Khamis, November 04, 2010

Coffee or Tea?


Pernah tak, berhadapan dengan senario, dimana orang-orang berkata begini
"aku tak faham betul la perempuan macam tu! eh, buat pe lah cari suami macam tu? cuba cari macam suami aku, penyayang, pengasih, open minded..."

atau

"boyfriend kau tu tak senonoh betul la! rambut panjang mengerbang, tengok pun aku tak selera! cuba macam boyfriend aku, kemas je, wangi lagi"

atau

"OH EMM GEE! ITU KE TUNANG DIA??!! Eiiii, I tak taste lah macam tu! Dompet tipis, macam mana nak belikan I macam-macam. Tunang I lagi best, walau tua tapi poket penuhhhh, puassss I, nokkk!"

atau

"Weh, lu biar betol beb? Awek lu macam tu, gemok gedempol macam tong?! Nak bawak naik motor, motor lu pun tak kuat la dol! Lu tgk awek gua. Sikit punya slim daaa. Potongan model. Macam ni baru jalan sebelah pun tak malu! Lu patutnya cari yang macam awek gua!"


I think, you get the idea now. Kenapa tiba-tiba saya nak cakap pasal ni? Sana sini, orang dok teriak, be yourself, be an individual, accept me for who I am apa menatang jadah lagi lah, and I support that. Everyone deserves to be accepted (or not) for who they are. Tapi kenapa, bila tang taste dan selera, ada yang merasa semua orang harus streamline supaya mengikut kehendak pasaran?

Contoh. Kalau teh harus menjadi teh, dan kopi tetaplah kopi. Tapi, semua orang DIPAKSA untuk menyukai kopi. Dah tu, siapa nak minum teh?? Tak ke kecik hati teh tu?!Lepas tu, kalau aku nak minum teh ke, makan serdak teh ke, apa kau kesah?

Terima je lah setiap orang berbeza-beza, dan selera juga berbeza. Tolonglah jangan anggap sebab kamu suka macam tu, semua orang pun kena ikut. Tak best langsong kot.

Saya pun tak tahu, orang faham ke tidak apa yang saya bebel ni. Bebelan ini bukan berasal dari mendengar orang mengata pacar saya lepas tu saya bengang, tidak. Bebelan ini lahir bila rimas dengar orang lain memartabatkan kekasih pilihan hati sendiri sehingga tidak memberi ruang kepada orang lain berbahagia dengan pilihan masing-masing. Naaak sangat orang cari kekasih macam kekasih dia, kang orang caras baru padan dengan muka lu. Eh eh tapi tak baik doakan hal yang tak baik. Maaf, saya doakan kamu berbahagia.

But then again, tak faham pun tak mengapa sebab saya tak mahu paksa so bye!


Nota 1: saya sayang pacar saya. Apa adanya. Tapi saya legaaaaa kalau orang rasa pacar saya bukan taste mereka. Kang susah saya nak berkungfu mempertahankan buah hati saya plak. (and I will, if I must)

Nota 2: Saya suka Cham (coffee + tea)

6 ulasan:

wahwo berkata...

way to go gurl!!
woot!!

~Am berkata...

saya nak bagitau yang saya paham apa yang kamu tengah bebelkan ini

Jid Othman berkata...

hahahah...
biasa jgk dgr bebelan yg sama, yg memuji taste sendirik...
sesuatu yg baik utk seseorang belum tentu bagus utk org lain! =)

Lissa Ahmad berkata...

erm, sayangi pacar n suami anda seadanya.

tapi, kalau pacar nye suami orang, memang aku membeza2kan jugak.. itu exceptional.

f a r i n a berkata...

I still think we shouldn't judge, regardless of that person's choice. Let this be a reminder for myself too :-)

Hanin Farhana berkata...

aku rase aku pon paham kot ape yg ko katekan itu.. ikut suke lah kite nak suka ape pon.. bukan kite paksa diorang untuk suka apa yang kite suka pon... huh! konfius aku ngan diri aku sendiri..

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...