Khamis, Ogos 20, 2009

Phew! That was close!

Alkisah.

Tadi malam saya sedang berbicara di telefon tatkala mendengar bunyi gegak gempita. Bak kata Jiran Sebelah, "macam bunyi rasaksa seyh!". Kerana sudah hampir tengah malam, saya abaikan sahaja. Takut weh!

Rumah blackout. Ah, sudah. Takut, takut. Tarik selimut buat-buat tidur.

Sejam kemudian, ibu saya mengetuk pintu kamar.

Katanya, ada pokok tumbang. Kena kereta adik saya.

Astaga!


Dalam hati, kereta aku apa cerita?

Untungnya, selepas balik kantor saya keluar lagi dan hantar Along ke KL Sentral. Dan sewaktu pulang, hati saya tergerak untuk parking di belakang kereta adik saya instead of beside it where I usually park. Kalau tidak, my car would be directly at the space where the tree fell. Looking at the tree, tak mustahil memang total damage lah!

Untungnya, kereta adik saya cuma dihempap dahan pokok. Some minor scratches and kena getah pokok.

Untungnya, selepas pokok tumbang adik saya ada hal penting untuk keluar. Turun ke bawah, kaget...keretanya langsung tak boleh keluar! So dia bawa kereta saya. Hampeh. My car too, cuma kena some minor scrathes. Huhu. Kesiankenarimerahkesayangan.

Untungnya, anak buah jiran sebelah keluar minum malam tadi. So keretanya juga tiada dilokasi kejadian dan terselamat dari malapetaka.

Untungnya, jiran sebelah adalah seorang rockstar. Pokok yang tumbang itu menyebabkan pagar rumah sebelah langsung tak boleh dibuka sama sekali. Maka, dia menelefon bala tenteranya entah dari mana, datang beramai-ramai mengerat pokok itu malam tadi. Sila bayangkan jiran sebelah dengan berkain pelekat dan tshirt pagoda putih dan rambut panjang mengurai, mengarahkan bala tenteranya mengerat pokok. Rockstar sekali!

Untungnya, Alhamdulillah, semuanya okay!

nota: I can't help wonder if this has got anything to do with monyet yang berdendam itu. Mustahil, bukan?

1 ulasan:

Lissa berkata...

nasib.. kat office aku, byk kali kes macamni jugak.. tapi belum ada la, kes total damage. n management ada insuran...

btw, indah suka sangat header baru ko nih!

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...