Khamis, November 25, 2010

untitled

Kalau kau mau kuterima kau kembali
Dengan sepenuh hati

Aku masih tetap sendiri

Kutahu kau bukan yang dulu lagi
Bak kembang sari sudah terbagi

Jangan tunduk! Tentang aku dengan berani

Kalau kau mau kuterima kau kembali
Untukku sendiri tapi

Sedang dengan cermin aku enggan berbagi.

Maret 1943

EK Collections


Last Saturday, sempat lagi tolong Ernie buat photoshoot for her ErnieKhairina collection. Sedikit rentetan sejarah, kenal Ernie masa zaman comotgilapakaijersibolabelummengenalapaitulipstickmascaralipgloss kat uniten dulu. Ernie budak MMU, tapi selalu melepak kat uniten sebab her bestfriend from highschool, Faie, is my friend kat uni.

Dah lama actually plan nak help Ernie out, tapi tak pernah jumpa masa yang sesuai. Finally dapat gak cari time Sabtu hari tu walaupun lepas tu saya kena rushing sebab petang tu nak terbang mencari cinta hehehe. Had a great time, Ernie is ever-so-joyah as I remembered! LOL! Tak puas menjoyah hari tu, next time kita sambung lagi ok!


Had the honor to work with Irine Nadia Marcello. Such a sweetheart!




I simply adore her collection okeh! Sopan, stylish, simple, sweet, santun, superb gila apa korang tunggu lagi belilah cepat!

More collections are coming soon. So, support EK collections. 'LIKE' ErnieKhairina collections on Facebook.

psst..shipping fee will be waived for her blog readers =) Code : AARIZ


nota kaki: this is the first time, i have people contacting me just to get the phone number of the model I worked with. Hahaha. Cute, but seriously darling...if you need to get phone numbers of celebs, you're doing it all wrong!

Rabu, November 24, 2010

When distance means so little

Pernah adik lelaki saya pulang dari kolej langsung tanya.

"Kak Ngah, ada kawan baca blog Kak Ngah. Dia tanya tips. Macam mana nak Long-Distance Relationship?"

(Whoever you are, hope you enjoyed the book. And I pray that your relationship still stand strong, amienn)

Hahaha...seriously, I am not sure if I am the right person to ask about this. I know of a friend who once attempted LDR, US and Malaysia. Gila, 12 hours time different! Needless to say, it didnt work out. LDR saya dengan cowok dari negara tetangga. Dan baru setahun jagung. Kang orang kata macam, cakap banyak je lebey. Sok tewu, kata orang Jawa. But I'll just share what little I know, semoga bermanfaat. :-)

Here's the thing.

Distance means so little when someone means so much.



Pernah tengok cerita 'Mohabbatein'? Dalam cerita tu, watak Shah Rukh (Raj) terus mencintai watak Aishwarya Rai (Megha) walaupun Megha dah mati. Kenapa? Sebab, KATANYA, cinta itu tidak bersyarat. When we fall in love, kita tak tetapkan tarikh luput, cinta ini hanya berlaku sekian-sekian waktu, or under certain terms and condition. Kita cinta kerna kita cinta. Semudah itu. Raj tak tetapkan syarat yang Megha harus hidup untuk dicintai. And so he continued to love her, even long after her death.

Begitu juga halnya dengan jarak. There shouldn't be a rule, I love you because you live nearby, therefore you're convenient. Senang nak ajak pergi dating kat kedai mamak atau ajak pergi pasar beli cili.

Under normal circumstances, misalnya kekasih anda tinggal sepelaung je dari rumah, kita boleh dengan senang nak tambat hati dia dengan pakai krim Fair&Lovely tiap-tiap hari, minyak wangi Enchanteur, deodorant Nivea, yang lelaki pakai deodorant Axe(sebab iklan-iklan ini, sebagai contoh, menunjukkan kalau kita pakai produk ni orang mesti bertekuk lutut jatuh cinta kaw kaw tak hengat kat kita).

Kalau LDR, badan kita busuk bau ikan pun dia bukan tahu. Kita pakai baju cantik macam bidadari pun dia tak nampak. So we need to be more creative to keep the love alive.

Couldn't have done this without Sang Pacar's support. Wouldn't want to, either. He knows how many times I just wanna throw in the towel and say to hell with everything! He deals with my countless outburst, excessive demands and childish behavior. Selalu sabar, selalu accommodating, selalu bijaksana. My pillar of strength, he is.

Susah ke LDR? Memang susah nak mampos kot LDR nih! Kalau perasaan tu tak cukup kuat, lupakan je lah niat nak LDR ni. Memang SANGAT menguras tenaga, uang, dan masa. Oh, dan air mata. Communication kena jaga, it's not about quantity but quality. Kena selalu fikir positive, sebab fikir bukan-bukan can be really destructive to a relationship, bla bla bla banyak lagi tips segala macam but it all comes down to just one word.

Commitment.

So, amacam? Boleh?

Jumaat, November 19, 2010

Mohon Tuhan...


Sheila On 7 - Hari Bersamanya

Hati telah terganti, tapi tak ku hindari
Tibalah saat ini bertemu dengannya
Jantungku berdegup cepat
Kaki bergetar hebat
Akankah ku ulangi merusak harinya

Mohon Tuhan untuk kali ini saja
Beri aku kekuatan untuk menatap matanya
Mohon Tuhan untuk kali ini saja
Lancarkanlah hariku
Hariku bersamanya

Kau tahu betapa aku lemah dihadapannya
Kau tahu betapa lama aku mendambakannya



hiks. :-D

Isnin, November 15, 2010

Natural ways to get rid of acne scars

Yatt, si bakal pengantin bertanya. Do you know how to get rid of acne scars? So here's an entry for u dear, hope this helps!




1. Getting rid of acne scars with Lemon Juice

It is a natural bleach and it helps in lightening the scars and blemishes of the skin. Apply on skin twice a day for 15 minutes.

2. Getting rid of acne scars with Rosehip Seed Oil.

This is a special kind of oil used in cosmetics and is extremely useful in reducing acne scars. Simply massage the oil on the scars for 15 minutes twice a day.

3. Getting rid of acne scars with Ice Cubes.

This is a very simple home remedy to remove the scarring, but I have to warn you, it can be a little painful. You need to rub the ice on the scars for 15 minutes everyday.

4. Getting rid of acne scars with Aloe Vera.

Aloe Vera Gel/Juice really comes in handy when applied of fresh wounds as it prevents the formation of permanent scarring.

5. Getting rid of acne scars with Tree Tea Oil

Apply Tree Tea oil on your skin everyday and leave it one for 30 minutes. It works like magic.

6. Getting rid of acne scars with Honey

I saved this for last because this is by the far the best home remedy for acne. Believe it or not. I'll tell you what exactly to do with honey. You need to do this right before you go to bed at night. Apply honey on the surface of infected are and cover it with band aid. In the morning once you wash your face, you will see a miracle. My vote for it.

Things you should do before you try any of these techniques:

Always wash your face with Glycerin based soap and warm water. Pat your face with the towel until the water dries off, and then you can follow any of the techniques you want.

My recommendation is to try all techniques everyday, and there is no way on earth you could say that you still have acne scars on your face.

These are by far the some of the most popular ways to get rid of acne scars in a completely natural way. There is no need to go the doctor for every little problem you have because there are natural ways of avoid looking at another doctor's face ever again.

And stay away from over the counter medicines, they only make matters worse.

Source: Ezinearticles

Atau, cuba cara tradisional Melayu!

Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.

1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.

2. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

3. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

4. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.



And here's one khusus untuk bakal pengantin:

Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-

Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan


Selamat Mencuba!

A Fruitful Weekend

Alhamdulillah, the 2 events I was involved in last weekend berjalan lancar.

Hari Sabtu, saya buka gerai di Majlis Perasmian Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2010, thanks to Miss Chee Chung's help. Dia tolong saya dapatkan gerai, tolong jaga gerai, dan tolong tutup gerai serta bagi saya goodie bag best! Thanks babe!

Saya jual cupcakes, dadih, lollipop dan brownies, and yang paling laris manis adalah brownies resepi Cik Naemah Depp. Hahaha...memang terbayek, nokk. The highlight of the event for me personally, is when Sharifah Shahirah, who was there to host TV9's show "Nasi Lemak Kopi O" datang gerai borong 20 keping brownies sekaligus. Havoc!

Lepas dia borong, saya pun tutup kedai. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan.



Semoga Allah balas budi baik akak, dan dimurahkan rezeki, Kak Shira. Brownies tu kalau makan dengan teh Lipton memang terbayek!



Stars of the Show. Ipin, Kak Ros dan Upin. LOL


Hari Ahad pula, the whole family organized a Charity Jumble Sale in Shah Alam. Tengok gambar je dah boleh bayangkan macam mana punya riot!




Alhamdulillah, kita berjaya melepasi target kutipan hampir 2 kali ganda! Semuanya akan disalurkan untuk tujuan amal. Syukur sangat-sangat!

InsyaAllah, kalau diberi rezeki, kudrat dan peluang, kita buat lagi event macam ni, time tu korang datang lah eh borong banyak2? hehehe...

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga, darah, keringat, barang2, wang ringgit mahupun doa. Tanpa anda, siapalah kami. Ecehh.

Jumaat, November 12, 2010

Bazaar Hari Kanak-Kanak Sedunia

Esok, Sabtu 13 November, Cik Chee Chung telah bermurah hati menawarkan saya peluang berniaga di Bazaar sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2010! Proceeds from this sale will also be used to help our friends in need up north.

Yours truly will be selling brownies resipi istimewa Nekmah Depp, dadih, ice cream Malaysia, ermm...cupcakes, maybe. (Ideas, anyone?)



Jemput hadir beramai ramai

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan 2010

Tempat: Komplek sekolah wawasan USJ 15,
Persiaran Kewajipan.Subang Jaya Selangor
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
YB Dato'Sri Shahrizat Abdul Jalil

Khamis, November 11, 2010

Charity Jumble Sale!

Simpati dengan nasib baribu-ribu mangsa banjir di Utara Semenanjung Malaysia?





Here's your chance to lend a helping hand.

We're having a jumble sale selling pre-loved items; clothes, books, kitchen utensils, handbags, toys, and lots lots more! There'd also be food (yours truly might be whipping something up too!) and drinks and LOTS OF FUN!

So make your way to

Event: Charity Jumble Sale
Date: 14th November 2010 (Sunday)
Time: 9am till late
Place: 14, Jalan Canggung 11/2F, 40100 Shah Alam, Selangor.


We welcome any form of donations in form of things and cash too. If you have tonnes of pre-loved stuffs lying around in the room, here's a good place to get rid of them. Not only you'll be clearing up the space in your overstuffed cupboard for new things *wink wink* you'd also be doing something good! You could send it to the abovementioned address, or you can give me a call to arrange for pick up. Yes, I would happily pick the stuffs up from your home. It's the least I could do for the tens of thousands people displaced by the floods up north.

100% hasil jualan akan digunakan untuk membantu mangsa banjir di Utara tanahair.

For more info, drop me a comment or email me at farinajamal@gmail.com. Kalau ada yang nak berganding bahu tolong jadi tukang jual on that day itself pun best jugak. Jom lah nanti saya belanja nasi ayam Pak Mal nak? (serius sedap, tak tipu punya!!)

Thanks korang!


p/s: Would really appreciate if you could spread the word in your blogs too. Dari kerendahan hati yang terdalam, saya ucapkan terima kasih!

Khamis, November 04, 2010

Coffee or Tea?


Pernah tak, berhadapan dengan senario, dimana orang-orang berkata begini
"aku tak faham betul la perempuan macam tu! eh, buat pe lah cari suami macam tu? cuba cari macam suami aku, penyayang, pengasih, open minded..."

atau

"boyfriend kau tu tak senonoh betul la! rambut panjang mengerbang, tengok pun aku tak selera! cuba macam boyfriend aku, kemas je, wangi lagi"

atau

"OH EMM GEE! ITU KE TUNANG DIA??!! Eiiii, I tak taste lah macam tu! Dompet tipis, macam mana nak belikan I macam-macam. Tunang I lagi best, walau tua tapi poket penuhhhh, puassss I, nokkk!"

atau

"Weh, lu biar betol beb? Awek lu macam tu, gemok gedempol macam tong?! Nak bawak naik motor, motor lu pun tak kuat la dol! Lu tgk awek gua. Sikit punya slim daaa. Potongan model. Macam ni baru jalan sebelah pun tak malu! Lu patutnya cari yang macam awek gua!"


I think, you get the idea now. Kenapa tiba-tiba saya nak cakap pasal ni? Sana sini, orang dok teriak, be yourself, be an individual, accept me for who I am apa menatang jadah lagi lah, and I support that. Everyone deserves to be accepted (or not) for who they are. Tapi kenapa, bila tang taste dan selera, ada yang merasa semua orang harus streamline supaya mengikut kehendak pasaran?

Contoh. Kalau teh harus menjadi teh, dan kopi tetaplah kopi. Tapi, semua orang DIPAKSA untuk menyukai kopi. Dah tu, siapa nak minum teh?? Tak ke kecik hati teh tu?!Lepas tu, kalau aku nak minum teh ke, makan serdak teh ke, apa kau kesah?

Terima je lah setiap orang berbeza-beza, dan selera juga berbeza. Tolonglah jangan anggap sebab kamu suka macam tu, semua orang pun kena ikut. Tak best langsong kot.

Saya pun tak tahu, orang faham ke tidak apa yang saya bebel ni. Bebelan ini bukan berasal dari mendengar orang mengata pacar saya lepas tu saya bengang, tidak. Bebelan ini lahir bila rimas dengar orang lain memartabatkan kekasih pilihan hati sendiri sehingga tidak memberi ruang kepada orang lain berbahagia dengan pilihan masing-masing. Naaak sangat orang cari kekasih macam kekasih dia, kang orang caras baru padan dengan muka lu. Eh eh tapi tak baik doakan hal yang tak baik. Maaf, saya doakan kamu berbahagia.

But then again, tak faham pun tak mengapa sebab saya tak mahu paksa so bye!


Nota 1: saya sayang pacar saya. Apa adanya. Tapi saya legaaaaa kalau orang rasa pacar saya bukan taste mereka. Kang susah saya nak berkungfu mempertahankan buah hati saya plak. (and I will, if I must)

Nota 2: Saya suka Cham (coffee + tea)

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...