Isnin, Januari 03, 2011

Pak Belang



Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia. Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004. Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar.

Source: Wikipedia


Sekarang kecoh, nama pasukan bolasepak Malaysia KATANYA patut ditukar kepada "Harimau Malaysia", bukan "Harimau Malaya". Sebab Malaya merujuk kepada Semenanjung Malaysia sahaja, tak termasuk Sabah Sarawak.

Paling best, bila dengar di radio, ada pemanggil yang cakap Harimau Malaya itu tak elok dijadikan nama pasukan bola sepak kebangsaan, sebab itu nama gelaran yang diberi kepada Jeneral Yamashita, jeneral perang Jepun yang pernah menakluki Tanah Melayu satu ketika dahulu.

Pernah tak, orang tanya kenapa Jeneral Yamashita dapat gelaran itu? Sebab dia ganas gila, gagah berani dan digeruni ramai! Macam Harimau Malaya a.k.a Harimau Belang!

Bak kata kawan saya, Cik Soraya, "dannn harimau malaya lg ganas dr segale singa, panther, cheetah afrika!"

Jadi, tolonglah jangan mempolitikkan Sang Rimau. Ini bukan masalah East or West Malaysia. Ini bukan menganaktirikan mana-mana pihak. Kalau google sikit je, you'd know dah nama rimau tu memang Harimau Malaya!

Ini tentang semangat Harimau Malaya. Panthera tigris malayensis, faham?

Akhir kata,


Majulah sukan untuk negara.

4 ulasan:

Cah Ayu berkata...

crystal clear, cikgu! :P

Along berkata...

AUUUMMMMM! *tanda setuju*

Hanin Farhana berkata...

ahah!! agree with you.. sebok je nak tukar nama.. dulu mase team bola tak menang, takde pulak nak kecoh-kecoh tukar nama binatang rimau ni... menyampah!!

~Am berkata...

yup....geographically it's impossible for tigers to be in Borneo...our predators kat sini are crocodiles...and python(s)...kalau takde diorang, takde binatang lain yang cukup besar untuk makan babi hutan...kekekekeke...don't get me started on plat tectonic theory pulak ok...

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...