Isnin, September 14, 2009

Nama Inggeris bagi Putu Mayam??

Hoooooreeeeeyyyy!!!

Tidak sia-sia seminggu yang lalu saya membeli simpack Digi untuk murah menelefon chenta hati.

Kerana tadi saya menerima satu panggilan telefon dari Radio Era untuk pertandingan Seribu Sejam di Era!! Yabbbedaaabedoooo!

Hanya dengan menjawab satu panggilan mudah mengenai Malaysia, pengguna Digi akan memenangi RM1000! Dan seterusnya kalau berjaya menjawab soalan bonus, akan berpeluang ke grand finale dimana pengguna Digi berpeluang memenangi sehingga RM500ribu!

Terujaaa! Terujaaa!!

Dan soalan yang Burn kemukakan kepada saya tadi adalah...

"Dinegeri manakah Pulau Redang terletak?"

*tik tok tik tok*



Bak kata Azie, kalau saya tak dapat jawab soalan itu, dia pijak-pijak saya. And I am not so keen untuk dipijak-pijak oleh seorang mak buyung yang sedang sarat mengandung, mind you.

And yes, jawapannya...

Terengganu Darul Iman!!!


Makcik kayooooo dapat RM1000 duit rayoooooo!!!

Soalan bonusnya pulak,

"Apakah nama Inggeris bagi putu mayam?"




*krik krik krik...*

Gulp!


Serius sumpah terkelendet tak tahu okeh!

Maka gagal ke pusingan bonus.

So bagi u ols yang senasib dengan I tatau apa nama Mat Salleh bagi putu mayam, it is

String Hoppers.



Hamik. Macam spesis grasshoppers.

Oh well, saya tetap bersyukur atas kemenangan ini. Eceh. Hehehe...Allah duga saya hari tu, sekarang Allah balas balik dengan kesenangan.

Alhamdulillah, besar sungguh kuasa Allah.



Yellow man, you may follow me anywhere you want!

DiGi: RM1.75j jadi rebutan pelanggan
SHAH ALAM 1 Sept. -
DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) menawarkan hadiah tunai bernilai RM1.75 juta untuk peraduan Seribu Sejam yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-52.

Dengan menjawab soalan-soalan mengenai Malaysia dengan betul, para peserta akan menerima wang tunai RM1,000 yang akan diagihkan setiap jam.

Syarat peraduan yang berlangsung mulai 1 September hingga 22 Oktober 2009 mudah, orang ramai yang berminat untuk menyertainya hanya perlu melanggan perkhidmatan pasca bayar atau menambah nilai sekurang-kurangnya RM30 bagi kad pra bayar sepanjang tempoh tersebut.

Peraduan Seribu Sejam itu diadakan di tiga stesen radio iaitu Era, My FM dan hitz.fm akan memilih 24 pemenang setiap hari dan daripada jumlah pemenang itu seramai 52 orang bakal dipilih sebagai peserta akhir untuk pusingan kedua.

Peserta akhir itu akan terlibat dalam acara kemuncak untuk merebut hadiah bernilai RM500,000 pada 2 November nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif DiGi, Johan Dennelind dalam kenyataannya di sini berkata, peraduan itu adalah sebahagian usaha syarikat telekomunikasi itu menarik perhatian rakyat negara ini tentang Malaysia.

"Peraduan ini menjanjikan keseronokan dan insentif, saya percaya DiGi akan menyemarakkan warisan 1Malaysia dengan lebih efektif kepada para pelanggan kami,'' kata beliau.


Terima Kasih Digi! Terima Kasih Era!


p.s: oh, encik chenta hati, I still get the duit raya you promised, right? right? hehe.

6 ulasan:

Along berkata...

CONGRATS FARINA!!!

ha kan, macam nombor 18 bila jalan berdua ;)

Lissa berkata...

wahhh bestnyee... tambah lagi duit bonuss nihhh

Lynda berkata...

bestnya..leh beli laptop baru.heheh

Lynn berkata...

wow! RM1,000! congrats!

mygoldpen berkata...

tahniah farna, bestnye dpt duit rye rm1000... :)

f a r i n a berkata...

thank you everyone! :-D

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...