Jumaat, Ogos 26, 2011

Sungguh, saya masih belum siap...




Sungguh, ada rasa sayu dalam hati,
Sepertinya belum siap melepaskan Ramadhan ini pergi,
Entahkan jumpa, entahkan tidak dilain kali.

Mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki,
Bertemu lagi bulan mulia ini,
Buat menambah bekalan utk akhirat nanti.

Doaku, semoga hari-hari kedepan lebih bererti,
Kuatkan iman teguhkan hati,
InsyaAllah, Allah meredhai.

Semoga kedatangan Syawal kini,
Disambut gembira segenap negeri,
Rakan dan saudara, saling mengunjungi,
Menyusun bersama sepuluh jari,
Ampun diminta, kemaafan diberi,
Saling mensyukuri kebesaran Illahi.

Dikesempatan ini,
Maafkan saya andaikan sudi,
Andai terselit ketidakpuasan hati,
Khilaf dan salah, tolong ampuni.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!






Shah Alam, 26 Ramadhan 1432.



nota: gambar gedik diatas diambil sewaktu menggayakan snoods yang saya beli dari Puan Nurul Asfara. Kalau berminat, sila contact dia :-) Agak-agak mana lagi lawa, snoods ke tudung "Khairul Fahmi"? :-p

2 ulasan:

ull berkata...

huhu. tengs buat promo nya! :D

simplyatie berkata...

sis...you pakai apa pun chantekk lah! anyway, superlove the poem.. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. me beraya di kemeriahan kotak2 utk balik ke jb!! tak sabar!!

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...