Selasa, September 18, 2012

Makanan Sihat Mahal?

"Dia boleh lah kurus, dia anak orang kaya. Mampu beli makanan sihat!"

Bukan pertama kali, saya dengar ayat seperti diatas. Makanan sihat dan rendah kalori tu mahal? Betul ke?

Well, bagi saya, tak semestinya. Mungkin, bila orang bayangkan makanan low calories, orang terus terbayang salad. Kalau kita ke restoran terkemuka dimana2 pun, harga menu salad dengan harga menu ayam atau daging, lebih kurang sama je, ye tak? Sayur je kot? Kenyang ke? Baik beli ayam, kenyang! So...there.

Tapi...

I believe it's all about, the choices you make. Kita tinggalkan sebentar comparison sayur dan ayam tadi.

Let's picture this for a moment.


Waktu makan tengahari. Kita ke gerai nasi campur. Pilihan lauk pauk terbentang luas. Perut berkeroncong minta diisi. Ambil nasi (separuh saja ya!)...lepas tu, pilih lauk. Ayam goreng sebelah ayam panggang, atau sup ayam. Sebelah sana, ikan goreng bersebelahan ikan bakar. Yang mana satu idaman kalbu?

Setahu saya. Kedai nasi campur dimana2 pun akan charge ikut harga, nasi, seketul ayam/ikan/daging, sayur. Tak peduli jenis ayam tu masak lemak ke, kurma ke, rendang ke, asam pedas ke, goreng ke...harga sama saja!

But, kalori dalam 1 ketul ayam goreng (tanpa kulit) mengandungi 230 kcal manakala kalori dalam seketul ayam bakar (tanpa kulit) adalah 140kcal saja! Harga? SAMA.


Beralih ke kedai makanan segera pula. Subway bersebelahan dengan McDonalds. Double Cheeseburger McDonalds, looks yummy! RM7.65 ala carte. Calories? 490kcal. Subway...let's see. Sub of the day, RM7.50. 6-inch Meatball Marinara, 560kcal! Gasp! But...but...jom tengok serving size pulak. Double Cheeseburger, baru 170gram. On the other hand, Subway Meatball Marinara is 370gram, lebih 2 kali ganda lebih besar. Makan 1 je, kenyangggggg!


So. Kalau kita nak samakan dari segi serving size. 1 Subway Meatball Marinara with 560kcal, is equal to 2 Double Cheeseburger with 980kcal. And harganya pun, double lah kan?

One might argue, who would buy 2 double cheeseburgers anyway? No. Instead you'll get the whole set (value for money, katanya) lengkap fries and air segelas. Sebab tak kenyang lah makan double cheeseburger saja kan! 1 Double Cheeseburger, 490kcal. Medium Fries, 380kcal. Medium Coke, 146kcal. Total calories: 1,016kcal. Harga RM11.95 (belum termasuk tax).

Jadi mahal ke makanan sihat dan rendah kalori?

Bak kata Nabil Raja Lawak... Lu pikirlah sendiri!

Nota:
Semangkuk meehon sup (350 kalori)
Segelas air kacang soya (60 kalori)
Sepotong buah segar (60 kalori)
TOTAL: 470kcal

sepinggan kuih teow goreng (600 kalori)
sebotol minuman ringan (150 kalori)
semangkuk bubur caca (300 kalori)
TOTAL: 1050 kalori

Hmmm...decisions, decisions...

Tiada ulasan:

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...