Selasa, Jun 08, 2010

Saya bersyukur saya tidak cantik

Di negara jiran, berita video panas MIRIP seorang penyanyi terkenal (dan, kacak) dan pasangannya, seorang pelakon, presenter yang cantik jelita sedang hangat diperkatakan. Saya katakan MIRIP, kerana sampai saat ini kedua-duanya tidak mengakui 2 orang yang asyik masyuk berkelonan di dalam video itu adalah mereka. Tapi saya bukan nak cerita tentang video itu, bukan.

Cuma...

Entah, disaat orang menghujat kebodohan mereka merakam aksi hangat dan handal mereka, saya kasihan dengan mereka. Iya, kasihan. Ternyata jadi orang cantik jelita, indah paras rupa ini bukan mudah menuju tangga ke angkasa, oooh yeah. Presenter ini sendiri, tak pernah surut dari dilanda kes-kes yang menggugat kariernya. Lepas satu, satu.
Kecantikan, satu anugerah Tuhan, sekaligus adalah dugaan kalau tidak digunakan sebaiknya.

In the first place, cuba kalau badan dia macam gajah bunting, dengan kulit berkerak hitam bak bontot kuali, mungkin tak ada orang nak rakam dia in action. Kalau pun ada, mungkin tak ada orang nak pergi jaja ke seantero alam. Dan, kalaaaaau ada jugak video sedemikian, lalu ke korang nak tengok? Mungkin tidak.

Jadi, saya bersyukur dengan tampang pas-pasan saya ini(i.e: muka yg can do je lah). Belum tentu saya kuat kalau diduga dengan wajah jelita bak bidadari, bersinar berseri macam bulan purnama, tubuh sempurna seperti gitar, kulit halus mulus putih macam model iklan LUX (ehem!), rambut lembut mengurai macam model iklan syampoo. Allah sayangkan saya, sebab tu dia jadikan saya seperti ini. Syukur Alhamdulillah. Jadi saya kuat untuk menutup aurat, kuranglah sikit dosa saya.

In other words,

Kalau aku lah ada body macam presenter tu, matilah aku pakai skirt pendek dengan coli je kemana-mana! Sikit-sikit nak buka-bukaan je kerjanya!

Hahahaha...


Cik TAK Cantik dan haiwan peliharaan

4 ulasan:

brad berkata...

dah liat videonya ya? huh...kurang kerjaan

Along berkata...

tetap mahu beli LUX juga selepas ini, hihi.

naem berkata...

aku suka ayat yg diBOLDkan itu hehehehe

wahwo berkata...

haha...
eh tapi ada satu ketika dulu masa zaman jahiliah, tercome across vid aksi panas dari India...menepati ciri2 yang kononnya takde orang nak rakam in action..
oops!

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...