Jumaat, Januari 28, 2011

Baik

Ini 'Baik' saya. Hahahaha...the term must be familiar to SSPians. To those who are unfamiliar, itu macam kakak/adik angkat la. Masa zaman saya di SSP, ada 'baik' dengan 'kawan', if I'm not mistaken.


*Updated*

This is taken from the comment box, komen Puan Peon untuk menjelaskan apa beza 'baik' dengan 'kawan':
"btw to non-sspian, "kawan" ni rendah sikit dari "baik" standardnye.. macam tunang n kawen la wakakak so ade juga org yg mula² "kawan" then upgrade to "baik".. err terbalik pun ada haha"


It's a funny story, how I got to know this lady. She was famous in school, qariah sekolah, pengawas, good student...everything that I was not. And my encounter with her started when she was on the way to surau, she had to pass in front of my dorm, and I bid her "Assalamualaikum". Time tu memang lah, junior kena bagi salam kat senior. Lama-lama dah jadi rutin, tiap kali dia lalu, mesti nak bagi salam. It became our game, siapa bagi salam dulu. Ye, sgt kanak-kanak. I was 14 then, she's 2 years older.

Lepas tu ada event apatah sumpah tak ingat, tapi budak2 form 2 kena buat persembahan senamrobik beramai-ramai. Siap kena prektis tiap petang. She was one of our coach. Eceh, coach :p Time prektis, mesti dia akan berdiri dekat saya. Then one day 2 seniors came to talk to me. Kurang lebih macam ni lah perbualan kami:
"awak, ada orang nak baik dengan awak"
"siapa?"
"adalah, orangnya selalu perhatikan awak"

Macam ayat nak ajak kahwin, kan?

I can't remember exactly what happened next, if my memory hasn't failed me, lebih kurang seminggu kawan-kawan dia melobi, that I should 'baik' with this kakak yang selalu perhatikan saya. Hahaha. In the end I relented.

What happened next was so unexpected. Ramai gila her friends datang my dorm, nak tengok budak yang 'baik' with her. Orang semua terkejut, that she would 'baik' with a junior like me. So to have people barging into my dorm, terus melaung, "Yang mana satu Farina Jamal? Oh, ini???!! Seriously??"



See, I told you how she's such a good girl in school. Lepas tu kecik comel halus lemah lembut berbudi bahasa je. I'm the complete opposite. Kena chop kurang ajar dgn senior, pemalas, bising, pendek kata, toksahkan orang lain, saya pun pelik kenapa dia nak baik dgn saya plak?

Lepas tu macam orang 'baik-baik' lain juga, aktiviti-aktiviti biasa adalah seperti tengok wayang sama-sama (sebulan sekali biasa ada orang datang sekolah dengan projektor, pancarkan kat dinding basketball court. Maka berbaring-baringlah kami warga Seri Puteri diatas lantai BBcourt itu dengan beralaskan kain batik. Hahaha), pergi/balik prep sama-sama, pergi solat sama-sama (time ni memang anjakan paradigma. You see, dia PM Agama. So selalu jadi imam pun. Saya pulak selalu geng paling last pergi surau. Tapi sebab nak pergi solat sama2, merasa lah duduk sof depan, much to everyone's amusement)

Paling ingat masa Form 3, ada case yang menyebabkan warden mula nak ambil tahu pasal 'baik-baik' ni. Masa tu Cik Aisah, Ketua Warden tanya saya. Saya pun bagitau, saya 'baik' dengan dia. Ustazah Nor Einee was in that room with us too, and how they both laughed. Like, biar betik?! See? Warden pun found it hard to believe!



She became Penolong Ketua Pengawas, when she was in Form 5. Time ni best gila, selalu time dinner kat dewan makan pasang lagu nasyid. Tapi ada time, she would play KRU songs! Hahahaha...saya memang die hard fan KRU kott. Feeling special weh orang pasang lagu KRU khas untukku. Ecehhh!

Masa dia kahwin, sayalah jadi pengapit. Pengalaman pertama dalam bidang kepengapitan. Sekarang dia dah ada 2 orang anak yang handsome dan macho! How time flies!

In 2007, masa berpeluang ke Europe, spent some time with her in Newcastle. And how I was pampered! Dah la dia masak sedap, orang kata pergi Europe I might lose some weight, end up lagi berat adalah!





Why am I writing all this down now? Because it is her birthday today!

Happy birthday, dearest Kak Yatie!

On your birthday I wish you much pleasure and joy;
I hope all of your wishes come true.
May each hour and minute be filled with delight,
And your birthday be perfect for you!


By Joanna Fuchs


Love you, sis!

8 ulasan:

peonate berkata...

awak, ada orang nak baik dengan awak"
"siapa?"
"adalah, orangnya selalu perhatikan awak"

Macam ayat nak ajak kahwin, kan?

hahahahahhahahaha aku tak tahan btol entry ko this time..

aku takde "baik".. ade "kawan" aje haha.

btw to non-sspian, "kawan" ni rendah sikit dari "baik" standardnye.. macam tunang n kawen la wakakak

so ade juga org yg mula² "kawan" then uograde to "baik".. err terbalik pun ada haha

make my day la your entry ni

and i like your bidang "kepengapitan" nice word!

mygoldpen berkata...

Agak pelik kalau dibaca "dia adalah baik saya.." hehe.

rindunye bab tgk wayang kat bb court tuh.

btw, HAPPY BIRTHDAY KAK YATI :)

~Am berkata...

geng last pegi surau ke....geng buat surau kat tempat lain? :P

Happy Birthday Kak Yatt!

f a r i n a berkata...

Peon: Hahaha nak tambah sebenarnya adegan kita jumpa kat Oxford St. tapi kang panjang lebar sgt!

Izza: hehehe rindu kann time2 tuhh

Bolo: Hahaha, haippp! Jgn pecah lobang! LOL.

norhayati abdullah berkata...

farina!!!!! tenkiuuu!!! i so love this special entry especially it is DEDICATED to me!! love it, love it again, love it always! yes, she is my "baik" oke..so, she is like mine! wahahaha.. also she was my pengapit..time tu farina lum ada make up n photo business...takk..she must have been 3 in 1 to me for my wedding. muahss!! luv u! and happy watching lah whenever you are watching movies (although bkn alas kain batik kat bbcourt lagik) :))

shera berkata...

k.farina,

this entry is super funny!

anda telah berjaya menulis nya dgn baik..esp maksud baik..ahahahah

u made my day! kelakarrrr!

k.yati, happy bday! hehehe..kalo igt saya yg nakal juga :p

p/s: masa saya kat ssp, saya tak pasan pulak korg dua ni 'baik'..ahahaha

Hanin Farhana berkata...

farina!!! aku sangat suke definasi "baik" dan "kawan".. kagum gile, ko masih baik dgn "baik" ko sampai skrg.. :)..

anyway, happy belated birthday , kak yati..

awesome blossom berkata...

hahahaha, this is a funny one. thanks farina. terkenang balik memori2 kat sekolah dulu :) mcm2 la peel kita dulu. ptut la warden pening.

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...