Isnin, Februari 07, 2011

Kisah Pertualangan ke Bromo (Part 1)

Inilah kisah, 4 bersahabat menyabung nyawa ke Bromo. Pada yang kurang tahu, Mt Bromo yang letaknya di Bromo Tengger Semeru National Park has in been active for several months now, dan sempat meletus in November 2010. Since then, statusnya masih diparas bahaya sebab terus menerus bergemuruh dan mengeluarkan asap tebal.

Nak dijadikan cerita, at the time we bought our tickets, we were unaware about Bromo's condition. Kami yang kurang research ni, sebaik sahaja dengar perkataan "Bromo", terus setuju! Dah lama berangan nak cecah pasir berbisik ala Dian Sastro, uols. A couple of weeks sebelum keberangkatan, baru sibuk nak monitor status Bromo. Cuak? Tipulah kalau saya katakan tidak.

Tapi tiket dah beli, hotel pun dah booking...we decided we'd play by ear. Kalau katakan dah sampai Surabaya, status Bromo makin membimbangkan, we'd do Plan B.(which, was non-existance) So off we go!

Day 1

Saya, Soraya dan Lea menaiki pesawat terakhir ke Surabaya dari LCCT at 10.25 pm. Sampai Surabaya dah pukul 12 lebih WIB (1 lebih waktu Malaysia). Told the taxi we want to go to Family Guesthouse, dia berlagak macam tau sangat alih2 sesat barat! Mula-mula memang bersabar je dengan pakcik tu, dah alih-alih dia salahkan kitorg, tergeram lah jugak. It was past midnite, and all we could think about is getting some sleep.

Last-last sampai juga tempat di tuju. Guesthouse ni dulu Arai dan Kak Sity yang recommend, for rp250rb nett per nite (about RM85), memang berbaloi. Bersih suci lagi murni dan comfy.

None of us thot about snapping a photo of the place, I found this on the net.

Next morning kurang lebih jam 8 wib, Shamam sampai dengan menaiki keretapi dari Jogja. Lengkap lah kami 4 bersahabat yang akan menyahut seruan Gunung Bromo.


Breakfast in bed! hahaha...boleh pilih nak indomie ke roti, kitorg of coz pilih indomie. Lepas tu nak indomie kuah ke goreng, perisa apa, telur tu nak matang ke stgh matang...choices! :p

Pak Supir kami, Pak Lukito diberi nama, datang menjemput di hotel dalam jam 11 pagi. Dialah yang akan menemani kami untuk 3 hari kedepan. Manalah cukup indomie goreng telur mata untuk menjana tenaga nak memanjat gunung, maka terpaksa kami mengambil supplement.



Dan inilah dia, supplement yang dipanggil, Nasi Udang Bu Rudy pake empal dan telur. Slurpppp! Nasi Udang ni memang khas Surabaya, dan yang paling legendary, sambalnya yang mak nyussss!!! Nampak simple je kan, tapi jangan pandang sebelah mata bibeh. Sekali cuba sambalnya, langsung ketagih! Kalau orang ke Bandung, bawa pulang oleh2 brownies Amanda, nahhh kalau ke Surabaya, this is the ultimate oleh-oleh!


Sang penulis senyum senang perut kenyang


Kami pun meneruskan perjalanan selama 4 jam menuju Cemoro Lawang, at the northeastern edge of the caldera. Basically national park ni macam kawah dalam kawah, sila google untuk keterangan yang lebih.


On our way up, tengok plantation semua covered with inches of volcanic ash. Macam padang jarak padang tekukur. Seram!


Singgah Masjid Al-Hidayah untuk jamak Zuhur dan Asar. I can't resist to upload this photo. Semoga kami mendapat hidayah...aminnn!

Pak Lukito drove us straight up to the edge of caldera, where we encounter Mount Bromo for the 1st time. The view...Subhanallah!

Immediately it brought tears to my eyes. Terpukau, takut, seriau...semua ada! Indah sungguh ciptaan Tuhan!


Kitorang siap nampak lava terpercik keluar dari Bromo yang tak henti-henti bergemuruh! Pergh...perasaannya tak boleh digambar dengan kata-kata seyh. Senyum tu tak menggambarkan perasaan sebenar, ni namanya senyum coverline. Hahaha...


Then we realized kalau kitorang bernafas wap air keluar kepul-kepul dari mulut, that was how cold that place is! The volcanic ash covered the ground, the trees...it looked like snow, except that it's black. Huhu. We even call it black snow.


Takut, takut gak...posing tetap posing!

Tapi untungnya, sebab orang tak berani nak ke Bromo time ni, hotels were deserted. No, silap...they're empty! We had the whole hotel to ourselves, imagine that! Based on my research tentang hotel di Cemoro Lawang, I've always wanted to stay in Lava View Lodge, tinggal lagi hotel ini muahal! Tapi becoz of this situation, dapat diskaun duduk hotel best ni. Last2 kena bayar rp650rb je for a Family room (muat 4 orang) instead of the normal rate of rp864rb. Supir dapat free lodging and food.




Beginilah rupa paras kamar kami. 2 single bed, 1 queen size bed. Ada tv, ada ruang tamu, ada kelengkapan membuat kopi dan teh. 1 je yang kurang...heater! Malangnya, semua hotel di Cemoro Lawang tak menyediakan heater. And the temperature could fall below 0 at times. Air panas untuk mandi pulak mati segan hidup tak mau. Kalau tiba-tiba siapa yang kat dalam bilik mandi tu menjerit, itu confirm sebab air panas bertukar sejuk. Unbearably cold!

Dinner Nasi Goreng di resto Hotel. Sumpah rasa macam duduk dekat private resort!



Turun makan je pun, tapi semua dalam winter attire


Makin larut malam, makin rajin Bromo bergemuruh. Setiap kali dia meletus, semua cermin tingkap dan pintu macam nak pecah je!

FYI, hotel yang kitorang duduk ni is the nearest to Bromo! Shamam seorang je yang lena tidur, gara-gara (katanya) dia ketakutan sebab Lea insist nak layan cerita Seekers versi Indonesia. Huhuhu...dah la hotel tu ada 4 penduduk je kan!

Yang lain tak boleh tidur sebab kecut ketakutan. That was the longest night of our lives! Bayangkan, almost sepanjang malam Bromo menderu-deru terus, selang 5 minit ada bunyi letusan kuat. Dah la sejuknya sampai ke tulang sum-sum. Dah tidur dengan stokin 4 lapis, baju 5 lapis, winter jacket tu pun saya pakai juga, masihhhhh jugak sojukkk! Masa tu, memang terfikir, will I live to see tomorrow morning? Sumpah cuak okeh! Time tu nak menyesal datang pun dah tak guna, kan. Hadapi dengan senyuman! (ye lah sangat...)


to be continued...

8 ulasan:

~Am berkata...

wow...can't wait to hear the rest of it..

Cah Ayu berkata...

next! nexttttttttttttttttt! hahaha

lea berkata...

shamam tido nyenyak tak rase langsung pintu n tingkap gegar2. anyway maren beriya tanak jejak bromo..tp skang kalau ada peluang mmg nak pergi lagi. yezzah

ull berkata...

lanjuttt .... ngeeee!

Cah Ayu berkata...

will definitely go again. tapi tunggu dah hijau2 gunung ganang. bosan gamba kelabu semua! huuu

Along berkata...

Want read part 2 cepat!!

Lissa Ahmad berkata...

wahaha.. seronotnyaaa..

Orang Bromo berkata...

Terima kasih telah berkunjung ke Bromo. Last update April 2011: Status Bromo is normal & sudah aman untuk dikunjungi. Bagi backpacker yang ingin menikmati wisata bromo dengan murah silakan kontak ke agungmarch@gmail.com

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...