Ahad, Mei 28, 2017

March 2017 - 'Ada Apa Dengan Jogja?' (Part 1)

 
Sejujurnya, saya sudah acapkali ke Kota Gudeg ini. Bahkan di tahun 2017 sahaja, setakat bulan Mac, sudah 3 kali saya berulang alik ke sana. That's an average of once a month!

Sedikit pelajaran sejarah, Jogja atau Yogyakarta mendapat nama dari kota Ayodhya dalam epik Ramayana. Yogja bermaksud "sesuai, tepat" manakala Karta membawa maksud "makmur, berkembang, maju". Maka Yogyakarta = Kota yang sesuai untuk berkembang maju. Terimakasih Wikipedia

Seminggu selepas kembali dari trip Jogja in Feb, sambil guling2 atas katil, tangan ni gatal nak buka app Airasia. Macam tak percaya bila lihat tiket ke Jogja minggu depan berharga RM207. Itu murah! Dah la tiket last minute! Terus tanya my sister, Dila if she wants to go. After semalaman dok fikir, merenung siling dengan lengan di dahi, sampai akhirnya solat tahajjud, saya bulatkan hati dan terus beli tiket. hahaha...padahal baru seminggu balik dari Jogja tau!

DAY 1 - 10th March 2017

Seawal 4.30 pagi kami sudah berada di KLIA2. Pesawat QZ601 yang akan membawa kami ke Jogja dijadualkan berlepas pada pukul 6.30 pagi. So naturally, memang dah berniat nak qada' tidur dalam flight la. Tapi kita hanya mampu merancang, Allah yg menentukan. For reasons I can't disclose, it was a miserable flight for me! Rasa nak terjun kapal terbang dah, if not for these: 

Mujurlah jumpa jodoh dalam flight



One of the beautiful thing about Jogja yang membuat saya selalu ingin kembali adalah: Orang-orang nya. Javanese, especially orang-orang Jogja terkenal dengan kesantunan dan keramahan mereka. And if you doubt my words, you should really consider going to Jogja, pronto! *serius amat*

Anyway. Seperti sebelum-sebelumnya, saya beruntung kerana selalu ada teman yang sudi membuka pintu untuk saya dan keluarga menumpang teduh dari terik mentari dan basah hujan...hahahaha. Dan kali ini, rumah yang saya tumpangi adalah rumah gitaris legendaris Sheilaon7, Eross Candra.


Cold pressed juice (Watermelon pear lemon) dan
Beef Quiche
Dari bandara (atau dalam bahasa yang lebih familiar, 'Airport'), badan dah letih lunyai sebab tak cukup tidur, ditambah pula dengan Faktor Umur. Ditambah pulak dengan drama mencari Go-car yang tak boleh parking dalam kawasan bandara. Gigihhh la kena jalan kaki kira-kira 2km! Nak murah punya pasal la nih. Dulu dah pernah, naik taksi bandara untuk jarak about 10km, kena ketuk sampai Rp150 ribu! Untuk jarak yang sama, dari hotel ke bandara naik Go-Car tak sampai rp50 pun. Chissss! Semenjak tu memang taubat la nak naik taksi bandara. Jadi walaupun nak naik Go-car kena jalan jauh sikit dari airport, Ahkak pasrah!

Sarah, Eross's wife told us dia sedang berada di restoran miliknya di daerah Condongcatur, Loka-loka Bistro (LLB). Apa lagi, ibarat pucuk dicita ulam mendatang, perut memang tengah kriuk kriuk, Go-car pun langsung la menuju LLB. Menu di LLB ini menitikberatkan healthy food, makanan organic dan rendah kalori. Jadi boleh mengurangi rasa bersalah sebab untuk hari-hari selanjutnya di Jogja ni, dapat dipastikan akan melantak sepuas hati kahkahkah...

Selepas cipiki-cipika with Sarah, dan makan makanan enak dan berkhasiat, kami pun lantas pulang ke rumah ErosSarah to get some rest. Taking a nap lepas perut kenyang tu memang nikmat la kan hahahaha...perangai sangat! Menjelang petang, she asked us where would we like to go. Haruslah the JJCM continues, so the next stop, Klinik Kopi!

In case you find this place familiar, yes, it is that café in 'Ada Apa Dengan Cinta 2' where Rangga and Cinta had coffee after they watched the puppet show. I love their concept. Basically, there's no menu. Semua yang dating will be given 10 minutes utk bersembang dengan Mas Pepeng, the owner merangkap the barista. Masa bersembang ni lah, Mas Pepeng akan tanya sedikit sebanyak background pelanggan, their coffee lifestyle then barulah he will 'diagnose' the perfect blend for each and every customer, hence KLINIK kopi. 
 
Selepas Klinik Kopi muncul dalam AADC2, waktu pelanggan menunggu untuk mendapatkan kopi boleh mencecah 3-4 jam! Maka banyak tempat-tempat duduk seperti disekitar klinik untuk 'pasien' menunggu.


Bangunan Klinik Kopi dibina hampir sepenuhnya dengan buluh. Tingkat bawah adalah klinik, tingkat atas rumah untuk keluarga Mas Pepeng


My sister learning some tricks from Mas Pepeng
 

Beautiful coffee sesh with an even more beautiful friend. To accompany the coffee, we got some desserts from 'Dapur Tetangga'. Desserts dan coffee, memang jodoh.


And of course la, wanita-wanita manis seperti kami mana cukup dengan coffee dan sekeping dua kek seorang kan. Hahaha...tu yang tetiba dah muncul di tempat yang lagi ngehits di Jogja sekarang, Tempo Gelato. Ada 2 cawangan Tempo Gelato ni di Jogja, 1 di Jl. Prawirotaman, 1 lagi di Jl Kaliurang. Yang kami datangi adalah cawangan Jl Kaliurang, sebab dekat dengan rumah Eross. Tamak haloba punya pasal, we ordered Medium (kalau tak salah) to be shared. Sekali hamek kau, banyak gila! hahaha pueh hati den!

Gelato bapak banyak sampai 4 scoops besar ni dimakan berdua je. hahaha...heaven!
 


Thanks for taking us here, say!

 
Sebab dah penat berjalan seharian, we decided to stay in for dinner. Sarah ordered some sup ikan patin (sedap! sikit pun tak ada rasa hanyir) and some nasi ayam penyet. And it was the perfect end for such glorious 'jalan-jalan cari makan' day. Terus membuat tidur lena dengan perut kenyang dan hati yang bahagia sampai ke besok pagi. Hahaha...kbye!
 
END OF DAY 1
 


#27

My current favourite writer: Fiersa Besari. Sederhana, cerdas dan mengena. If you haven't read any of his works, you should. ...