Jumaat, Oktober 20, 2017

#27

My current favourite writer: Fiersa Besari.

Sederhana, cerdas dan mengena.



If you haven't read any of his works, you should.

#jangancakapakaktakpayung

Selasa, Jun 13, 2017

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2.5)

Honestly tho, I have nothing much to say about the show, except what everyone would already know...It was AH-MAY-ZINGGGG!!! *fangirling mode on*

And I watch it from the best seat in the house, the backstage. So without further ado, tengok je lah gambar eh?
Songlist





Ibu cantik kesayangan semua Sheilagank, Bu Adel

Sang Penyanyi

After show selfie with Agil

Dan perkara wajib...apa lagi, makan la!

Nasi Liwet

Ini baru sebahagian Geng Makan malam tu. Bapak-bapak dan ramai lagi ada dalam kedai
 
And with that, we are done for the day!

Autumn in My Heart


Tak sabar nak tulis about this place. Tapi cerita Jogja baru sampai Part 2! haha....semoga lebih semangat menulis ya, Cik Farina πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 2)

Day 2: 11th March 2017
 
Trip ni sebenarnya dirancanakan sebab saya dah teramat rindu nak melompat lebih tinggi di konsert Sheilaon7. The last time I watched them perform live was March 2016 in KL. Dah setahun! Dan memang rezeki anak Soleh, this weekend, saya dapat tengok konsert mereka bukan sekali, tapi DUA!

YABBEDABEDOOOO!!

On Saturday 11th March, Sheilaon7 was set to perform at UNS, Solo. Memandangkan Solo terletak which kira-kira sejam pemanduan dari kota Jogja, dan terdapat pula banyak keretapi yang menghubungkan dua kota ini, memang convenient gila lah. Plan asal adalah untuk menaiki keretapi pagi ke Solo, sekaligus jalan-jalan sebelum konsert So7 malam nanti. Tapi semacam ada berjuta ton pemberat di mata indah ku, bagai tertimbun serbuk tidur di kamarku! hahaha siapa pandai, silalah teka lirik lagu apa tu. Akhirnya setelah beberapa jam berguling-guling atas katil, we finally decide to get up and get ready to face the day.
 
But first, breakfast! (breakfast la sangat, padahal dah pukul 11 pagi!)
 


Lovely façade
 
Since dah lambat anyway, we decided to just leave with Eross and family to Solo. By the time we left the house, ngam-ngam lunch time pulak. Apa lagi, makan time lah! This time, we unleashed our carnivorous side. Sate Klathak FTW! Just check out the insane amount of raw meat on display!



Sate Klathak

Tanda-tanda orang beriman. Tidur sambil tersenyum!
Kira-kira 45 minit setelah bergerak dari Jogja, kami singgah di warung Srabi legendaris ini. Srabi ni, kalau uols nak tau, diperbuat dari tepung beras yang dicampur dengan santan dan digoreng di atas arang. Biasa juga berinti chocolate rice, pisang or even cheese.



 
Kuih leker ni pula, mirip crispy apam balik yang biasa ada di Malaysia. Cuma intinya instead of kacang Tanah dan jagung, adalah pisang, coklat, keju. Sinful gila!
 
Jajanan Pasar
After all the food stops we made, we finally made it to our accommodation for the night, The Sunan Hotel, Solo. Nice huge hotel, very clean, huge breakfast spread, very affordable price. I like.

Deluxe Room for Rp450,000 (approx. RM145)
Memandangkan tiba di hotel pun dah hampir pukul 4 petang, dan saya masih berniat untuk check out the famous Pasar Klewer yang tutup pukul 5 petang, drop je bag, saya dan adik terus ambil Go-jek ke sana. Pasar tradisional yang terkenal dengan dagangan batik ini sebenarnya telah musnah terbakar pada tahun 2014. Pasar yang ada sekarang adalah pasar sementara sebelum bangunan kekal yang bakal lebih besar dan gah dijangka siap hujung 2017 ini. Sorry, no pics sebab rushing gila. Tapi sempat la rembat beberapa pasang kain batik tiap seorang.

Dari Pasar Klewer, terus rushing pulang ke hotel untuk mandi dan bersiap sebab pukul 7 kami dah harus berangkat ke venue. Sampai-sampai je di lobi hotel, terserempak sang bassist, Adam & family. Was especially happy to see their special daughter, Lovely. The first thing she said to me was, "Tante, aku kangennnn". The feeling is mutual, dear!

Lepas bersiap ala kadar, perut harus diisi walaupun belum terlalu lapar. Almaklumlah, persediaan untuk melompat lebih tinggi, perlu usupan gizi. Alasan. Kami makan makan di restoran hotel je. Not bad ah food dia.
Nasi Ikan Bawal & Sambal Bali
Then after dinner, kami langsung ke lobi. The moment drummer So7, Brian saw me, muka shock gila! Hahaha mana tak nya, baru 2 minggu lepas ke Jogja, tau-tau dah ada lagi. Harus la dia suruh saya nikah je terus dengan orang Jogja, senang. To that, I can only say, Aminnnnn! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Sang Drummer yang dah mula berkecimpung di bidang nyanyian. Check out his first single, "Denganmu" on Youtube and iTunes!
While waiting for our transport


I will write about the concert in a different post. Sebabnya kalau sambung kat sini bakal panjang berjela! Till then, daaa!

Selasa, Jun 06, 2017

#despacito

 
Member sorang ni, kalau pasal menganjing memang first class πŸ’£πŸ’£πŸ’£ #insidejoke

Ahad, Mei 28, 2017

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 1)

 
Sejujurnya, saya sudah acapkali ke Kota Gudeg ini. Bahkan di tahun 2017 sahaja, setakat bulan Mac, sudah 3 kali saya berulang alik ke sana. That's an average of once a month!

Sedikit pelajaran sejarah, Jogja atau Yogyakarta mendapat nama dari kota Ayodhya dalam epik Ramayana. Yogja bermaksud "sesuai, tepat" manakala Karta membawa maksud "makmur, berkembang, maju". Maka Yogyakarta = Kota yang sesuai untuk berkembang maju. Terimakasih Wikipedia

Seminggu selepas kembali dari trip Jogja in Feb, sambil guling2 atas katil, tangan ni gatal nak buka app Airasia. Macam tak percaya bila lihat tiket ke Jogja minggu depan berharga RM207. Itu murah! Dah la tiket last minute! Terus tanya my sister, Dila if she wants to go. After semalaman dok fikir, merenung siling dengan lengan di dahi, sampai akhirnya solat tahajjud, saya bulatkan hati dan terus beli tiket. hahaha...padahal baru seminggu balik dari Jogja tau!

DAY 1 - 10th March 2017

Seawal 4.30 pagi kami sudah berada di KLIA2. Pesawat QZ601 yang akan membawa kami ke Jogja dijadualkan berlepas pada pukul 6.30 pagi. So naturally, memang dah berniat nak qada' tidur dalam flight la. Tapi kita hanya mampu merancang, Allah yg menentukan. For reasons I can't disclose, it was a miserable flight for me! Rasa nak terjun kapal terbang dah, if not for these: 

Mujurlah jumpa jodoh dalam flight



One of the beautiful thing about Jogja yang membuat saya selalu ingin kembali adalah: Orang-orang nya. Javanese, especially orang-orang Jogja terkenal dengan kesantunan dan keramahan mereka. And if you doubt my words, you should really consider going to Jogja, pronto! *serius amat*

Anyway. Seperti sebelum-sebelumnya, saya beruntung kerana selalu ada teman yang sudi membuka pintu untuk saya dan keluarga menumpang teduh dari terik mentari dan basah hujan...hahahaha. Dan kali ini, rumah yang saya tumpangi adalah rumah gitaris legendaris Sheilaon7, Eross Candra.


Cold pressed juice (Watermelon pear lemon) dan
Beef Quiche
Dari bandara (atau dalam bahasa yang lebih familiar, 'Airport'), badan dah letih lunyai sebab tak cukup tidur, ditambah pula dengan Faktor Umur. Ditambah pulak dengan drama mencari Go-car yang tak boleh parking dalam kawasan bandara. Gigihhh la kena jalan kaki kira-kira 2km! Nak murah punya pasal la nih. Dulu dah pernah, naik taksi bandara untuk jarak about 10km, kena ketuk sampai Rp150 ribu! Untuk jarak yang sama, dari hotel ke bandara naik Go-Car tak sampai rp50 pun. Chissss! Semenjak tu memang taubat la nak naik taksi bandara. Jadi walaupun nak naik Go-car kena jalan jauh sikit dari airport, Ahkak pasrah!

Sarah, Eross's wife told us dia sedang berada di restoran miliknya di daerah Condongcatur, Loka-loka Bistro (LLB). Apa lagi, ibarat pucuk dicita ulam mendatang, perut memang tengah kriuk kriuk, Go-car pun langsung la menuju LLB. Menu di LLB ini menitikberatkan healthy food, makanan organic dan rendah kalori. Jadi boleh mengurangi rasa bersalah sebab untuk hari-hari selanjutnya di Jogja ni, dapat dipastikan akan melantak sepuas hati kahkahkah...

Selepas cipiki-cipika with Sarah, dan makan makanan enak dan berkhasiat, kami pun lantas pulang ke rumah ErosSarah to get some rest. Taking a nap lepas perut kenyang tu memang nikmat la kan hahahaha...perangai sangat! Menjelang petang, she asked us where would we like to go. Haruslah the JJCM continues, so the next stop, Klinik Kopi!

In case you find this place familiar, yes, it is that cafΓ© in 'Ada Apa Dengan Cinta 2' where Rangga and Cinta had coffee after they watched the puppet show. I love their concept. Basically, there's no menu. Semua yang dating will be given 10 minutes utk bersembang dengan Mas Pepeng, the owner merangkap the barista. Masa bersembang ni lah, Mas Pepeng akan tanya sedikit sebanyak background pelanggan, their coffee lifestyle then barulah he will 'diagnose' the perfect blend for each and every customer, hence KLINIK kopi. 
 
Selepas Klinik Kopi muncul dalam AADC2, waktu pelanggan menunggu untuk mendapatkan kopi boleh mencecah 3-4 jam! Maka banyak tempat-tempat duduk seperti disekitar klinik untuk 'pasien' menunggu.


Bangunan Klinik Kopi dibina hampir sepenuhnya dengan buluh. Tingkat bawah adalah klinik, tingkat atas rumah untuk keluarga Mas Pepeng


My sister learning some tricks from Mas Pepeng
 

Beautiful coffee sesh with an even more beautiful friend. To accompany the coffee, we got some desserts from 'Dapur Tetangga'. Desserts dan coffee, memang jodoh.


And of course la, wanita-wanita manis seperti kami mana cukup dengan coffee dan sekeping dua kek seorang kan. Hahaha...tu yang tetiba dah muncul di tempat yang lagi ngehits di Jogja sekarang, Tempo Gelato. Ada 2 cawangan Tempo Gelato ni di Jogja, 1 di Jl. Prawirotaman, 1 lagi di Jl Kaliurang. Yang kami datangi adalah cawangan Jl Kaliurang, sebab dekat dengan rumah Eross. Tamak haloba punya pasal, we ordered Medium (kalau tak salah) to be shared. Sekali hamek kau, banyak gila! hahaha pueh hati den!

Gelato bapak banyak sampai 4 scoops besar ni dimakan berdua je. hahaha...heaven!
 


Thanks for taking us here, say!

 
Sebab dah penat berjalan seharian, we decided to stay in for dinner. Sarah ordered some sup ikan patin (sedap! sikit pun tak ada rasa hanyir) and some nasi ayam penyet. And it was the perfect end for such glorious 'jalan-jalan cari makan' day. Terus membuat tidur lena dengan perut kenyang dan hati yang bahagia sampai ke besok pagi. Hahaha...kbye!
 
END OF DAY 1
 


Isnin, April 03, 2017

Roadtrippin' - Ipoh

It started when Syu sent me THIS.
 
Tak tunggu lama, dan-dan tu jugak terus buat plan nak roadtrip to Ipoh minggu depannya. hahahaha. Dasar foodie memang begini, pantang dengar ada makanan sedap!
 

My travelling partner for that weekend, Syu

So last Saturday, tepat pukul 8 pagi Syu jemput saya dirumah, dan langsung meluncur menuju ke Utara Semenanjung Malaysia. 1st Stop untuk bersararapan, Tanjung Malim.
 
 
 
 

RESTORAN YIK MUN, TANJUNG MALIM

Breakfast for champions! Roti Kahwin, Telur Setengah Masak, Pau Kaya/Kacang, Kopi 'O' Ais/Teh Ais

Kalau ada orang Malaysia yang belum pernah dengar tentang Yik Mun, saya sarankan cuba check kewarganegaraan. Restoran ini sudah wujud sejak 1962 dan sangat terkenal dengan pau-nya yang sedap baq ang!

Tengah sedap melantak, tiba-tiba nampak a familiar face. Tak sangka, di KL jarang berjumpa, tiba-tiba jumpa di Tanjung Malim! Hahaha. Kin, semoga kita tak perlu tunggu 2 tahun lagi lah ye baru nak jumpa lagi.

Salah seorang 'Darah Abadi' saya, Kikin

Keluarga Kikin. Ternyata arah tujuan kami sama hari itu, Ipoh.
 Perut dah kenyang, perjalanan pun diteruskan. Kira-kira sejam dari Tanjung Malim, tiba lah kami di sini:

Ini tandanya makanan sedap sudah hampir! Yippeee!

Restoran Yong Suan, Ipoh

Kalau sampai sini, jangan terkejut tengok orang beratur sampai hujung blok. Itu untuk tapau/bungkus bawa pulang saja. Kalau nak makan di situ, terus je masuk dan cari tempat duduk.
 
Walaupun kami tiba agak awal sebelum waktu makan tengahari, restoran ini dah penuh dengan pelanggan dari pelbagai bangsa. We had to wait kira-kira 15 minit sebelum dapat meja, itu pun dibahagian luar kedai. Dengan panas terik, orang pulak ramai, memang lecak ketiak weh! Hahahaha. Tapi itu tidak mampu untuk membuat saya menyerah untuk mendapatkan nasi ganja yang terkenal seantero Malaysia ini!
 
Nampak biasa je, tapi sedap! Sepinggan begini dengan lauk ayam goreng dan telur masin = RM5.50
Nasi Ganja ni sebenarnya macam Nasi Kandar biasa je. Saya pun tak pasti mana dating nama ganja tu, mungkin sebab sedap sangat sampai orang ketagih! Kami pesan menu yang paling standard di sini, nasi ganja lauk ayam goreng dan telur masin. Kombinasi yang memang sangat ngam. Sebagai pencuci mulut, pudding caramel. Kalau nak order pudding ni, sila datang awal. Sebab cepat sold out, terutama on weekends. Lepas dah makan nasi ganja yang spicy ni, lawan pulak dengan caramel pudding yang manis. Perfect!
Disini, sebab susah nak dapat tempat duduk. berkongsi meja dengan pelanggan lain adalah lumrah. Awalnya kami share meja dengan Family dari Seremban. Fuh, lagi jauh dari kami! Sanggup diorang dating jauh-jauh, daytrip sahaja untuk cari makanan sedap kat Ipoh ni. Fuh, fuh dan fuhh lagi!

Sekali just before we left, ada satu family lain yang nak tumpang meja kami. Rupanya, mereka datang lebih jauh, dari Singapura! Hard core foodie sungguh ni! *IMPRESSED*

Setelah kekenyangan, we decided to, bak kata Syu: Sidai perut. Haha basically chilling sementara menunggu makanan dihadam sebelum makan lagi. Jadi untuk mengisi waktu, kami ke Ipoh Parade untuk menonton filem 'Beauty and the Beast'. Immediately after, perut pun dah start lapar balik, apa lagi...hi-tea la pulak.

Funny Mountain Taufufah and Soya Bean Milk

Yang menariknya tentang tempat ni, boleh drive-thru!

We each had 1 taufufah and 1 soya bean milk
 
Happiness, I tell you!


Seriously, taufufah di sini SANGAT sedap! Kami sampai datang balik keesokan hari untuk makan lagi dan tapau untuk keluarga dirumah. It is that good!

Selepas makan, we make our way to our accommodation for the night, Rumah Ipoh. That place deserves a whole post for it, so that will be next, InsyaAllah.


After mandi-solat-rehat seketika-solat lagi, we are ready for dinner!

Greentown Dimsum CafΓ©

Salah seorang schoolmate kami, Hana, recommended this place for their halal dim sum. Lagipun setelah makan yang berat-berat seharian, dim sum ni macam, healthy la sikit kan? Kan? LOL.
 
Atas meja tu baru Round 1 ye, jangan terpedaya.
Tak ingat nama makanan yang kami makan dan harganya, maka layan gambar je lah ye. Tapi agak affordable la, kalau saya tak salah, bill dinner malam itu RM60 untuk kami berdua.
 



Selingan: Ada orang excited jumpa telefon awam lagi setelah sekian lama!
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Apa lagi, balik Rumah Ipoh dan langsung beradu lah jawabnya!

Esok pagi, selepas guling-guling macam tenggiling, kami pun decided to check out from Rumah Ipoh dan sambung episod makan selanjutnya.

Restoran New Hollywood

Tempat pilihan kami untuk makan pagi ini sangat terkenal dikalangan warga Ipoh dan juga foodies macam kami ni. Tengok je lah betapa penuh nya tempat ni! Packed to the brim, gitu!
 
New Hollywood ni berkonsep medan selera sebenarnya. Kita order je dari gerai mana yang kita mahu, dan makanan tu akan dideliver ke meja kita. Mudah, murah, efficient. Cuma nak cari meja kosong tu seperti biasa memang satu masalah. Tapi tak mengapa, kesabaran itu memang selalu berbuah manis, kawan-kawan.

Menu-menu disini sangat pelbagai. Pendek kata apa benda yang kita teringin makan, kebanyakan ada disini. Tapi yang paling terkenal: Chee Cheong Fun, Roti Goyang, Cakoi, Char Kuey Teow. Benda-benda simple je sebenarnya, tapi rasanya...Fuhhh. Terangkat wa cakap lu!
 

Roti Goyang.
Cakoi. Yang ni kami siap tapau untuk bawa pulang. Sos Kaya dia tu ajaib, sila beli dan bawa pulang untuk disapu atas roti. Sedap!
Chee Cheong Fun. Ada pilihan Ayam/Udang. Kami seperti kebanyakan orang, order Udang.
"People who love to eat are always the best people"
Dah kenyang, after a short discussion, we decided untuk terus pulang ke KL instead of stay in Ipoh for lunch. But before that, a quick detour untuk beli ole-ole untuk orang di rumah. Banyak yang belum tahu, di Ipoh, ada pusat industry Muruku dan Kacang Putih untuk pasaran tempatan, bahkan antarabangsa.

Kampung Kacang Putih, Buntong

Basically seluruh kampong ni penuh dengan banyak kacang putih, sampai nama pun diberi Kampung Kacang Putih! Pilih je yang mana berkenan. My favourite of all adalah kedai yang bernama 'Enak & Rangup.' Dengar nama pun dah macam sedap kan?! hahaha

Jalebi yang banyak history
Selesai shopping, kami pun terus meluncur kembali ke KL dengan perut yang senang dan hati yang bahagia. Sebenarnya masih banyak makanan dalam list di atas yang tak sempat kami cuba, but we look at it positively, maknanya kena datang balik Ipoh untuk makan! LOL!
 
Thank you Syu for inviting me to join you on this trip. Mana tujuan jalan-jalan cari makan kita yang selanjutnya? Hahaha...


#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...