Rabu, Jun 16, 2010

Diari World Cup Saya

Saya akui, sebelum tahun 1998, tak ambil tahu sepatah haram pun tentang World Cup. I WAS one of those "Football is a mens' thing and it gives me headache" kind of girl. The only thing I knew, menatang tu 4 tahun sekali.

Then the 1998 Fifa World Cup was held in France, and things changed.

Disclaimer: You guys wouldn't seriously expect me to comment on the technical side of football, do you? :p

1998


Tingkatan 4 di Sekolah Seri Puteri (eceh, sekali sekala tulis nama penuh kot2 ada orang google. Hi Budak SSP!). Belajar bahasa Perancis sebagai bahasa ketiga. (Sampai pernah kena perli-perli dengan Ustazah masa Form 1. Katanya French bahasa kapir. Kalau nak masuk syurga kena belajar Bahasa Arab, bahasa syurga).

World Cup in France, artinya kelas bahasa Perancis kitorang pun jadi macam Pesta Piala Dunia. Hari-hari cerita pasal bola, belajar lagu bola, tulis karangan pasal bola, apatah lagi ditambah dengan muka yang dah memang bulat macam bola.

Masuk pertandingan menulis essay dalam bahasa Perancis tentang World Cup, kalau menang boleh tengok final in France! Haha. Tapi saya kalah, of course. Chope dan Zila je masuk saringan ke 2. Diorang kalah jugak LOL. Tapi dapat jemputan pergi majlis party World Cup kat Kedutaan Perancis. Semangat nak pergi sebab nak usha mamat French. Dah namanya budak asrama, nak keluar kena dapat kebenaran warden, kena ada chaperone, Mademoiselle Sheila, our French teacher pulak tak nak pergi. So Chope, Zila and I as their partner-in-crime, came up with a plan. Ngehehehhehe...

Pendek kata. Plan itu berjaya! Hahah sorry I can't disclose what we did, Chope and Ziela would probably kill me if I do :p

And off we went to the French Embassy. Dah sampai, baru merasa rendah diri. We stuck out like a sore thumb! Orang lain semua wangi semerbak gaun kembang-kembang, the men even wore tuxedos! The 3 of us? Pakai baju kurung cotton lusuh, minyak wangi Impulse (time tu yang famous, Impulse Spice Girls!), capal buruk. Tapi ada hati jugak tu nak try main mata dengan anak duta. Haha...and I still clearly remember, dah sampai sana baru sedar all 3 of us puasa. Dinner started early, around 6. So we sat at a corner, waiting for waktu berbuka. Time waktu berbuka, there weren't much food left, just finger food to nibble!

Sedih!


Being a senior, there are some perks. Antaranya being allowed to stay up and watch the World Cup finals. Tapi form 4 boleh tengok game untuk menentukan tempat ke-3 je, Netherlands vs Croatia, form 5 baru boleh tengok final game France vs Brazil. Wah, time tu semangat! Bawa bantal, selimut, keropok ikan berkampung di RecRoom Blok C. Berlagak dengan junior sebab diorang tak boleh tengok. Bersorak macamlah Malaysia yang masuk World Cup.

Alih-alih time game berlangsung, 70% of us slept (termasuklah saya hahaha)

2002

World Cup di Korea dan Jepun. Best! Sebab beza waktu tak banyak so we do not have to stay up at ungodly hours to watch the games. Sweet, sweet memories...waktu inilah saya berkenalan dengan pujaan hati yang satu ini...


Hidetoshi Nakata


Sepertinya, bukan rahasia lagi, I was crazeeeeee about this guy! So much so, kucing saya pun diberi nama Nakata. And the cat truly lived up to his name, berjaya menjadi kucing paling kacak bergaya daerah Gasing Indah. Walaupun ada percubaan untuk menukar namanya kepada Aimar sempena Pablo Aimar oleh adik lelaki saya, niat jahat itu gagal. Nakata enggan menyahut kalau dipanggil Aimar. Kalau panggil Nakata baru mengiau macho dalam bahasa Jepun.

Time ni, hobi pakai jersi Jepun ke kelas. Hahaha. I must have had like, 4! Lepas tu dah pandai pulak tu ponteng-ponteng kelas sebab nak tengok game. Tak senonoh sunggoh la perangai.

In 2002, Ronaldo create fesyen rambut macam tuyul. And Brazil won! Ada kaitan tak agaknya? *misteri nusantara*



2006

World Cup in Germany. Balik lagi rutin bergadang berjaga pagi gara-gara nak tengok bola. Time ni dah kerja, so it was a bit of a challenge to keep my eyes open the very next day!

Happy sebab dapat bertemu semula dengan pujaan hati (rujuk gambar separa bogel diatas).

Contrary to my boyfriend's belief, who seems to think I have a crush on Cristiano Ronaldo, I dislike him to the core. Rasa nak pijak-pijak dia jadi lempeng. Sangat menyampah tengok muka itu orang.

Tapi masa England vs. Portugal, I went to Hartamas Square lagi with some friends, konon nak lebih semangat jaya. But since almost everyone there were supporting England, I quietly rooted for Portugal, just to spite everyone. Hahaha...quietly, sebab takut kena dipukul secara berkumpulan di situ. Portugal won, yeay! Mari pijak Cristiano Ronaldo jadi lempeng!


World Cup this year was won by Italy. Saya dan Peon punya teori, pasti kerana jersi mereka lebih ketat, lebih aerodinamik. (dan, lebih sedap mata memandang LOL)

2010

Awal-awal sang pacar dah call dan pesan. Don't miss the World Cup!

Sedikit sedih menghadapi kenyataan, kelibat Hidetoshi Nakata tidak akan lagi menghiasi horizon pandangan. sob sob!

The best thing about 2010 World Cup is, now we're watching it in HD! Butir-butir peluh yang terbit dari tubuh pun boleh dilihat dengan jelas, apatah lagi jerawat batu dan taik mata. Hahaha.

Dan saya dah dapat menyejuk mata yang baru. Bukan satu, tapi 2!


Lionel Messi sumpah comel! Saya sokong Argentina! hahahaha...



Namanya HONDA, and he wears blue. Sangat matching dengan kecintaan saya yang satu ini...



:p


Yang penting, saya sudah siap untuk berjaga malam, menyaksikan seberapa banyak perlawanan World Cup yang termampu. Mak dah declare pada saudara-mara, selama 31 hari, jangan datang rumah. Rumah kami dah jadi kubang orang tengok bola. Hahahaha...

Paling penting, mak belikan ini sebagai persediaaan:



Sangat semangat!

Nota kaki: Here's the thing. I only watch football during World Cup. Selama sebulan, 4 tahun sekali. Kenapa? Well mainly most of time sebab saya malas nak stay up, kedua sebab I like the spirit when people play for their country, it's so different!

Anggapan perempuan tak suka menonton sepak bola, saya rasa generalisasi seperti itu tidak penting.

But I have seen girls complaining about their men busying themselves watching football daily sampai tak boleh keluar dating dah tak nak call main sms sampai credit habis malas nak teman korang shopping, asyik nak makan bola tidur bola sepak bola seeing balls chasing after a ball.

Girls, seriously...

It's just for a month, 4 tahun sekali. Surely you are not THAT self centered?

7 ulasan:

Im berkata...

i loveeeee jajansss!!!

sity29 berkata...

ahhaha we should have a watch over hahahaha.. pas watch football match.. balikkkkkkkkkkkkkk umah masing masing ahhahahhaah

Zeti Zainal berkata...

To all the GFs yg bengang sbb takleh dating time World Cup, i just wanna say..

"If you can't beat them, join them"

Thank God me and Mr BF love support the same team!! Woot!

Zeti Zainal berkata...

To all the GFs yg bengang sbb takleh dating time World Cup, i just wanna say..

"If you can't beat them, join them"

Thank God me and Mr BF love support the same team!! Woot!

Farhana berkata...

babes, i remembered the England vs. Portugal game in Sri Hartamas so clearly because you made a comment somewhat like this.. " Tak kisah la kau sokong siapa, yang pasti, dua-dua pernah jajah kita..."

Wakakakaka, I tell this to everyone who starts a conversation about the World Cup and never fails to get people rolling on the floor... hee hee hee

f a r i n a berkata...

hahaha...i said that??

dem. that does sound like something i would say LOL.

my Indonesian friends said something similar during the recent Netherlands vs. Japan game. "Inilah masanya untuk balas dendam, melaga-lagakan 2 penjajah!"

hahahhaa...

peonate berkata...

ahahahhaha minyak wangi Impulse tak leh tahannnn

bedak Enchanteur tak ade pakai??

aku beli bedak tu dr form one, sampai form five tak habis2 haha

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...