Jumaat, Ogos 26, 2011

Sungguh, saya masih belum siap...




Sungguh, ada rasa sayu dalam hati,
Sepertinya belum siap melepaskan Ramadhan ini pergi,
Entahkan jumpa, entahkan tidak dilain kali.

Mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki,
Bertemu lagi bulan mulia ini,
Buat menambah bekalan utk akhirat nanti.

Doaku, semoga hari-hari kedepan lebih bererti,
Kuatkan iman teguhkan hati,
InsyaAllah, Allah meredhai.

Semoga kedatangan Syawal kini,
Disambut gembira segenap negeri,
Rakan dan saudara, saling mengunjungi,
Menyusun bersama sepuluh jari,
Ampun diminta, kemaafan diberi,
Saling mensyukuri kebesaran Illahi.

Dikesempatan ini,
Maafkan saya andaikan sudi,
Andai terselit ketidakpuasan hati,
Khilaf dan salah, tolong ampuni.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!






Shah Alam, 26 Ramadhan 1432.



nota: gambar gedik diatas diambil sewaktu menggayakan snoods yang saya beli dari Puan Nurul Asfara. Kalau berminat, sila contact dia :-) Agak-agak mana lagi lawa, snoods ke tudung "Khairul Fahmi"? :-p

Isnin, Ogos 22, 2011

Jugra

Yesterday morning, woke up early coz I promised Mak I would take her to Bagan Lalang, to get some fresh seafood. Jauh, memang. Satu jam kurang lebih perjalanan dari rumah. But it makes her feel good to be able to provide good food for us, her kids. And it'll make me feel good if I can make her happy (dan yang jelas, gendang gendut tali kecapi, kenyang perutku, senanglah hati! heheheh)


Glorious fresh seafood!


Then mak suggested, apa kata, kita balik lalu Morib? Wah, jalan lama! Aneh juga selalu pergi Bagan Lalang ikut highway, tiba-tiba nak lalu coastal road. And I've never taken that route before. Saya layankan saja...

Sampai kawasan Batu Lama, nampak signboard Burung Puyuh dijual di Koperasi Peladang. Singgah lagi. Beli juga kerepek2 segala maknika...sampai 2 kotak! Hahahaha...tak sempat raya lagi semalam dah makan Rempeyek Kacang Dhal, sedap nak mamp!

Jalan terus. Sampai satu simpang, nampak signboard bandar bersejarah, Jugra. Have always wanted to check out the historical town, but never did. I casually said to Mom, "Kak Ngah tak pernah lagi pergi Jugra." Turns out she hasn't, either. Maka tanpa berfikir panjang, I reversed my car, and took that turn towards Jugra. Hahaha...spontan gila!

This is taken from Wikipedia:

Bandar Jugra is a historical town and former royal town in the state of Selangor, Malaysia. It is located near Banting in the district of Kuala Langat in Selangor.


Istana Bandar Jugra


Among places of interest in this quaint town are royal palaces such as Istana Bandar and Istana Jugra, Makam Sultan Abdul Samad, a royal mausoleum, and mosques such as Masjid Alaeddin.


Masjid Alaeddin


Jugra was the royal capital of Selangor when the then ruling monarch, Sultan Abdul Samad built Istana Jugra (Jugra Palace) and moved there in 1875. It was situated in a strategic location, not exactly at the river mouth but easily accessible from the Straits of Malacca, and protected by a hill, Bukit Jugra; which stands clearly out above the low-lying mangrove swamps. For centuries it served as a familiar landmark to navigators of the Straits of Malacca. Chinese, Arab and European mariners marked it in their charts; Bukit Jugra was also known to many foreign navigators as Parcelar Hill, derived from the Arabic name for it, balasar.



Makam Sultan Abdul Samad


It was during this time that Jugra also briefly became the centre of British administration in Selangor, although this was soon moved to Klang, and a decade later to Kuala Lumpur. The Sultan continued to live at Jugra until he died in 1898, and the new Sultan, Sultan Alauddin Sulaiman Shah also known as Sultan Sulaiman was proclaimed there. This was the last important occasion in Jugra.

After that, Jugra quickly shrank to become a backwater, as even the local administration was shifted to the new centre of Banting and Sultan Sulaiman made his official residence at Klang.


Just another interesting fact, Istana Jugra was also used as a filming location for Pontianak Harum Sundal Malam. Pernah baca cerita about the film crew tengah2 nak shooting, everybody's downstairs dah get ready, suasana senyap sunyi, tiba2 kat tingkat atas ada bunyi bising. Padahal semua orang dah kat bawah nih!

My atuk used to work in nearby Banting, and stayed there for 5 years masa arwah abah kecik. Atuk cerita, dulu masa muda-muda he went to Istana Jugra, his guide told him the mystical powers of the royal family. Time tu, Atuk selamba cakap, "Alah, kita bukan boleh percaya benda-benda karut nih". When he was leaving the palace, not far from the gate, tiba-tiba tayar kereta atuk burst! Coincidence? *jeng jeng jengggg*

Sayangnya, tak boleh masuk pula Istana Jugra hari tu. I believe it's open to public biasanya. Atau mungkin kerja-kerja baikpulih masih lagi berjalan. What I saw of the palace that day, compared with the photos I saw online of the place, sangat lah jauh beza. Memang nampak awesome istana ni! Sorry my photo didn't do justice to the palace. InsyaAllah, one day I intend to return here and explore the grounds. Boleh pakai flowy2 feeling-feeling princess gitu! Hahaha...jangan orang ingat pontianak, sudehh!

My grandma tanya, kat makam tak ada nampak apa2? Dia pula cerita, she's been to the mousoleum twice, 2 kali tu juga jumpa 'penunggu' kubur. Nampak pakcik tua duduk tepi makam sultan. When she greeted him with a salam, pakcik tu hilang. Selangkah ke alam misteri sungguh. We didnt see anything fishy tho, Alhamdulillah! Mungkin bulan Ramadhan kot, dah kena ikat?

Nevertheless, I thoroughly enjoyed this impromtu detour with Mak. Lepas ni kalau ada orang tanya, dah pernah ke Jugra? I can smile, puff out my chest slightly and say, "PERNAH!"

Jumaat, Ogos 19, 2011

t.i.g.a.p.u.l.u.h


Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 'orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:

Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.

Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.

Malam kelapan
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Malam kesepuluh
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas
Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas
Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh
Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam ke dua puluh dua
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima
Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan
Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.


Source: Al-Azim.com

Khamis, Ogos 18, 2011

Bulan

Oke, saya tembel. Orang lain sibuk repeat tengok 'Nora Elena', saya pulak sibuk tengok 'Kau Laksana Bulan'. Sebab hero dia ZHM :p Dah la drama ni tayang kat TV2 about a year ago, baru nak gigih layan kat youtube! Maklum, jarang bukak TV2 :p

Rasa kalau yang rajin baca blog ni, memang sah tau, my favorite Malay actor is ZHM. Dari duluuu, sampai sekarang. Datanglah Aaron Aziz ke, Adi Putra ke, Stephen Rahman-Hughes ke (Melayu ke?? :p)...ZHM juga tetap di hati. Eceh!

Heroin drama ni, Ayu Raudhah. Tapi yang tak agak-agak tu, watak lelaki2 yang ada dalam drama ni. ZHM tu satu hal dah, ada lagi Fizo Omar, Ashraff Muslim, Gambit Saifullah also got! Melampau! Berdarah hidung aku tengok wehh! Takkan takde lelaki tak kacak yang suka kat pompuan nih??? Kenapa semua hensem gila ba** infiniti?! *jeles*

Yang jelas semalam saya menghabiskan masa guling-guling macam tenggiling sambil senyum-senyum manja semanja Mama Juwie gara-gara layan jiwang tengok ZHM drama ni.




My fave part. Barang siapa yang malas nak klik play, meh saya cerita apa jadi tang ni. Ayu Raudhah (Adrianna) dan ZHM (Firas) naik komuter. Adrianna TERduduk atas riba Firas (I don't blame her. I might be tempted to do the same too! *eh eh*) The 2nd time they met, pun dalam komuter, Firas sapa Adrianna. She apologized for the accident, to which he answered, "Takpelah. Bukan luak pun." Alaaah comel! (yes, I'm a sucker for him. hahaha...)

Ok maaf, saya caiiiiir di bulan2 Ramadhan ni!


*hidung berdarah*

Isnin, Ogos 08, 2011

Pet Peeves

These few things people do that I'm uncomfortable with, but usually too polite to say anything.

Perhatian, ini merujuk kepada hal berlaku antara saya dan sesama wanita ya. Kalau lelaki nak buat, saya lempang je terus

1. Bibir bertemu pipi. 'Cheek to cheek' salam is fine with me, tapi kalau bibir dah mendarat kat pipi saya...maaf, saya tak selesa. It's unhygienic. And I dont like the feel of saliva on my cheeks. Pun kalau nak salam pipi ke pipi, tak perlu dipaksakan sangat. Air kisses sudah!

2. Orang bercakap sambil pegang2 paha. I wont be listening to a word you say, all the while thinking how lah to get her to remove her hand from my thigh. Geli dowh!

Actually...senang ckp, saya tak berapa suka kalau...

3. Orang bercakap sambil pegang2. I know some girls like to show friendship by holding hands, peluk bahu, peluk pinggang, rangkul kaki sambil bercakap...jujur cakap, saya kurang selesa. Walaupun badan saya yang macam teddy bear ni memang best dipeluk :p It's not that I never hug my friends, usually those close ones, yang lama tak jumpa tu, I'd give them a hug when we first meet. Lepas tu takdelah asik nak bergayut kat tangan dia. Or when I pose with my friends for pics. Another case that I'd make an exception is when a friend is in deep sadness. Hugs can heal, some says.

4. Being called 'FIJI'. I know this might come out as a surprise to some. Truth is the name 'FIJI' started as a joke between me and Peon. Then a Sheilagank overhead and voila! Almost all Sheilaganks started to call me that back then. Most have stopped (Alhamdulillah) but sometimes when someone does, I cringe. The name's Farina, can we stick to that?

5. Ditanya soalan yang sama berulang-ulang. Saya memang tak tercipta menjadi pendidik. Kalau tak mesti anak murid asik kena marah je. Even if the same question came from several diff people, tapi kalau ditanya lagi dan lagi, saya rengsa. Kalau dari orang yang sama, apatah lagi.

Why this entry? Well it feels good to finally let it out of my chest!

Jumaat, Ogos 05, 2011

LPC!

If you are looking for...

Adorable Toddlers/Kids Back Pack for your lil ones...



Or these super cute plush toys...



Or these, Soft/padded/cloth books!



Alahai. Kenapa semua comel tahap I wish I'm a kid so I can have these ni??!!!




Look no further!

Check out LPCStation


They sell all of the above and these too...

Clean, affordable, comfortable homestay in Desaru for rent. So if you're looking for a place to stay while having in the the sun in Desaru, here's your best bet!




perhatian: budak kecik tu bukan untuk dijual




Saya pun dah plan nak bawa adik2 berfamili holiday kat sini. Memang sesuai sangat al-maklum kitorg ni keluarga besar (dari segi saiz dan kuantiti :p)

Sekali lagi...(sebab sekali memang tak cukup)...

jangan lupa check out LPC Station yer!

Khamis, Ogos 04, 2011

Tidur



Tak nak cakap banyak-banyak, kerna sesungguhnya saya berpuasa. *cair*

Angin malam sampaikan salamku
Moga dirinya tahu
Terang bulan ku lihat wajahmu
Burung-burung pun senyum

Hati senang disisimu, sayang
Ingin kembali padamu
Bibir senyum dukaku pun hilang
Moga kekal selalu

Dingin malam menusuk dikalbu
Terasa hangat sentuhmu
Pohon2 pun tunduk setuju
Bagai mimpi fantasiku

Lembut manja ku belai tubuhmu
Terukir senyuman indah
Tiap malam ku menghitung waktu
Bilakan ku bersamamu

Dingin malam menusuk dikalbu
Terasa hangat sentuhmu
Pohon2 pun tunduk setuju
Bagai mimpi fantasiku

Lagu ini kutulis untukmu
Melodi dari sang bayu
Puing-puing terukir namamu
Bunga...I Love you...



nota: berangan pacar saya main gitar nyanyi untuk saya. Ngarep.com!

Rabu, Ogos 03, 2011

Tapi kok...buncit?

Berikut adalah hasil sembang-sembang saya dengan seorang teman di Indonesia...




Him: Maaf yaa, kita disini berbuka awal lho...
(Maghrib in his place is about 1 hour earlier than in KL)
Me: Tapi sahur nya awal juga lah! Sahur jam brp?
Him: Jam 4.15 Imsak. (Read: Jam 5.15 waktu Malaysia)
Me: Gila! Awal buanget!
Him: Tapi selesai sahur boleh tidur lagi lhoo!
Me: Mana boleh tidur lepas sahur. Nanti perut buncit!
Him: Kamu tidur lagi gak lepas sahur?
Me: Nggak!
Him: Tapi kok...?

&*^*&^&$%#$!@#$!!!

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...