat sebagai satu petanda bahawa sesungguhnya, at the end of the day, it's just about music.

Saya secara personal, have been to all 3 installations of PMI, bermula dari yang pertama di Stadium Merdeka, kedua di Bukit Kiara, dan ketiga ini di Tempat Letak Kereta A, Stadium Bukit Jalil. This is so far, my fave venue, simply for the ample parking space (sah-sah venue di tempat parking kan)
Konsert dimulakan dengan 2 band tempatan, Aku dan Jinbara. Sorry I missed their performance (jujur, memang sengaja). Bukannya saya bersikap bias terhadap band tempatan, cuma saya memang tidak menggemari musik mereka, yang saya lihat musically different dengan band-band tersohor Indonesia yang akan perform selepas mereka. Mungkin to avoid these local bands to steal the limelight? Saya lebih prefer 2 opening bands for PMI2, Hujan dan MUH. (I know for a fact, even Duta is a fan of Hujan)


Selepas Jinbara, Padi mulai memanaskan panggung sekitar jam 5. Sudah sangat lama tidak menonton aksi Ari, Fadly, Yoyo, Rindra dan Piyu dipentas. Kangen! Terakhir sewaktu PMI1, maka kesempatan kali ini tidak mahu saya lepaskan. Memulakan persembahan dengan lagu hit mereka dari album Padi yang terbaru, 'Sang Penghibur' (i love!), Padi terus memikat penonton dengan pilihan repertoire musik dari album mereka yang baru dan lama, yang pasti membuat para SobatPadi tersenyum puas; 'Mahadewi', 'Begitu Indah/Sesuatu Yang Indah', 'Semua tak sama', 'Jangan Datang Malam Ini', 'Kasih Tak Sampai', 'Harmony', 'Indonesia Pusaka', 'Terluka', 'Menanti Sebuah Jawaban' dan menutup tirai persembahan mereka dengan lagu rancak, 'Sobat' (waktu inilah saya dan darah abadi lepas kendali dan mulai melompat sesuka hati. Yeah!).


A friend actually burst into tears the moment Padi appeared on stage. Katanya, she was overwhelmed by emotions, sangat rindu nak menonton Padi. Wow. Kagum. Sayangnya sewaktu Padi beraksi di pentas, masih belum ramai yang datang, so they missed watching Padi. Rugi besar, you all.

Saya sendiri amat menyesal kerana sewaktu Padi sedang membuat persembahan, harus berulang-alik keluar menghantar tiket yang dibeli oleh orang-orang. People, next time, kalau titip tiket sama orang lain, and the person is inside having much fun jumping around, please have the decency to come earlier or, if you come late, wait until there's a break. Sedih tau have to miss so many songs!


Nevertheless, here's a video taken by my dear friend, Along. Aksi saya menyanyi di hujung video itu sebagai bukti betapa Padi adalah best. (oh, saya tahu...suara saya yang kurang best. Hmmph.)

Terima Kasih Padi! Tetaplah Menjadi Bintang Di Langit!


Foto Hiasan: On the way nak beli air pun sempat narsis



Selanjutnya, pentas diambil alih oleh satu-satunya band yang pertama kali terlibat dalam Pesta Malam Indonesia, Andra & The Backbone. Membawakan 9 lagu dari 2 album mereka, 'Kepayang', 'Pujaan Hati', 'Musnah', 'Lagi & Lagi', 'Main Hati', 'Tak Ada Yang Bisa', 'Sempurna' (crowd favourite, no surprise here), 'Hitamku' dan 'Terdalam'.


Kumpulan yang dianggotai oleh Andra Ramadhan, Stevie Morley dan vokalis Dedy Lisan ini, menurut saya, kurang memberi dampak yang besar kepada penonton. Saya pernah menonton showcase Andra & The Backbone terdahulu di Planet Hollywood, and I think they rocked back then! Kali ini, Andra & teman-temannya masih terlihat 'malu-malu' dan tidak all-out. Mungkin Andra simpan energi, sebelah malamnya dia tetap harus perform dengan Dewa 19.



All in all, persembahan Andra & The Backbone, okaylah. (Oh, and Stevie is hot! Dang!)

Seterusnya konsert dihentikan seketika untuk menghormati waktu Maghrib.

Dan...

Waktunya Sheilaon7 to take over the stage! Yeahhhh! (memaksa diri untuk tidak berlaku bias dalam menulis review ini)



But they totally, absolutely, rock!!! Opening the show with their 1st single from their 1st album, 'Kita', terus membawa para Sheilagank menghimbau kenangan lalu. Crowd totally went wild dan benar-benar menikmati musik Sheilaon7. Siapa yang bilang SO7 sudah mati, has been proven wrong! Sheilaon7 is here to stay! Yeahhh!


Memetik sebahagian artikel dalam Kosmo!:
Selepas konsert direhatkan buat seketika, giliran kumpulan Sheila On 7 (SO7) pula mengambil posisi di pentas, dan kali ini terdengar keriuhan bukan sahaja di kalangan penonton Indonesia tetapi juga Malaysia.
Mana tidaknya, SO7 antara kumpulan Indonesia terawal yang popular di Malaysia dan pastinya peminat tidak boleh melupakan lagu Dan dan Sephia yang mencairkan hati setiap peminat setia mereka.
Kelincahan vokalisnya Duta ketika mendendangkan lagu cukup memberi tenaga kepada penonton untuk 'bergoyang' dan melompat tatkala lagu berkumandang.
Ternyata SO7 masih mempunyai kuasa terhadap peminat di Malaysia dan mereka yang ditemui sejurus persembahan mereka berakhir meluahkan rasa gembira kerana masih diterima masyarakat Malaysia walaupun senario muzik Indonesia di Malaysia sudah berubah dek kuota 90:10.
"Suasananya sedikit berbeza dan tidak mungkin sama seperti di awal kemunculan SO7, tetapi bagi kami ia tetap sama selagi peminat di sini menerima kehadiran kami.
"Lagipun, di Malaysia kelab peminat SO7 iaitu Sheila Gank antara yang terbesar dan aktif, jadi itu satu tanda yang kami masih punya peminat. Selagi orang Malaysia panggil kami untuk buat persembahan, itu sudah cukup bagus," kata Duta.
SO7 yang mendendangkan sebanyak 10 lagu termasuk lagu lama dan baru seperti Kita, Seberapa Pantas, Sahabat Sejati Pemuja Rahsia, Yang Terlewatkan, Bila Kau Tak Disampingku, Mudah Saja, Berhenti Berharap, Melompat Lebih Tinggi dan Betapa berharap konsert PMI akan diteruskan pada masa yang akan datang.
"Walaupun namanya Pesta Malam Indonesia, ia bukanlah untuk orang Indonesia sahaja kerana muzik itu seharusnya tidak dijadikan batasan, semua orang boleh menikmatinya tanpa mengira bangsa," ujar Duta lagi.


Well said! Saya? Sibuk berjoget bersama darah abadi, disertai oleh 8,000 lagi penonton yang hadir, bukankah itu bukti nyata betapa Sheilaon7 masih, dan akan selalu, menyebarkan magisnya melalui musik? Suara lantang Duta, petikan gitar berhantu Eross, beat bass Adam yang mendebarkan dada, gebukan drum Brian yang mantap...bersatu membuatkan penonton semua tidak bisa duduk diam dan harus melompat lebih tinggi!

Darah Abadi, semoga kita akan selalu bersama, sebagai sebuah kisah klasik untuk masa depan! I am soooo proud to be one of you guys. Muah muah!

Brian later told me he had so much fun manggung di PMI3, sebab the sound system keren buangettt! Good job, organizers, kerna menyediakan sound system yang hebat! :-)


Gitaris Pojaan Hatiku!


Next...Gigi!

Jujur saya terlepas sebahagian persembahan Gigi kerana masuk ke belakang pentas melihat Sheilaon7 ditemuramah sebahagian media yang hadir. Rugi!


Dengan pilihan lagu-lagu dari semua album Gigi termasuklah beberapa lagu religius, 'Sumpah Mati', 'Jomblo', 'Bisa Saja', 'Janji', 'Akhirnya', 'Andai', 'Pintu Sorga', 'Perdamaian', 'KYK', 'Ya. Ya. Ya', '11 Januari' dan 'Nakal' , Gigi's performance can only be descibed with 1 word.

"WOW!"



Memetik kata-kata Brian, band idola itu selamanyalah Gigi.



Saya tak ingat dah berapa kali menonton persembahan Gigi, tapi personally saya rasa ini yang terbaik dari segi energy, interaction, pilihan lagu, dan muzik. Which is superb considering semua anggota kumpulan Gigi dikatakan sedang sakit sewaktu melalukan persembahan utk PMI. Looking at their kick-ass performance, nobody would have guessed that!


Sebelum Dewa 19 mengambil alih pentas sebagai band penutup, penonton dikejutkan dengan persembahan dari band cilik, Lucky Laki, yang dianggotai 3 orang anak-anak Ahmad Dhani dengan lagu 'Munajat Cinta' dan 'Superman'. Saya tertanya-tanya, adakah mereka main instrument secara live, atau minus 1? Hmmm...

Dewa 19, band legendaris Indonesia terpilih menutup tirai PMI3.

Sekali lagi, saya amat bersetuju dengan review dalam akhbar Kosmo!


Persembahan yang cukup menghiburkan itu diteruskan oleh kumpulan bapa mereka, Dewa dengan lapan buah lagu iaitu Pangeran Cinta, Separuh Nafas, Dewi, Mati Aku Mati, Sedang Ingin Bercinta, Pupus, Perempuan Paling Cantik Di Indonesia dan Arjuna.


Tidak dapat dinafikan Dewa memang sebuah kumpulan yang cukup
hebat dan semasa persembahan berlangsung mereka turut mendapat ramai penyanyi latar yang terdiri daripada penonton tetapi mungkin sudah terlalu kerap menonton persembahan Dewa di Malaysia rasanya tiada apa yang baru buat Dewa di PMI.

Malahan, menonton persembahan mereka seperti melihat ulang tayang
konsert mereka yang sebelum ini.



100% setuju!

I think Kieran dan Anne did a good job as well as the MCs, it is great they got someone who actually love Indonesian music to do the job, as it was evident that they actually know what they were talking about!

Apapun sekalung tahniah diucapkan kepada pihak penganjur, Fat Boys, kerana menurut saya, PMI3 adalah yang terbaik dianjurkan setakat ini dari segala sudut, apatah lagi PMI3 bebas huru-hara yang selama ini sedikit sebanyak mencacatkan PMI yang lalu. Syabas Fat Boys!

Looking forward to Pesta Malam Indonesia 4!


Photos of Padi, Sheilaon7, Gigi and Dewa 19 courtesy of Sham from Applemint Studio, photos of Andra & the Backbone courtesy of Zaid from www.mohdzaid.com. Thanks, guys!

2 ulasan:

Lissa berkata...

yeah.. kata-kata review kosmo tu memang tepat...

macam dapat baca fikiran kita semua..

. : LaDy iRm@ : . berkata...

yer... walaupun aku hanya menonton persembahan dewa skali di planet hollywood...aku rasa cam sama je persembahan dia kat pm13... kat planet lg better lagi kot

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...