Isnin, April 03, 2017

Roadtrippin' - Ipoh

It started when Syu sent me THIS.
 
Tak tunggu lama, dan-dan tu jugak terus buat plan nak roadtrip to Ipoh minggu depannya. hahahaha. Dasar foodie memang begini, pantang dengar ada makanan sedap!
 

My travelling partner for that weekend, Syu

So last Saturday, tepat pukul 8 pagi Syu jemput saya dirumah, dan langsung meluncur menuju ke Utara Semenanjung Malaysia. 1st Stop untuk bersararapan, Tanjung Malim.
 
 
 
 

RESTORAN YIK MUN, TANJUNG MALIM

Breakfast for champions! Roti Kahwin, Telur Setengah Masak, Pau Kaya/Kacang, Kopi 'O' Ais/Teh Ais

Kalau ada orang Malaysia yang belum pernah dengar tentang Yik Mun, saya sarankan cuba check kewarganegaraan. Restoran ini sudah wujud sejak 1962 dan sangat terkenal dengan pau-nya yang sedap baq ang!

Tengah sedap melantak, tiba-tiba nampak a familiar face. Tak sangka, di KL jarang berjumpa, tiba-tiba jumpa di Tanjung Malim! Hahaha. Kin, semoga kita tak perlu tunggu 2 tahun lagi lah ye baru nak jumpa lagi.

Salah seorang 'Darah Abadi' saya, Kikin

Keluarga Kikin. Ternyata arah tujuan kami sama hari itu, Ipoh.
 Perut dah kenyang, perjalanan pun diteruskan. Kira-kira sejam dari Tanjung Malim, tiba lah kami di sini:

Ini tandanya makanan sedap sudah hampir! Yippeee!

Restoran Yong Suan, Ipoh

Kalau sampai sini, jangan terkejut tengok orang beratur sampai hujung blok. Itu untuk tapau/bungkus bawa pulang saja. Kalau nak makan di situ, terus je masuk dan cari tempat duduk.
 
Walaupun kami tiba agak awal sebelum waktu makan tengahari, restoran ini dah penuh dengan pelanggan dari pelbagai bangsa. We had to wait kira-kira 15 minit sebelum dapat meja, itu pun dibahagian luar kedai. Dengan panas terik, orang pulak ramai, memang lecak ketiak weh! Hahahaha. Tapi itu tidak mampu untuk membuat saya menyerah untuk mendapatkan nasi ganja yang terkenal seantero Malaysia ini!
 
Nampak biasa je, tapi sedap! Sepinggan begini dengan lauk ayam goreng dan telur masin = RM5.50
Nasi Ganja ni sebenarnya macam Nasi Kandar biasa je. Saya pun tak pasti mana dating nama ganja tu, mungkin sebab sedap sangat sampai orang ketagih! Kami pesan menu yang paling standard di sini, nasi ganja lauk ayam goreng dan telur masin. Kombinasi yang memang sangat ngam. Sebagai pencuci mulut, pudding caramel. Kalau nak order pudding ni, sila datang awal. Sebab cepat sold out, terutama on weekends. Lepas dah makan nasi ganja yang spicy ni, lawan pulak dengan caramel pudding yang manis. Perfect!
Disini, sebab susah nak dapat tempat duduk. berkongsi meja dengan pelanggan lain adalah lumrah. Awalnya kami share meja dengan Family dari Seremban. Fuh, lagi jauh dari kami! Sanggup diorang dating jauh-jauh, daytrip sahaja untuk cari makanan sedap kat Ipoh ni. Fuh, fuh dan fuhh lagi!

Sekali just before we left, ada satu family lain yang nak tumpang meja kami. Rupanya, mereka datang lebih jauh, dari Singapura! Hard core foodie sungguh ni! *IMPRESSED*

Setelah kekenyangan, we decided to, bak kata Syu: Sidai perut. Haha basically chilling sementara menunggu makanan dihadam sebelum makan lagi. Jadi untuk mengisi waktu, kami ke Ipoh Parade untuk menonton filem 'Beauty and the Beast'. Immediately after, perut pun dah start lapar balik, apa lagi...hi-tea la pulak.

Funny Mountain Taufufah and Soya Bean Milk

Yang menariknya tentang tempat ni, boleh drive-thru!

We each had 1 taufufah and 1 soya bean milk
 
Happiness, I tell you!


Seriously, taufufah di sini SANGAT sedap! Kami sampai datang balik keesokan hari untuk makan lagi dan tapau untuk keluarga dirumah. It is that good!

Selepas makan, we make our way to our accommodation for the night, Rumah Ipoh. That place deserves a whole post for it, so that will be next, InsyaAllah.


After mandi-solat-rehat seketika-solat lagi, we are ready for dinner!

Greentown Dimsum Café

Salah seorang schoolmate kami, Hana, recommended this place for their halal dim sum. Lagipun setelah makan yang berat-berat seharian, dim sum ni macam, healthy la sikit kan? Kan? LOL.
 
Atas meja tu baru Round 1 ye, jangan terpedaya.
Tak ingat nama makanan yang kami makan dan harganya, maka layan gambar je lah ye. Tapi agak affordable la, kalau saya tak salah, bill dinner malam itu RM60 untuk kami berdua.
 



Selingan: Ada orang excited jumpa telefon awam lagi setelah sekian lama!
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Apa lagi, balik Rumah Ipoh dan langsung beradu lah jawabnya!

Esok pagi, selepas guling-guling macam tenggiling, kami pun decided to check out from Rumah Ipoh dan sambung episod makan selanjutnya.

Restoran New Hollywood

Tempat pilihan kami untuk makan pagi ini sangat terkenal dikalangan warga Ipoh dan juga foodies macam kami ni. Tengok je lah betapa penuh nya tempat ni! Packed to the brim, gitu!
 
New Hollywood ni berkonsep medan selera sebenarnya. Kita order je dari gerai mana yang kita mahu, dan makanan tu akan dideliver ke meja kita. Mudah, murah, efficient. Cuma nak cari meja kosong tu seperti biasa memang satu masalah. Tapi tak mengapa, kesabaran itu memang selalu berbuah manis, kawan-kawan.

Menu-menu disini sangat pelbagai. Pendek kata apa benda yang kita teringin makan, kebanyakan ada disini. Tapi yang paling terkenal: Chee Cheong Fun, Roti Goyang, Cakoi, Char Kuey Teow. Benda-benda simple je sebenarnya, tapi rasanya...Fuhhh. Terangkat wa cakap lu!
 

Roti Goyang.
Cakoi. Yang ni kami siap tapau untuk bawa pulang. Sos Kaya dia tu ajaib, sila beli dan bawa pulang untuk disapu atas roti. Sedap!
Chee Cheong Fun. Ada pilihan Ayam/Udang. Kami seperti kebanyakan orang, order Udang.
"People who love to eat are always the best people"
Dah kenyang, after a short discussion, we decided untuk terus pulang ke KL instead of stay in Ipoh for lunch. But before that, a quick detour untuk beli ole-ole untuk orang di rumah. Banyak yang belum tahu, di Ipoh, ada pusat industry Muruku dan Kacang Putih untuk pasaran tempatan, bahkan antarabangsa.

Kampung Kacang Putih, Buntong

Basically seluruh kampong ni penuh dengan banyak kacang putih, sampai nama pun diberi Kampung Kacang Putih! Pilih je yang mana berkenan. My favourite of all adalah kedai yang bernama 'Enak & Rangup.' Dengar nama pun dah macam sedap kan?! hahaha

Jalebi yang banyak history
Selesai shopping, kami pun terus meluncur kembali ke KL dengan perut yang senang dan hati yang bahagia. Sebenarnya masih banyak makanan dalam list di atas yang tak sempat kami cuba, but we look at it positively, maknanya kena datang balik Ipoh untuk makan! LOL!
 
Thank you Syu for inviting me to join you on this trip. Mana tujuan jalan-jalan cari makan kita yang selanjutnya? Hahaha...


#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...