Khamis, Ogos 20, 2009

300

Hanya 300 orang tonton persembahan Afgan
Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my



STADIUM Indoor Arena Bukit Kiara yang boleh memuatkan 5,000 penonton hanya dihadiri 300 orang sahaja.
--------------------------------------------------------------------------------


Di sebalik nama-nama besar dari Indonesia, sistem audio dan visual yang bagus, konsert Illuminight - A Light Beat Of Love yang berlangsung di Stadium Indoor Arena, Bukit Kiara Kuala Lumpur, Ahad lalu gagal menarik peminat seni tanah air untuk menyaksikan konsert berkenaan.Hasilnya stadium yang boleh memuatkan penonton sehingga 5,000 orang hanya dihadiri tidak lebih daripada 300 penonton sahaja! Walaupun artis-artis yang hebat membuat persembahan iaitu kumpulan pop soul, Maliq & D'Essentials; pemenang anugerah Artis Lelaki Terbaik dan Album Terbaik Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009), Afgan Syahreza; Kumpulan Terbaik dan Artis Indonesia Paling Popular(APM 2009), Yovie & Nuno; dan Atilia, sayang sekali ia tidak berjaya mengajak penonton untuk datang sama-sama berhibur dengan mereka.

Menyaksikan konsert selama empat jam dengan artis dan lagu-lagu masa kini, wartawan yang membuat liputan tertanya-tanya apa silapnya stadium yang besar itu kelihatan sunyi dan sepi daripada penonton?Apakah kerana terlalu ramai artis dari seberang yang ditonjolkan atau publisiti yang kurang membuatkan peminat seni bagaikan lupa atau tidak minat menyaksikan konsert berkenaan?Menurut wakil Aqsara 3 Persada Sdn. Bhd., Ade Dhena selaku penganjur konsert itu, mereka memang telah menjangka kehadiran penonton yang suram memandangkan pada malam itu terdapat beberapa konsert percuma yang diadakan. "Kami memang sudah menjangka kerana terdapat konsert percuma pada malam ini iaitu MTV World Stage Live In Malaysia 2009 di Sunway Lagoon Surf Beach dan konsert R & R Sinar di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

"Namun kami hanya mengetahui semua itu selepas urusan permit, kemasukan artis dan lain-lain sudah selesai. "Untuk menganjakkan tarikh konsert akan membuatkan kos berlipat-ganda. Lagipun bukan senang kami hendak membawa artis-artis terkenal dari Indonesia ini kerana mereka memang sibuk dengan persembahan di sana," katanyaMenurut Ade, pihaknya sedia maklum artis-artis yang terlibat pasti terkilan dengan sambutan dingin itu. "Walaupun penonton tidak ramai, tetapi mereka tetap memberikan persembahan yang terbaik dan penonton juga kelihatan terhibur dengan persembahan mereka," ujarnya selepas konsert itu berakhir. Di sebalik sambutan yang dingin itu, memang tidak dapat dinafikan persembahan malam itu yang menampilkan Atilia, Afgan, Yuvie & Nuno dan Maliq & D'Essentials merupakan persembahan yang hebat dan bertenaga. Konsert dimulakan seawal pukul 8 malam dengan menampilkan Atilia sebagai pembuka tirai.

Atilia yang kelihatan santai bergaun pendek, menyampaikan lagu-lagu seperti Leka, Gelombang, Ranjau dan Selagi dengan suaranya yang lunak dan manja. Dia yang ada ketikanya kelihatan tidak bersemangat memandangkan bilangan penonton yang hadir tidak memberangsangkan kembali bertenaga apabila melihat mereka yang hadir terhibur dengan nyanyiannya. Persembahan diteruskan dengan kemunculan Afgan yang membuatkan penonton wanita menjerit seperti histeria.


Jejaka yang terkenal dengan lagu Terima Kasih Cinta menyampaikan lagu-lagu popularnya antaranya Bukan Cinta Biasa, Wajahmu Mengalih Duniaku dan lagu yang menjadi kegilaan ramai, Terima Kasih Cinta. Di sebalik suaranya yang lunak yang meruntun hati terutamanya kaum hawa itu, berlaku perkara yang kurang manis apabila Afgan memeluk, dicium dan mencium seorang penonton wanita yang dijemputnya naik ke pentas. Yuvi & Nuno juga tidak kurang hebatnya apabila memberikan persembahan yang sungguh bertenaga dengan menyampaikan 10 buah lagu.

Kumpulan yang dianggotai empat jejaka iaitu Yuvie, Dudie, Dikta dan Diat memberikan persembahan bertenaga membuatkan penonton menari bersama. Antara lagu yang disampaikan ialah Bunga Jieaku, Dia Milikku, Sempat Termiliki dan Menjaga Hati yang sering kedengaran di corong-corong radio. Konsert Illuminight - A Light Beat Of Love diakhiri dengan persembahan dari Maliq & D'Essentials selama satu jam. Penonton-penonton yang membeli tiket berharga RM153 ke bawah dibenarkan memenuhi hadapan pentas oleh penganjur untuk memeriahkan persembahan penutup konsert itu.

Hampir semua penonton bagaikan menunggu kemunculan mereka apabila kelihatan penonton yang hadir begitu menikmati muzik yang dibawa oleh Maliq & D'Essentials.

Keseluruhannya, konsert Illuminight - A Light Beat Of Love merupakan konsert yang berkualiti dari segi persembahan artis yang sungguh bertenaga, pemilihan lagu, permainan cahaya dan bunyi yang baik serta ketepatan waktu persembahan. Sayangnya kerana kehadiran penonton yang tidak memberangsangkan kerana kurangnya publisiti dan dua konsert percuma yang diadakan pada hari yang sama membuatkan konsert ini suram.




nota: kesian brondong manisku. apapun, you were so hot that nite! walaupun hancur hatiku bila kau mencium yang lain. sob sob.

6 ulasan:

along berkata...

DIA CIUM SIAPA?!?!?


(oke oke, cuba kawal diri.)

f a r i n a berkata...

bukan saya, yang pasti.

(patah hati)

Lissa berkata...

MTV World Stage tak free la.. mahal.. tapi ada all american reject.. hehe

Cah Ayu berkata...

tu la, gua dah suh anjakkan takmo.. kan dah kekurangan sorang peserta.. hehehe

:D

Tanpa Nama berkata...

Afgan March 2011 mulai kuliah di Universiti Monash Malaysia, do oyu know about that?

f a r i n a berkata...

yes, i do know about that :-)

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...