Selasa, November 24, 2009

Pengapit=Kahwin Lambat?



Saya bertambah suka mendengar HotFM semenjak dua menjak ini.

Semenjak dua menjak Azhar Sulaiman jadi host sementara menggantikan Fara Fauzana yang sedang cuti sakit.

Semenjak dua menjak suara dia yang pernah menghiasi mimpi-mimpi di tahun 1992 (kantoi sangat gedik, umur 10 dah pandai nak mimpi2 kan orang!) mula mengisi ruang radio setiap pagi.

And he's quite good at it!



Tapi pagi tadi dia bilang,
"Biasanya orang yang menyanyi kat kenduri kahwin, kahwin lambat. Macam pengapit, biasanya kahwin lambat. So jangan selalu-selalu jadi pengapit, kang kahwin lambat haaa..."

GULP.

Walaupun mungkin tujuan untuk perli Fara Fauzana, tapi...

Saya yang dah berapa banyak kali jadi pengapit pengantin ini terasa woi woi!!

Hahahahahahaha.

Mudah-mudahan tak masin lah mulut Azhar.


nota: he's good tho. wish hotfm would make him permanent.




Gambar hiasan: Sewaktu saya menjadi pengapit


Pantang Larang Orang Tua2 untuk Si Anak Dara:

1. Anak dara yg belum berkahwin tak boleh jadi pengapit atas pelamin lebih dari 3 kali nanti dia lambat kahwin.
--->kantoi dah. I konpem dah lebih dari itu.

2. Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
--->Siti Nurhaliza pernah buat kot?

3. Jangan carik kutu kat tangga nanti kahwin dengan orang tua…
--->ye lah, perangai sangat makcik2 nanti pakcik2 lah yang berkenan.

4. Jangan cucuk jarum waktu malam,nanti nasib jadi sial…
--->kalau jari dah tercucuk jarum, memang sial

5. Jangan lah korang tengok cermin retak,nanti korang punya muka pucat pada malam pertama…
--->cermin retak tu bahaya. cuba bayangkan, tengah2 belek muka, pecah...kena tangan, luka...darah banyak keluar...memang lah pucat muka tu

6. Pantang anak dara bangun lambat…nanti lambat dapat jodoh…
--->kena cop pemalas, orang takut la masuk meminang. hahahahaha...

7. Jangan makan bertindih/double pinggan…nanti korang akan bermadu.
--->orang dulu-dulu tak cukup pinggan, dah tu amik lak sorang 2 pinggan, macam mana orang lain nak makan? Jangan tamak, geng

8. Jangan angkat kaki masa meniarap nanti emak mati.
--->yang iyanya, tak senonoh. meniarap, angkat-angkat kaki plak. nampak betis peha poen apa semua, mak tengok pun boleh sakit dada.

9. Makan pisang kembar, nanti beranak kembar.
--->erk??

10. Tidur lepas makan nanti perut buncit.
--->this is true. tapi tetapppp gak aku selalu tidur lepas makan. patutlah amat buncit. hahahahah


11. Dilarang bersiul dalam rumah nanti ular masuk.
--->err. saya tak tau nak komen apa. nasib baik saya tak reti bersiul.

12. Tak boleh tunjuk pelangi nanti jari kudung.
---> langsung teringat Laskar Pelangi.


Akhir kata, terserah lah diri sendiri, mahu percaya atau tidak. Ketentuan tetap di tangan Tuhan.

4 ulasan:

Along berkata...

semua tuh kebetulan, cik.


along yg tak pernah jadi pengapit pun agak lewaaaaaaaaaaaaat gak ni agagagaga >.<


but makan pisang kembar tuh cam menarik.
*verangan nak anak kembar lama dah*


pisang yang buah tuh kann?
AGAGAGAGGAGA

peonate berkata...

alalalala jgn la beginii
actually jd pengapit means makin byk gamba ko dalam album photo kawen org wakaka ayat selamat

btw azhar sulaiman kan pagi² kat hot? aaa btol la zeff tanye pg tadi siape ni, aku kate sounds like azhar sulaiman, but cannot be sbb entah laa uhuh

Am berkata...

sangat lawak

f a r i n a berkata...

along: ye, PISANG betol. hahaha.

peon: aku terima ayat selamat ko. apa lagi ko tau minat aku yg suka posing. hahahaha.

bolo: apa perasaan mu, rakan sepengapitan? :p

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...