Selasa, Oktober 09, 2012

Hidup untuk makan?

Overheard at work today...

"Aku makan je apa aku nak selagi boleh makan. Kang kalau dah terkedang kat hospital, dah terketar-ketar, bawak makanan apa pun aku dah tak boleh makan dah!"


Dulu, saya pun pegang prinsip yang sama. Makan selagi boleh. Lantak pi lah, selagi boleh makan ni.

Then suatu hari, rakan di kantor tumbang di waktu pejabat. Stroke. Umurnya baru, 40 tahun. Anak-anak 4 orang, masih kecil semua. Alhamdulillah serangan stroke yang menyerang sahabat saya itu, boleh dikata...minor. Ha survived, now he's back at work tho belum 100% recovered. Masih lemah sebelah tubuh, masih sering mengadu kesakitan.

Saya jadi berfikir panjang. Kalau apa-apa jadi pada saya, pada kesihatan saya, siapa yang nak jaga saya? Apa jadi pada keluarga saya? Pada bakal suami dan anak-anak saya yang belum lahir? (ecewahh).

Mungkin tak keterlaluan kalau saya katakan, disaat itu juga saya sedar, betapa saya telah mengabaikan amanah yang Allah berikan kepada saya selama ini, iaitu tubuh badan ni. This body, that I have fed to the point of obesity, this body that has not been exercising for years, this body that I've allowed to linger for too long in bed to store unused calories into fat.

Pernah sih, ada yang berkata. Nak exercise tapi malu. Kerana rasa malu itu, dikurniakan Allah kepada wanita bla bla bla...halahhh...Bunch of crap lah. Mengabaikan tubuh, kesihatan dan nyawa yang Allah bagi ni, tak malu pulak?

That. Has. To. Stop.

Nak makan, makanlah. Tapi lepas tu kita exercise, sihat kan badan sihatkan minda, amacam? :-)
Memang ajal maut Allah yang tentukan. Memang.

Tapi saya hanya mampu menjaga, semoga Allah panjangkan usia ni, boleh lah bahagiakan mak dan adik-adik, tengok bakal anak-anak saya membesar (amiennn!!), jaga cucu (hiks hiks...), hidup menua dengan suami (awwwww!!!) hahahaha...

Doakan saya, ya?


Nota: Saya sangat happy, mak saya adalah teman saya berolahraga. It's never too late to start uols! Kawan-kawan pun dah banyak yang join, so selain berbicara tentang makanan (yes, we still do that)...we also talked about how to burn the calories. Hiking, walking, running...and it's been much fun!


Ada yang nak join saya untuk event di atas ini? Boleh klik di sini untuk informasi. And it's free!

Tiada ulasan:

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mod...